Buffet Ramadhan Murah 2023 (The Grand Campbell Hotel)



Buffet Ramadhan Murah 2023 (The Grand Campbell Hotel) | Salam. Beberapa minggu lalu uzu hadirkan diri untuk ke majlis review buffet ramadhan yang terletak di The Grand Campbell Kuala Lumpur (Kompleks Campbell)

Tema untuk buffet ramadhan tahun 2023 ni ialah “Hidangan 1001 Rasa”.. Ada lebih daripada 100 menu buffet yang dihidangkan bulan puasa nanti.. Bulan puasa tak lama lagi kan. so untuk harga yang murah gilerrr ni, lagi-lagi terletak di bandar kl memang korang tak percaya..


Majlis diawali dengan bacaan doa serta nyanyian nasyid.  MC pada majlis tersebut ialah Cheff Dee. Selebriti Cheff Malaysia.. Dan bukan hanya pada majlis tu je. Chef Dee ada berada sepanjang bulan ramadhan untuk menghibuatkan tetamu dengan gelak tawanya..

Ini ialah antara menu-menu yang bakal dihidangkan di The Grand Campbell. Lebih banyak akan dihidangkan sepanjang bulan puasa nanti.. Jom uzu belanja gambar bufffet ramadhan..






















Menu Buffet Ramadhan : RM78 (Dewasa) , RM(Kanak-Kanak 6-12 tahun)

Selain daripada menu buffet ramadhan,  u ols boleh juga menginap sewaktu bulan puasa nanti dengan harga RM150- RM300 semalam/2pax. ( harga masuk buffet ramadhan untuj 2 orang)

Tak lupa juga ada pakej perkahwinan untuk bakal pengantin  untuk kapasiti hotel 500 orang. The grand campbelp ada 153 buah bilik superior, bilik deluxe, dan bilik exclusive.. The grand campbell juga ada tiga seminar dan satu ruang majlis tertutup yang boleh memuatkan 4000 orang di tingkat empat, kompleks campbell. 


Lokasi hotel sangat stratergik kerena bersebelahan dengan  Sogo dan Jalan Tar. 

Untuk info lanjut boleh contact:

Puan Fadzlina Fadzilah di talian 0124971600 atau emel ke sales@thegrandcampbellhotel.com 


0 comments