Rumah
Ronald McDonald Adalah Rumah Penginapan Sementara Untuk Kemudahan Keluarga
Pesakit Di Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah | Salam. Pada Jumaat 5 Ogos yang lepas, uzu berkesempatan untuk menyaksikan
perjanjian persefahaman (MoU) untuk
penubuhan Rumah
Ronald McDonald yang ke-4 di Malaysia. Rumah
Ronald McDonald akan dibuka pada suku tahun
depan iaitu pada 2023 di Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah, Likas Kota
Kinabalu, dan merupakan Rumah Ronald McDonald pertama di Sabah dan
Sarawak. Kemudahan rumah penginapan sementara
ini adalah inisiatif untuk membantu meringankan beban kepada keluarga pesakit
yang datang dari jauh terutama di seluruh Sabah untuk mendapatkan rawatan di hospital. Rumah Ronald McDonald akan dikenakan cas semalam RM5 atau jika keluarga tersebut
daripada keluarga yang tidak berkemampuan, ia hanyalah percuma sahaja.
MoU ini dimetrai antara Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pada hari ini. RMHC Malaysia telah diwakili oleh Dato’ Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia dan Mohd Nasri Mohd Nordin, Pengurus Besar, RMHC Malaysia, manakala Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diwakili oleh Datuk Harjeet Singh A/L Hardev Singh selaku Ketua Setiausaha, KKM dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) diwakili oleh Dr. Marcus Netto selaku Pengarah.
Upacara menandatangani perjanjian persefahaman ini disaksikan oleh Datuk Ir. Shahelmey Bin Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap EXCO Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan II, dan Datuk Dr. Rose Nani Mudin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
Apa yang uzu sedia maklum, sebelum ini memang ada rumah penginapan sementara tetapi rumah tersebut berbentuk "dorm", dan kini ia diupgrade seperti sebuah bilik hotel.. Ia ada 16 bilik keluarga yang mempunyai kemudahan lain seperti di dapur dan ruang makan, bilik dobi, ruang istirahat, bilik permainan kanak-kanak dan juga bilik solat.
Rumah Ronald rumah yang ke-4 akan dibina di perkarangan HWKKS. Tujuan asalnya untuk membuat kebajikan kepada pesakit atau anak yang dirawat di hospital.. Kemudahan ini diharap dapat mengurakan beban keluarga pesakit yang kebanyakkannya dari keluarga yang kurang berkemampuan. Tidak lupa juga, kehadiran ibu bapa atau keluarga untuk temani pesakit adalah penting untuk sokongan moral pesakit.
“Rumah Ronald McDonald pertama di Malaysia telah dibina pada tahun 1999, bertujuan menawarkan penginapan yang mudah, selesa dan berpatutan dalam pekarangan hospital kepada keluarga pesakit kanak-kanak. Kami mahu meringankan beban kewangan dan emosi yang dihadapi keluarga terlibat, terutamanya yang daripada golongan B40, di mana anak mereka perlu mendapatkan rawatan perubatan. Memberi sokongan kepada golongan masyarakat yang memerlukan ketika waktu-waktu sukar adalah teras utama bagi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia),” kata Dato’ Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.
“Pembinaan Rumah Ronald McDonald ke-empat di negara ini dapat dilakukan dengan jayanya hasil sumbangan ikhlas orang ramai melalui tabung derma RMHC dan kios pesan sendiri yang terdapat di lebih 300 restoran McDonald’s di seluruh negara,” tambah Dato’ Azmir.
Untuk matlumat semua, Rumah Ronald ada 4 buah di seluruh Malaysia.. Ketiga-tiga rumah ronald sebelum ini semuanya terletak di Semenanjung Malaysia, iaitu yang pertama, Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebaangsaan Malaysia (HCTM-UKM) di Kuala Lumpur yang sudah lebih 20 tahun beroperasi; satu lagi di Hospital Tunku Azizah di Kuala Lumpur dan yang lainnya di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) di Kubang Kerian, Kelantan. Untuk rekod seluruh dunia pula, jumlahnya ada lebih 370 buah rumah ronald.
“Kami sangat berbangga dapat menyokong inisiatif yang sangat bermanfaat seperti ini, memandangkan kita melihat banyak keluarga yang terpaksa berulang-alik untuk menjaga anak mereka yang sedang menerima rawatan perubatan di hospital. Rumah Ronald McDonald dibina dalam pekarangan hospital yang membolehkan keluarga yang terlibat mendapat kemudahan penginapan dengan harga berpatutan dan supaya mereka berada berdekatan dengan anak apabila diperlukan. Ini secara langsung memberikan ketenteraman kepada keluarga serta mengurangkan beban yang dihadapi. Kerjasama antara pihak Kementerian dan RMHC Malaysia menyatakan komitmen kami untuk terus membantu keluarga untuk sentiasa dekat bersama melalui inisiatif ini,” kata Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan II.
Latarbelakang Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia)
RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah. Sejak 32 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 100,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM40 juta.
Kesemua program ini dapat dijayakan hasil sumbangan ikhlas pelanggan-pelanggan McDonald’s yang bermurah hati menderma kepada tabung dan Kiosk Pesanan Layan Diri di restoran-restoran McDonald’s serta tajaan serta sumbangan dari rakan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari
https://rmhc-malaysia.my/
0 comments