Vintage Festival Bangi & Program Renew Dari Sasuke Premium Outlet (Japan Preloved Boutique)

Vintage Festival Bangi & Program Renew Dari Sasuke Premium Outlet | Salam.. Dua minggu lepas, uzu dan rakan-rakan blogger yang lain, kiterang sempat jalan-jalan kat Bangi , untuk ke Vintage Festival Bangi yang diadakan di tapak event Mcd Bandar Baru Bangi.. Banyak kedai bundle ada kat sana cuma yang menjadi kegemaran uzu tetap lah Sasuke Premium Bundle :p  Sebab apa? Sebab kualit baju-baju bundle premium dan baju dari Japan preloved.



So bila tau Sasuke Premium Bundle tu dibuat kat area tu, memang suka lah. Sana kawasan ramai orang. So kalau raya memang jammed giler lah area tu. huhuhuhu.. Tapi best.. sempat lah cuci kejap.. lepak minum cari teh ais.. Hihi round round tapak event tu, jumpa lah juga kedai bundle premium peberet uzu.. 















Uzu asal je ke Jepun , memang akan cari baju winter kat sini.. Baju dia cantik cantik! Baju sasuke kan dari Japan Preloved Bundle.. Hihi.. Patut lah lawa-lawa.. Berkenan tadi banyak baju winter tapi takde rezeki lagi nak ke luar negara buat masa ni.. Huhuhu untuk ke cameron highland tu , genting higland, kundasang sabah, naik gunung kinabalu boleh jer kan? Baju puN dari senipis-nipis baju sampai lah setebal-tebal baju.. Nak p tengok wayang pun ok apa ..:p 

                ____________________________________________________________________

Program Renew Dari Sasuke Premium Outlet | Salam... Program ni dah lama di adakan.. Uzu baru dapat pergi semalam.. Last day.. Busy raya punya pasal.. Hihi :p Soo sempatlah nak bawa baju yang tak guna untuk dijual :p Ya Allah... Lepas pindah hari tu berbakul-bakul baju/tudung uzu buang.. Kalau tak memang dah kaya hahhaa :p Gurau jer .. Hihi so tadi uzu ke Sasuke Premium Outlet kat Kajang !!








Sasuke beli baju/seluar/jaket/topi/langsir/ cadar yg kita tak guna.. Cara nak buat program RENEW tu boleh tengok step kat bawah k .. 





1. isi borang RENEW PROGRAM
2. bagi pakaian yg kita nak jual kat staff sasuke
3. staff sasuke akan sorting/asingkan mengikut jenjs baju dan gred
4. lepas tu dia akan timbang asing-asing pakaian kita. dia tak timbang sekali
5. bila dah dapat berapa kilo berat baju , dia akan tulis dlm borang tu..
6. lepas tu akan di darabkan dengan berapa kilo yg diorang
7. so dapatlah duit hasil timbang tadi dan dapat rm10 baucer utk shopping di sasuke !!

0 comments