Pengalaman Bersunat Untuk Bayi Perempuan Di Klinik Khalifah Kajang Utama
Pengalaman Bersunat Untuk Bayi Perempuan Di Klinik Khalifah Kajang Utama | Salam.. Alhamdulillah rasa kejap je masa berlalu.. Baby uzu pun dah masuk 3 bulan dah.. Hihihi.. Actually dari umur dia sebulan lagi kiterang dah nak sunatkan dia ( kalau kat Sabah, bersunat pada hari ke 7 kelahiran), tapi Dr kat area selangor kl ni kata, selepas 3 bulan baru sesuai bersunat.. So tunggu lah lagi sampai tiga bulan yakni semalam , 16 Julai 2022, tarikh anak dara mami (tapi muka dedi) ni bersunat :p
Untuk bersunat ni, memang kami laki bini takde pengalaman, first baby kan :p Anak-anak buah uzu ramai tapi tak pernah lagi lah tengok diorang bersunat.. Rumah asing-asing kan memasing kan :p Haaa so uzu pun rasa nevesss lain macam selepas dah book bersunat kat Klinik Khalifah Kajang Utama :p Uzu book awal dalam 3-4 hari sebelum.. Buat masa sekarang, takde walk in untuk bersunat.. Tak tau lah klinik lain ye cane.. Hihihi..
Untuk pendaftaran baru, kena bawa sijil lahir anak ye.. Ic ibu bapa , sijil nikah ibu bapa tidak diperlukan :p Hehehehe saja lah bagitau korang.. Mana tau ada yang first time macam uzu tadi.. Sikiiittt lagi tak bawa sijil lahir baby tadi..:p Kena pikir di luar akal jap tadi.. Nasib baik lah berjaya :p kahkahkah :D
Sebelum uzu datang sini, ada diberi pesan oleh bini owner ( Yaya Natsumi) untuk bawa lebih pampers.. Dalam fikiran ni, eh darahh banyak ke? Hahhahaha cuak dah.. Gigih lah tengok review kat youtube orang sunatkan baby perempuan macam mana.. Ada yang baby dia tak nangis langsung, ada yang nangis + siap buang air besar yeee :p Ohhh mungkin salah satu sebab kenapa kena suh bawa pampers lebih... Ok dah husnuzon hehehe.... Uzu siap bawa pampers lebih , wet tissue, baju banyak, ngehngehngeh haa changing mat sekali.. pesan dekat baby.. Sayanggg.. Jangan yakyak ye sayang.. Betul-betul tak buang air besar ye tadi padahall dia membuang tu jam 4-5 petang dah yak banyak tu :p Ok lah tu syukur alhamdulillah Allah mudahkan urusan anak comel mami :) Hiiiii Tapi apa yang uzu bawa tu tak guna pun :p Yang uzu guna pampers sehelai + botol susu + puting kosong je yg berguna tadi. Benda wajib nak tenangkan baby :p
Dari Puchong nak ke Klinik Khalifah KU lebih kurang 35minit.. Masa register ada staff comel mengapa dengan mesra :p Uzu pon daftarkan baby , bagi sijil lahir dannn Doktor pun keluar untuk menyambut patient baru :p Ehhh macam kenal yee Doktor ni? dalam hati Hahahaha padahal memang kenal pun :D Dari waktu kat kaunter tu dah tanya, "shawn ada? Ehhh Lahh blur sendiri.. Staff dia tau ke shawn sape? Rupanya tauuuu "Adeeee".. Lepas tu pandang ke atas siling, apa nama penuh shawn ni ye? Huhuhu terjumpa lah nama beliau kat dinding klinik , hi Dr Abd Farhaim :D Tengok sekeliling yaya takde pulakk mcm takde..
Btww guys, (sambung cerita) Dr. Fahim (singkatkan nama) , brief dulu pasal bersunat.. Apa hukum bersunat bagi bayi perempuan? Hukum dia mengikut mahzab, Wajib atau Haram mengikut situasi tertentu.. Haram tu bila kita memotong kemaluan sampai berlebihan-lebihan.. Info selebihnya sila ke klinik khalifah k :p
0 comments