"Myra Putri" Akan Menjadi Rebutan Anak Muda Untuk Dijadikan Rumah Pertama
"Myra Putri" Akan Menjadi Rebutan Anak Muda Untuk Dijadikan Rumah Pertama | Salam.. Berita baik ! Berita baik untuk u olss yang baru berniat nak beli rumah pertama, projek kediaman "Myra Putri" adalah penyelesaiannya !! Hihihi.. Uzu secara peribadi,sebelum ni uzu memang tengah cari rumah pertama. Rumah pertama yang mampu milik dengan harga rahmah. Hihihi..Di kawasan yang sangat-sangat startergik..
Rumah adalah keperluan, bukan kehendak. Yang dah berkahwin, kita perlukan rumah untuk berteduh, untuk mencipta kenangan dengan pasangan dan anak-anak. Di mana anak-anak membesar. Untuk yang belum kahwin pula, memang keperluan juga sebagai persiapan untuk berkahwin.. Atau jika anak muda masih menetap di rumah parent, rumah tu boleh dijadikan hartanah.. Macam suami uzu. Dia sekarang baru beli rumah kedua.. Rumah pertama dia, dia jadikan rumah sewa.. Mula-mula geram juga sebab rumah pertama ada tapi kami masih menyewa.. Tapi bila baru beli rumah kedua ni, legaa sikit lah kan.. Dah ada rumah sendiri tapi belum siap lagi. Dijangka tahun depan... Otak bisnes suami ni, dia akan beli rumah lagi untuk investment.. So "Myra Putri" sesuai juga untuk dijadikan aset untuk kita semua..
Antara aktiviti yang ada sepanjang sambutan ulang tahun Myra ialah:
Anak-anak pun tak bosan sebab banyak aktiviti disediakan untuk mereka.
Sempena ulang tahun Myra yang ke-7, dengan pencapaian membanggakan iaitu telah menjual lebih 2593 kediaman terjual yang bernilai lebih RM1.388 Billion.. So developer Myra ada projek baru iaitu "Myra Putri". Kediaman rumah mampu milik untuk rumah pertama. Dengan harga dari RM380,00,00. Dengan keluasan 904sqft ! Ada 3 Bilik Air dan 2 Tandas. Lokasi sangat tak crowded. Tapi dekat dengan Putrajaya, Cyberjaya, Nilai dan kawasan sekitarnya..Wuuuu mmurahh tau kalau dekat dengan Putrajaya..
Model skala Myra Putri.
Antara fasiliti yang bakal dinikmati oleh penghuni Myra Putri :
1. Mini Kastil Putri
2. Bakar & Grill
3. The Laman
4. Pavillion Putri
5. Kids Playground
6. Multipurpose Hall
7. Management Office
8. Surau
9. Padang Futsal
10. Trampoline Park
11. Zone Fitness
12. Hammock Gardens
13. Refleksologi
14. Gunung Putri
Myra kini ada 6 bandar dibawahnya antaranya, Myra Saujana di Dengkil, Myra Meranti di Puchong, Myra Alam di Puncak Alam, Myra Putra di Desa Pinggiran Putra, Myra Vista di Bandar Baru Salak Tinggi dan Myra Gardens di Kundang. Coming soon lebih banyak projek menarik termasuklah Irina di Puncak Alam.
Myra juga telah tubuhkan MyraCares untuk program-program kebajikan.. mereka bekerjasama dengan Pertubuhan Amal Seri Sinar (PASS), mereka telah berinisiatif membentuk komuniti kitar semula dan menyokong Pusat Warisan Suci, sebuah rumah anak yatim dan asnaf
Untuk Matlumat Lanjut : https://www.myra.com.my/
0 comments