Pakej Medan Indonesia Murah 2023
Pakej Medan Indonesia Murah 2023 | Salam guys.. Dah lama uzu tak share pasal travel.. hihi so nak update lah pakej baru ke Medan untuk tahun 2023.. untuk pengetahuan semua, uzu dah ke Medan Indonesia sebelum ni pada tahun 2016..So uzu update ni sebab uzu akan ke Medan sekali lagi dengan suami, anak dan ipar-ipar.. So untuk harga baru ni, memang dah naik sikit dari yang lama.. tempat menarik pun ada ke tempat baru kali ini..
Uzu ke medan ambik pakej ground medan 4 hari 3 malam.. Bila sebut ground pakej, ground ni tidak termasuk tiket flight ya.. So kena beli tiket flight ke Medan sendiri..Tiket flight dah kembali murah macam dulu-dulu, tak sampai RM300 sorang.. So best lah kalau nak ke Medan.. Medan ni best tau.. Banyak tempat menarik yang ada sekarang ni antaranya:
Tempat Menarik Di Medan 2023
Gambar-gambar di atas ni untuk pakej 4 hari 3 malam tau!! Uzu nak p Medan ni 4 hari 3 malam kat sana. so aktiviti banyak sikit.. untuk kali ni, ada beberapa tempat baru yang uzu tak pernah pergi.. so excited semula macam first time pergi medan lagi-lagi kali ini sebab uzu bawa suami , baby girl.. dan kemungkinan ipar2 pun akan pergi.. InsyaAllah..
Ni uzu kongsikan Itinerari Medan Indonesia 4H3M :
*ITINERARY / TENTATIF 4 HARI 3 MALAM (4H3M)*
*HARI PERTAMA* ✈️🙋🚌
✔Tiba di Airport Medan Kuala Namo lalu terus pergi ke Lake Toba (Tasik danau Toba)
✔Berhenti untuk makan tengahari 🍛🍖🍸
✔sholat di masjid yang terdekat
✔Dalam perjalanan dari Medan ke Lake Toba berhenti di Kedai Paten (Kedai menjual Kacang Tumbuk makanan khas Siantar.
✔Chek in Hotel patra jasa Bermain-main di tepi tasik,memancing, Jet ski, Banana boat dan menikmati keindahan Lake Toba di waktu senja.(bayar sendiri)
✔Makan malam di hotel (1st Dinner)
✔Pulang ke hotel untuk berehat, tour hari pertama berakhir.
*HARI KEDUA* 🌲🌲🗻🏄🚣⛵🏊
✔Sarapan pagi di Hotel
✔🚤🚤Menaiki feri menyeberang ke Pulau Samosir🚤🚤. Di Pulau Samosir, kita akan singgah di Perkampungan Tomok. Melihat kehidupan kaum Batak Toba, shopping, melawat Si Gale-Gale dan Makam Sidabutar.
✔Singgah untuk makan tengahari (2nd Lunch).
✔sholat di masjid yang terdekat
✔Lalu pergi menuju Berastagi.
✔Dalam perjalanan berhenti di Simarjarunjung (Bukit tertinggi di pinggir Lake Toba yang sangat sejuk) untuk melihat permandangan indah Lake Toba dari sini. Sambil menikmati Teh Halia dan Pisang Goreng enak yang menjadi sebutan ramai.
bermain besikal awan, vespa awan, buayan awan, flying fox dll (bayar sendiri)
✔Dalam perjalanan juga kita akan singgah untuk melawat Air Terjun Si Piso-Piso. Lake Toba masih kelihatan dari sini dan permandangannya amat cantik.
✔Pejalan diteruskan dan berhenti di Kebun Limau untuk memetik Buah Limau segar.
✔Check in Hotel Green Garden (Menginap 1 malam di Berastagi yang sangat sejuk).
✔Makan malam (2nd Dinner)
✔Balik ke hotel dan berehat, tour hari kedua berakhir.
*HARI KETIGA* 🐴🐇🍊🍓🍍🌽❄🗻🗻
✔Sarapan Pagi di hotel
✔Ke Pasar Buah Segar di Berastagi. Juga terdapat banyak kedai yang menjual cenderahati/souvenir, menjual jagung rebus dan bakar yang segar serta melihat kereta kuda.
✔Tiba di Bukit Gundaling untuk menikmati permandangan Gunung Sibayak yang menghijau dan Gunung Sinabung (Gunung Merapi yang masih lagi aktif).
✔Ke Ladang Strawberi
✔sholat di masjid yang terdekat
✔Terus ke Bandar Medan.
✔Makan tengahari (3rd Lunch).
✔Pergi ke Gedung yang khusus menjual Kain Batik dan Kain Telekung.
✔Check in Hotel Madani Medan.
✔Makan malam (3rd Dinner)
✔Pergi ke Merdeka Walk./amaliun food cort live band/pergi ke mmtc, pasar malam yang terbesar di medan shoping,kuliner,Funfair
✔Pulang ke hotel dan berehat, tour hari ketiga berakhir.
*HARI KEEMPAAT* 🏢👞👕👖🚌✈️
✔Sarapan pagi
✔Pergi melawat Masjid Raya
》muzium negeri medan yang terdapat sejarah medan,lake toba,berastagi 5batak serta senjata pakaian patung dan rumah keadat 5batak
✔Melawat Istana Maimoon
✔Shopping di Pajak Ikan.
✔Transfer ke Kuala Namo International Airport, tour hari keempat berakhir
UNTUK HOTEL
-DI LAKE TOBA HOTEL PATRA COMFORT/
✔SWIMMING POOL✔
-DI BERASTAGI . HOTEL GREEN GARDEN/ RUDANG HOTEL AND RESORT
✔SWIMMING POOL✔
-Di MEDAN . HOTEL MADANI
UNTUK MAKAN
3 KALI DINNER, 3 KALI LUNCH 3 KALI BREAKFAST
Ni adalah update terkini untuk pakej medan murah 2023.. Ni uzu kongsikan dulu pre-trip. teaser untuk trip yang akan datang... bila uzu dah ke Medan.. uzu akan update lagi pengalaman uzu ke Medan.. Untuk yang tak pernah datang Medan, Medan sangat- sangat cantik.. uzu teruja ye bila kali pertama datang Medan..view dia mcm lebih kurang view gunung kinabalu.. kita akan ke pergunungan juga. nak tengok macam-macam. sebenarnya banyak gambar-gambar yang cantik-cantik yang uzu tak upload.. nanti next blog trip medan, uzu nak ambik gambar baru.. sekarang kan dah handphone makin canggih so hihi ok excited. ok sampai sini duli lah guys.
Siapa yang nak ke Medan boleh contat Pak Yudi dari FIGO PELANCONGAN LAKE TOBA.. Sila rujuk contact info kat bawah ye. salam :) :)
Untuk Matlumat Lanjut
NAMA : FIGO PELANCONGAN LAKE TOBA
WHATSAPP : +6287777465814
CALL / WHATSAPP : +6285268470435
Instagram :
0 comments