Uzu Beli Fragrance Mists Murah Dari Shopper Attic (Personal Shopper Brand Australia) | Salam semuanya.. Alhamdulillah uzu masih lagi larat nak menaip blog walaupun tengah sarat mengandung ni.. Huhuhu nak update cepat-sepat, kang terberanak kang nayeeee kang haa :p Btw guys, sesiapa kat sini yang suka pakai perfume? Rasanya semua orang kan suka pakai perfume :p 80% dari rakyat Malaysia ni suka pakai perfume.. 20% lagi mmg tak suka pakai perfume termasuk lah suami uzu :p Dia rare spesis sikit.. Hidung sensetif , kalau bau pelik mesti dia bersin2. Huhu jadinye mmg tak pernah dia pakai perfume yang uzu pernah beli sebelum ni :p Ok nvm. Kita tumpu pada lagi 80& yang suka pakai perfume/bodymists!!
Uzu sebenarnya, sejenis orang yang wajib pakai perfume kalau keluar ke mana-mana.. Kalau takde perfume, bodymists, fragnance mists pun okay.. Janji ada bau wangi.. Kalau tak pakai tu, macam tak konfiden nak salam peluk cium pipi orang ... Hahahhaha :p Mmg stand by dalam beg. Pastu perfume dulu check kat beg, ada ke tak.. Kalau wallet tinggal tak kisah lagi tu :p Gitohhhhh... Pentingnye perfume pada uzu :p
So kali ni, uzu nak try perfume dari Australia. Beli kat Shopper Attic.. Banyak tau jenis wangian yang ada tapi as a pinky lover, of cozzz ler ambik botol pink :p Main pilih2 je, nasib baik wangi ye :p
Btw guys, selain daripada fragnance mists ni, ada lagiiiiii banyakkkkk barang-barang yang Shopper Attic jual.. Ada barang ready stock, ada juga barang pre order.. Antara barang-barang ready stock yang buatkan korang rambang mata ialahh :
1) Kids Backpacks
2) Nappy Bags
3) Fragrance Mists
4) Disan
5) Handbags
6) Crofton
7) Aprons
8) Dolce Gusto
9) Choceur
10) Berocca
Haaa amacam? Ada yang ter-kenan tak? hahaha. Tu belum lagi korang join telegram Shopper Attic.. Maunye meroyan rambang mata..HIhihi... So guyss sape-sape nak beli barang pre order dan barang ready stock barang-barang dari Aussie,u guyss boleh contact info kat bawah ye guyss..Selamat bershopping !! Salam..
Untuk Pertanyaan/Pembelian
Jangan lupa contact admin untuk order!
📱Whatsapp :
Boleh cuci mata 👀 barangan lain di sini :
Telegram (Barangan Preorder Australia)
Telegram (Barangan Readystock Malaysia)
Instagram (Barangan Preorder Australia)
Instagram (Barangan Readystock Malaysia)
#personalshopperaustraliamalaysia #personalshopperaustralia #personalshoppermalaysia #personalshopperaussie #personalshopperaustraliamurah #personalshopperaustralia🇦🇺 #personalshopperkmart #personalshopperkmartmalaysia #personalshopperkmartaustralia #kmartmalaysia #kmartmalaysiapersonalshopper #kmartmalaysiamurah #rumahkusyurgaku #ighomemalaysia #fyp #homedecormalaysia #homedecormalaysiamurah #bohomalaysia #scandimalaysia
Review Buffet Ramadhan Di Corus Hotel Kuala Lumpur 2022 | Salam. Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi, uzu dan suami berkesempatan lagi untuk merasa buffet ramadhan sebelum kami berdua jadi ibu bapa yang bakal sibuk menjaga bakal baby yang bakal lahir tak lama lagi. Hehehe. Syukur juga, sebab negara kita dalam peralihan ke musim endemik, so hotel-hotel kembali beroperasi seperti biasa dan tahun ni diberi rezeki uzu dan suami untuk review buffet ramadhan kat di Corus Hotel Kuala Lumpur..
