Restoran Nasi Arab Paling Sedap Di Johor Bahru | Salam.. Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat illahi, uzu masih diberi berkesempan untuk food review nasi arab sedap kat JB.. Al-kisahnya pada Ahad lepas, uzu ada beberapa kerja kat JB, so bila ada jemputan food review ni, so sekali kan terus, jimatlah minyak dan tol kan? Hihihi so setel kerja belah pagi, petang pula uzu memenuhi jemputan ke restoran nasi arab di Jb... Nak tau apa dia kedai nasi arab yang sedap tu? Haaa ini diaaaaa Restoran Zaituna..!! Apa yang best sangat makan kat Restoran Zaituna ni ye? Haaa baca lah review jujur daripada uzu :p
Restoran Zaituna/ Zaituna Restaurant
Restoran nasi arab ni bukan asing lagi ye kat Malaysia.. Luar negara pun ada restoran nasi arab.. Kalau time gaji.., time ada gathering ke, nak makan-makan sedap, mesti nak cari restoran nasib arab.. Bila uzu travel kat luar negara, mesti cari nasi arab.. Seebab kat sana takde makanan halal.. Cuma kat Malaysia ni, banyak try nasi arab, tak semua yang sedap ye.. Haa kalau uzu masa uzu student kan, mesti wajib makan nasi arab sebulan sekali.. Dia punya sedap, sama lah sedap macam kat Restoran Zaintuna ni Nasi Arab Johor.. Apa yang uzu order ahad lepas, semua sedap-sedap bebb !! Ini serius tak tipu.. Sebelum uzu review lebih lanjut makanan dan minuman yang uzu order, jom lah tengok dulu round-round tengok cuci mata kecantiknan restoran ni.. :)
Gambar kat atas ni, gambar time orang busy, customer ramai sangat..Ada yang beratur tunggu meja. Hihihihi.. Perghhh mesti sedap kan? Dalam hati kata berbisik.. Kalau tak sedap, takde lah orang sampai beratur ye nak tunggu meja :p Ni pun tunggu orang habis lalu lalang baru ambik gambar :D
Masuk-masuk je nampak crowded.. Deco restoran ni cantik sangat ! Yang suka ambik gambar tu mesti suka masuk kedai ni :p Uzu pon suka tengok.. Design arabian ni.. Memang nampak sangat lah kita kat kedai nasi arab :p Yang jaga kaunter tu ada kakak cantik jaga.. Pemurah je senyuman layan tetamu nak datang.. Lepas tu ada juga adik comel disebelah kakak cantik.. Rupanya anak owner :) Alahai comel betul ye :D
Untuk datang ke restoran nasi arab ni, kena booking dulu ye.. Meja-meja akan di 'reserved' mengikut booking korang.. Uzu pon kena booking juga. Kena bagi nama kat whatsapp .. Nanti uzu bagi details dia ye kat bawah :P Gambar kat bawah ni pula waktu tak busy.. Dapat lah ambik gambar dekat meja yang cantik ni...siap ada sofa empuk kat tepi tingkap kedai.. Nice view kalau lepak lama-lama :D Boleh muat 10 orang .. kat sebelah kanan ada lagi..
Ya Allah cantik ni kedai dia.. Tak boleh move on.. Macam nak lepak lama-lama je yee.. Tapi memangdangkan ramai yang tunggu meja, tak boleh duduk lama :D NExt time kalau datang Johor Bahru, boleh datang sini lagi.. Hihihihi :) So kita review makanan pulak.. Nak tau apa yang uzu order? Hihih :p Tak sabar nak makan.. Tengah review ni memang tengah laparrr kot :D
Set Dulang RM85. Nasi + Ayam + Kambing +Salad + Hummus+1 Jug Air Jus
Set Dulang yang uzu order ni seseuai untuk 4 orang makan.. Ayam tu boleh 2 orang makan. daging pun ada orang makan.. Yang uzu order ni mixed. Mixed means ada ayam, ada daging.. Kalau tak suka daging, boleh order ayam je.. Kalau tak suka ayam, korang boleh pilih nak ayam je..Kalau nak tambah extra nasi, nak extra sambal, ayam, daging, sup boleh bagitau je kat sana okayyy.. Rate 20/10 over rated.
