Heat Not Burn Technology Bakal Menyelamatkan Perokok-Perokok!! | Salam.. U olss sihat tak? Harap-harap korang sihat sempena zaman pandemik ni ye.. Time covid ni uzu tengok, rakan-rakan facebook uzu yang kena positif covid19..Harap-harap sekarang korang dah sihat ye... Sama-sama doakan bumi kita makin jauh dengan covid. Sila jaga diri ya sentiasa .. Okay?
Btwww guys, berbalik kepada tajuk entry uzu ni, haaaa ada tak pembaca blog uzu kat sini yang merokok? Atau suami, isteri yang merokok? Haaaa uzu ada berita baik nak share dengan u olsss !! Ada pengganti rokok yang guna teknologi baru .. Haaa nak tau tak ape? Haaaa Teknologi yang bakal menyelamatkan perokok-perokok termasuk menyelamatkan suami uzu yang kaki rokok :p Hehehe Okayyyy I'm presenting to youu.... Heat Not Burn Technology!!! Haaa apa tu Heat Not Burn Technology?? Jomm baca info lanjut kat bawah :
Apa Itu Heat Not Burn Technology??
Produk tidak terbakar haba ialah peranti elektronik yang mengandungi daun tembakau. Apabila anda memanaskannya, ia menghasilkan wap yang mengandungi nikotin, yang anda sedut.
Ia berbeza daripada rokok konvensional dalam mekanismenya, yang memanaskan tembakau kepada suhu yang jauh lebih rendah. Dalam peranti tidak terbakar haba, tembakau dipanaskan hingga 350 ℃, berbanding rokok tradisional yang membakar sehingga 900 ℃.
Walaupun begitu, suhu dalam produk haba tidak terbakar masih cukup tinggi untuk bahan kimia berbahaya diwap dan dihidu.
Pun begitu, tiada bukti yang mencukupi memberitahu produk haba tidak terbakar adalah lebih selamat daripada rokok tradisional.
Walaupun serupa kerana kedua-duanya ialah peranti
elektronik, produk haba tidak terbakar berbeza daripada e-rokok atau peranti
vaping. Ini biasanya menggunakan cecair kimia, dan tidak semestinya mengandungi
nikotin. E-rokok cenderung memanaskan cecair kepada sekitar 250 ℃ untuk menghasilkan wapnya.
Info mengenai Tar, Nicotine, dan Combustion
Tar Rokok: Adalah zat kimia dan partikel padat (solid carbon) yang dihasilkan apabila rokok
atau tembakau dibakar. Ia mempunyai sifat karsinogenik dan boleh menyebabkan pertumbuhan
sel-sel kancer dan menyebabkan gigi menjadi berwarna kekuningan
Nikotin : Adalah senyawa kimia yang secara alami ada pada berbagai tumbuhan dan ia mempunyai sifat stimulan ringan dan adiktif sehingga dapat menimbulkan efek ketergantungan. Tetapi nikotin bukanlah punca utama penyakit berkaitan dengan merokok
Asap Rokok : Apabila sebatang rokok dinyalakan, gabungan tembakau (bahan api) dan oksigen di udara menghasilkan proses pembakaran mampan sendiri yang memakan tembakau.... Pembakaran tembakau mengakibatkan pembentukan asap (yang mengandungi julat juzuk kimia), haba dan abu.
Suami uzu kan merokok, memang sangat-sangat merbahaya kepada beliau. Rasa tiba-tiba risau pulak mengenai kesihatan dia lepas ni.. Rasa macam nak mintak dia stop terus merokok..!! Errr tapi tau tau lah perokok ni bukan senang nak stop.. Huhuhuhu.. Sobsss. Lepas ni kena guna heated tobacco product (HTP) ni sebagai alternatif bebas asap rokok (smoke-free alternative) untuk mengurangkan kemudaratan. Merokok ni agak memudaratkan sebab boleh release asap rokok yang merbahaya dan ada chemical yang memudaratkan.
So guyss.. Bila dah tau info pasal rokok ni? Cane ok tak? Boleh suggest kat suami korang, isteri korang yang merokok, atau anak-anak muda kita, adik-adik, abang yang merokok, boleh tukar dahh kepada heated tobacco product ye !! Uzu rekemen sangat-sangat tukar kepada heated tobacco product !! Ok guysss.. Semoga dengan ada alternatif bebas asap rokok seperti ni boleh membantu perokok-perokok mengurangkan kemudaratan !! Salam.
rujukan :
https://www.alodokter.com/nikotin-vs-tar-manakah-yang-lebih-berbahaya