Taiwan Tourism Bureau Kuala Lumpur Lancarkan Kempen Bertemakan "Oh Bear Go!" Cycling & Rail"


Taiwan Tourism Bureau Kuala Lumpur  Lancarkan Kempen Bertemakan "Oh Bear Go!" Cycling & Rail"  |  Salam.. Berita baik kepada yang suka melancong, macam uzu... :D Nak bagitau yang Taiwan Tourism Bureau Kuala Lumpur  lancarkan Kempen Bertemakan "Oh Bear Go!" Cycling & Rail" . 

Kempen ni melibatkan 200 buah kereta yang dihiasi dengan tema Oh Beah, yang mana akan mengelilingi Malaysia, di antaranya di Klang Valley, Penang dan Johor.. Tujuan pengiklanan ini adalah bertujuan untuk membangkitkan semangat orang kita untuk melancong ke Taiwan !

Pengiklan yang melibatkan 200 kereta ni, mendapat anugerah Book of Records kerana telah pecah reord pengiklanan unik menggunakan 200 kereta dan mengelilingi Malaysia. Tahniah diucapkan!! :D

TAIWAN juga dah nak buka border tau 13 October 2022 ini !! Esokkk !! Wowww best gilerrr bila dengar border nak buka dah.. Uzu tak pernah tau ke Taiwan lagi.. Uzu selalu ke Jepun je tapi Taiwan InsyAllah ye kalau ada rezeki, akan ke sana bersama suami :) Hihihihi..Actually guys, banyak benda yang boleh kita explore kat Taiwan.. Dengar pengalaman masa majlis pelancaran tadi, memang tak sabar nak explore Taiwan :)


 Ucapan dari pengarah Pejabat Biro Pelancongan Taiwan Kuala Lumpur ,Chou Shih Pi berkata bahwa tema kali ni muslim friendly.. "Salam Taiwan" sebagai tema kali ni.. Ada tiga theme appearances yang lain iaitu Nantou Sun Moon Lake Bike, Chiayi Alishan Cheery Blossom Train & Taipei Yangmingshan Hydrangea Flower Sea serta tak lupa juga ada bear yang comel tadi mascot Taiwan. Mereka buat naik basikat keliling 120 selangor, kl , 40 penang dan 40 johor.... :)

Untu menyokong penuh pelancong mesra muslim ni, Taiwan menyediakn pelbagai kemudahan , pengangkutn, 200 lebih restoran dan hotel ada sijil halal.. Menurut Mastercard-Crescent Rating "Global Muslim Travel Index (GMTI) 2022, Taiwan mengekalkan kedudukan tempat kedua di kalangan destinasi bukan OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam atau OIC) di seluruh dunia kerana persekitaran pelancongan yang mesra Muslim dan ini telah menjadikannya destinasi pilihan untuk pelawat Islam yang melancong ke luar negara.


Last sekali guys, berita baik !! Ada contest , Scan & Win ! ( Peraduan Imbas dan Menang) berkuatkuasa hari ni sehingga 26 Oktober 2022 :) Semua peserta yang nampak kereta "Oh Bear Go!",ambik gambar dengan kereta yang ada gambar "Oh Bear Go" dan post gambar kat page facebook Biro Pelancongan Taiwan FB Malaysia (@tbrockl) beserta hastag #taiwanmynextdestination . Sapa yang join, akan berpeluang untuk menang tiket pergi balik KL-Taipei yang ditaja oleh Starlux Airlines, tablet premium, dan kad Touch ‘n Go Taiwan edisi special yang termasuk kredit RM200. Jommm ramai-ramai join contest :)  Hihihihi So guysss good luck yee ! Selamat melancong ke Taiwan . Salam :)

Untuk Matlumat Lanjut

Facebook : https://www.facebook.com/tbrockl

Instagram : https://www.instagram.com/taiwantourismbureaumalaysia/

#taiwanmynextdestination #timefortaiwan

Hubungan Media:

Yi Chiann | 012-327 5383 | limyichiann@gmail.com

Kim | 017-392 9915 | kimweng1980@gmail.com

0 comments