MasyaAllah masa kali pertama makan nasi arab ni, memang sedap giler beb.. Huhu nasi dia sedap.. Kan ada adua jenis nasi.. Satu nasi pedas sikit tapi boleh makan... Satu nasi lagi nasi biasa .. Ayam dia sedap gilerrrrrrr masyaAllahhh.. Tapiii belum korang cuma daging dia !! Lembut bebbb !! Macam takde tulang.. Tulang pun rapuh.. Uzu kan suka sangat memang daging.. Memang makan ayam dan daging,.. Lepas tu nasi tak habis, uzu take awayyy sebab ada daging peberet yangg sedap dan lembut gilerrr tu.. Belumm lagi di makan dengan suppp dia yang masam. Pergghhhh perfect !!
Kebab Halabi RM24. Yang ni kebab dengan isi dia lamb..Ada fries dan sos sekali..
Kebab ni blogger yang satu order.. Uzu tumpang rasa sikit-sikit.. Tapi sedap.. Kebab pun tak keras sangat... Isi kebab pun sedap je. Daging kan dalam tu kan.. Kalau ke restoran nasi arab, tak order kebab memang rugi yerr .. Hihi nasib memangg sedap... Boleh repeat lagi. Rate 10/10..
Zaituna Mixed Grill Small. RM38
Zaituna Mixed Grill ni ada empat cucuk iaitu lamb cubes, kebab halashi, shish tawook, chicken kaffa.. Ni boleh makan 4 orang.. Merasa lah makan benda yang di grill kan? Sedap set ni.. Ada macam pizza , fries, kepingan kebab,, ada sos mayo dan chesse. Terus terangkat rasa mixed grill ni :) Rate 9/10..
Salad. Sapa yang tak makan daging, nak makan vegetrian food, boleh lah order salah ni.
Buffet Baklawa, Halawa, Kunafa, Creme Caramel
Sejujurnya, ini kali pertama uzu try makanan nampak macam kuih muih orang arab ni, ingatkan ada kuih muih orang local malaysia, rupanya macam kuih muih orang arab, Baklawa, Halawa, Kunafa, juga ada Creme Caramel.. Yang uzu sempat makan, haa macam kat bawah ni.. Kunafa tu yang sedapp gilerr. Patut lah ramai orang kat ig stories uzu cari kunafa ni, tapi uzu pun tak tau makanan tu apa,, haaa rupanya sedap pulak.. Memang cuma ada kat restoran nasi arab. Dan kunafa sedap di Johor semestinya ialah di Restoran Zaituna :) Dannn selain tu , ada halawa.. tapi tak sempat uzu nak try makan.. Next time boleh order.. Korang kalau nak try, boleh order halawa tauuu :)
Layan teh arab. Hihi ada gula bagi yang tak suka teh pahit :p
Yang ni kami order jus epal, hersley chocolated dan barbican..
Huwaghhhhhhhh banyakknya makanan yang kami order. Hihihi nasib baik sharing dengan blogger lain.. Tapii kiterang take awayyy makanan yang tak habis.. hihi boleh makan untuk dua hari hehhehe.. Sayang nak buang makanan sedap :p Hihih overall untukkk menu-menu ni, memang uzu recommended sangat2 !! Haaaa terbaik, Banyak menu arab yang sedap-sedap kat sini.. Sapa-sapa yang duduk Johor, wajib try restorang nasi arab paling sedap di JB ni yee !!
Btwww guys, sebelum uzu terlupa, kalau nak datang makan sini, korang kena book dari whatspp okay? Dannn kalau malas, boleh order delivery .. Boleh tekan linkni kalau nak order online --> Zaituna Restaurant Food Delivery..
Untuk Matlumat Lanjut
Contact No : 07-2133577
0 comments