Sekarang kita dah masuk bulan Mac, tak lama lagi kita akan bertemu ramadhan yang mulia.. Masing-masing mesti dah busy untuk ganti puasa.. Hehehehe.. Korang dah ganti puasa belum duhai kaum hawa? :p Cepat-cepat ganti ye.. Kita ni bakal menyambut bulan ramadhan awal bulan April, means ada beberapa minggu lagi kita nak sambut ramadhan.. Bila dah nak masuk bulan puasa, kita dah sibuk fikir tahun ni baju raya tema ape, bukan tu je, kita pun mesti dah start nak servay buffet ramadhan 2022 ni.. Mesti kita nak berbuka puasa di luar nanti , makan buffet dengan family, officemate dan kawan-kawan.. Kalau korang cari buffet ramadan di area Kuala Lumpur, haaa uzu sangat-sangat korang berbuka puasa di Corus Hotel Kuala Lumpur ! :p Sedap-sedap makanan buffet kat situ..
Buffet Ramadhan Di Corus Hotel Kuala Lumpur
Corus hotel Kuala Lumpur menyediakan hidangan bufet makan malam di Dondang Sayang Coffeehouse. Hidangan Melayu tradisional yang sangat digemari akan disediakan dengan campuran masakan Malaysia yang mewah serta sentuhan citarasa barat untuk pengalaman menjamu selera yang sihat. Pengunjung akan gembira dengan hidangan bufet makan malam yang menampilkan gabungan hidangan tempatan dan antarabangsa yang popular. Ada sesuatu untuk semua orang, menjadikan Hotel sebagai tempat yang ideal untuk menjamu selera dan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhan.
Ada lebih daripada 200 jenis menu buffet yang bakal dihidangkan semasa bulan ramdhann nanti.. Menu yang paling hot sekali dan ada rekemen dari Chef iaitu Daging Salai Masak Lemak Pucuk Ubi Mangga Muda yg berasal dari Negeri Sembilan.. Uzu dah try dah.. Memang terangkat beb!! Tak lupa juga, korang kena try Ikan Tenggiri Asam Pedas dan Udang Masak Kapitan.. Pengunjung juga boleh membuat tempahan untuk Ayam Bakar Mentega Garlic Herb baru kami pada harga hanya RM68nett seekor.. So meh kita tengok gambar-gambar menu yang menyelerakan !!
Bubur Lambuk Ayam
Sup Tulang Rawan
Nasi Putih
Nasi Tomato
Ayam Percik
Ikan Tenggiri Asam Pedas
Daging Salai Masak Lemak Pucuk Ubi Mangga Muda
Sotong Goreng Cili Hijau
Udang Masak Kapitan
Ayam Masak Merah
Sambal Tempe Kacang Kentang
Pajeri Terung
Kambing Golek
Menu-Menu Sampingan
Uzu dah rasa hampir semua menu-menu yang ada.. Memang sedap-sedap semuanya. Ambik sikit-sikit je untuk merasa semua menu, kang ambik banyak-banyak kang, tak sempat rasa menu lain, dah kenyang. Hihihi.. Menu semua kena denga tekak. Daging pun lembut je. Kambing sedap bersama gabungan sos yang mantap !! Sangat-sangat rekemen taw u ols berbuka kat sini :) Uzu bagi 5/5 bintang!! Untuk info harga boleh tengok matlumat lanjut kat bawah ye. Salam :)
Buffet Ramadhan Corus Hotel Kuala Lumpur
Santapan Warisan Makan Malam Buffet @Ramadhan
• 5hb – 30hb April 2022
• 06.30 petang – 10.00 malam
• Dondang Sayang Coffeehouse, Corus hotel Kuala Lumpur
Harga : RM108.00nett Setiap Dewasa / RM70.00nett Setiap Kanak-kanak
o Tawaran 10+1 : 10 orang dewasa yang membayar penuh, 1 hidangan secara PERCUMA
Untuk Matlumat Lanjut
T : +6(03) 2161 8888 F : +6(03) 2161 2393
Email : fnb@corushotel-kl.com.
Alamat : Corus Hotel Kuala Lumpur, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia.
Waze : Chorus Hotel KL