DAY 1 : Tempat Menarik Di Medan Indonesia 2023/2024
Tempat Menarik Di Medan Indonesia 2023/2024 | Assalamuaikum. Ini kali kedua uzu ke Medan. Medan kalau korang tak tau, ia terletak di Indonesia. Dulu uzu pergi Medan waktu time bujang..Tahun 2016.. Sudah 8 tahun berlalu.. Dah lama rupanya..
Baru-baru ni uzu pergi, uzu p dengan husband, Maryam, bff fara dan suami dia.. tempat yang sama je uzu pergi. Cuma ada beberapa tempat baru yang ditambah.. Menarik dan cantik tempat baru tu..
Untuk ke Medan, uzu macam biasa naik Air Asia dari KLIA - Medan(Kuala Namu), flight kejap je dalam sejam macam tu. Kadang-kadang uzu rasa macam 45minit dah sampai. Macam p Langkawi..Hihihihi..
Bila dah sampai airport, benda pertama nak beli, kami nak beli simkad Indonesia. Member nak beli simkad. Uzu pulak buat roaming Digi je..Time tu 1 phone je. Malas nak tukar-tukar simkad. Pak Yudi (Owner Pakej) dah kata, roaming lagi mahal. Memang mahal weii. Terkejut tengok bil hujung bulan tu. Dia cas ratus-ratus..
Btw guys, kalau under pak yudi, dia akan singgah satu kedai jual simkad ni. Satu-satunya agent simkad berdaftar antarabangsa di Medan.
Disebabkan pak yudi kena cover group lain, ni dia pengganti pak yudi.. Pak cici. Pak cici lah yang bawa kami selama 4 hari 3 malam.. Pak cici baik orangnya. Berpengalaman. Peramah. Pelawak.. Apa ke je soalan, mesti terjawab. Hihihihi..
Untuk hari pertama, kami singgah makan tengahari di Restoran Cinde Laras. Cinde Laras terkenal restorannya. Kat Medan je ada ratusan branch. Makanan-makanan pun sedap-sedap! Uzu suka sangat menu yang terhidang! Menu ayam penyet, sayur, ikan,tauhu dan tempe dan minuman.Hihi nikmat ya.. 5/5 bintang!!
Lepas makan lunch, kami singgah di Kedai Paten. Kedai menjual kacang tumbuk makanan khas Siantar. Lepas tu ada jual souvenier. Boleh lah beli.. Hihihi.
Kami kena check in di hotel di area Lake Toba. Perjalanan dari Medan ke Lake Toba agak jauh ye..Lebih kurang 5-6 jam.. Macam dari KL - Penang. Boleh lah tido dalam kereta. Hihi..
Check in hotel malam pertama di Patra Perapat Lake Resort, Lake Toba.. Resort ni sangat cantik dan bersih! Banyak tempat ambil gambar. Hihihi. Uzu pun suka dengan resort ni..
Setelah penat lelah tak tidur dalam kereta, dapat bilik yang sangat selesa, katil empok, ada aircond, bilik yang luas, ada tandas yang bersih buat kan penat tu hilang. Bilik uzu ada 2 katil single. Memandangkan ada baby, kami gabung je katil tu..
Patra Perapat Lake Resort, Lake Toba sesuai untuk buat team building. Laman resort yang luas untuk orang sukaneka.. Ada buffet makanan sedap, ada ruang indoor untuk meeting, group untuk khursus, dan macam-macam lagi boleh dibuat di resort ini..
Selepas berehat, makan malam kami yang bertemakan makanan padang. Semua sedap-sedap! Kami makan di restoran luar.. Cuaca sejuk waktu malam. Macam kat cameron haaa gitulah..
Selesai makan. Kami semua berehat di bilik masing-masing. Ok lah bersambung esok untuk hari ke dua pula ya ! Salam
Untuk Matlumat Lanjut
Whatsapp : Pak Yudi +6282168256952 / +6287777465814
0 comments