Pembukaan Cawangan Ke-5 Lulu Supermarket & Department Store Di Setia Ecohill Mall Semenyih

Pembukaan Cawangan Ke-5 Lulu Supermarket & Department Store Di Setia Ecohill Mall Semenyih ! | Salam.. Baru-baru ni, uzu berkesempatan untuk ke Semenyih Kajang semata-mata nak beli barang-barang basah yang murahhhh gilerrr sebab sekarang ni ada tawaran pembukaan sempena pembukaan cawangan Lulu Supermarket & Department Store yang ke-lima..!!Wahhhh !! Tahniahhh Lulu Group's.. Uzu dari puchong tawww semata-mana nak jimat, dan shopping sakan, nak grapp banyak benda!! Dari barang basah, barang-barang kering, barang letrik, tv, mesin, handphone, pakaian dari pakaian lelaki, perempuan dan kanak-kanak !! Mostly semua murah-murahh !!  Time belum gaji tengah bulan ni, memang uzu suka lah kan shopping time banyak offer ni? Hihihih jimat banyakkk.. Lagi-lagi time offer sempena opening dari 15-18 September 2022 je tauuuu !! Hihihih :)

Majlis perasmian Lulu Supermarket & Department Store dirasmikan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna,dengan kehadiran Nishad PA, Pengarah LuLu Group Malaysia & Indonesia; Asif MA, Pengarah Serantau LuLu Malaysia; dan orang kenamaan dan ahli perniagaan yang lain..

Dari Puchong uzu ke Lulu Supermarket & Department Store Di Setia Ecohill Mall Semenyih ni, uzu guna laluan Lebuhraya Cheras-Kajang, SKVE (melalui Lebuhraya SILK) dan LEKAS.. Apa yang uzu suka, Lulu Supermarket & Department Store kat Setia Ecohill ni luas gilerr sekitar 36, 000 kaki persegi !! Uzu dah masuk beli belahhh kat sana, ya allahhhh !!! Besar dan luas !! Parking pun best, banyak parking .. Apa yang menariknye, supermarket ni menggunakan teknologi paling moden untuk kemudahan membeli-belah dan akan memberi perkhidmatan kepada 600,000 penduduk di Semenyih dan kawasan berdekatannya untuk membeli-belah harian mereka keperluan mereka :)























Lulu Supermarket ada 2 tingkat, tiingkat 1 semuanya barang-barang basah dan kering contohnya barangan runcit, produk tenusu, ikan dan makanan laut, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging dan ayam, barangan kering.. Tingkat 2 pulak, ada pakaian fesyen, elektronik, IT, alat tulis, sukan , kasut, bagasi, antara lain. 



































Lulu Supermarket ada menawarkan rangkaian luas produk tempatan yang mendapat permintaan ramai dan produk import seperti roti panggang, delicatessen dan produk import UK dan AS yang datang terus daripada syarikat penyumberan Lulu Group di seluruh dunia.

Kempen "Beli Produk Malaysia" 2022

Lulu juga dalam masa yang telah melancarkan ‘Kempen Beli Produk Malaysia 2022’. Kempen ini dengan kerjasama PDNHEP untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kualiti produk tempatan, mengetengahkan produk PKS, dan meningkatkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutamanya mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Sokongan kepada PKS

Lulu Hypermarket Malaysia sentiasa menjadi penyokong utama perusahaan kecil yang menyediakan ruang untuk mereka menjual barang-barangan tempatan di dalam Lulu Supermarket. Lulu juga mengeksport produk PKS ke negara-negara Teluk. Pada masa ini, terdapat lebih 300 syarikat PKS tempatan berdaftar dengan Lulu Malaysia..

Jommm guyssss esok ramai-ramai ke Lulu Supermarket & Department Store Di Setia Ecohill Mall Semenyih sebab esok last untuk tawaran pembukaan tu yee !!! Dari 15 hingga 18 september ye yee!! Ok salam.. Selamat bershopping semuaa !! :)

Tawaran Pembukaan : 15-18 September 2022

0 comments