Food Review Di Restoran Itek Itik Damansara Jaya, PJ Selangor



Food Review Di Restoran Itek Itik Damansara Jaya, PJ Selangor | Salam.. Pada hari rabu yang lepas, uzu dan suami berkesempatan untuk makan malam di satu restoran chinese muslim di Damansara Jaya, Petaling Jaya yang mana makan malam bertemakan menu itik.. Restoran(halal) ni baru sahaja dilancarkan pada awal bulan ini.. Restoran yang bertemakan itik itu diberi nama ITEK ITIK ROSTED DUCK RESTAURANT !!

Restoran Itek Itik ini menggunakan resepi turun temurun yang sudah lebih 30 tahun lebih lamanya.. Ia telah dimodenkan, dan jadilah menu-menu yang ada di Restoran Itek Itik ini.. Roast duck menggunakan oven combi. Itek Itik ada banyak cawangan tetapi cawangan di Damansara Jaya ialah restoran satu-satunya yang tengah mendapatkan sijil halal daripada JAKIM..

Uzu sebenarnya memang suka makan makanan chinese food. Kalau nak beli nasi goreng, akan order nasi goreng cina. Sedap.. Sebab uzu bukan jenis makan pedas. Dan uzu suka makan telur. Apa-apa masakan wajib tambah telur. Macam tu juga lah masakan cina, apa-apa menu mesti letak telur..

Apa-apa yang uzu review kat Restoran ni, semua uzu boleh makan..Kebetulannya semuanya sedap-sedap pulak..Hihihihihi.. Mesti lah sedap ! Kalau tak sedap, tak kan lah ada banyak cawangan, ye dak?

Soooo menu-menu yang uzu review di Restoran Itek Itik , korang boleh tengok gambar di bawah okeh?

Smoked Kampung  Chicken 
Curry Roast Duck
Kam Heong Lala 
Otak Lemongrass Ball
Dim Sum
Nasi Minyak & Nasi Lemak
Chinese Tea
Lemon & Barley Lemon
Portuguese tart not in the photo.

Kesemua makan di atas masyaAllah semua sedap-sedap.. Menepati selera uzu dan suami.. Mula-mula uzu makan , smoked rosted chicken.. dia rasa macam makan nasi ayam, haa gitu lah.. tapi dia yam kampung kan? Sedap je uzu rasa.. ada kuah kuah lagi.. Ayam pun tak keras sangat.. Selalunya aym kampung memang aga keras atau liat sedikit.. Sedap di makan dengan nasi..

Next, uzu try makan curry rosted duck.. Rasa kari yang lain daripada yang lain.. Kari ni terlalu sedap sangat-sangat ! Berbeza dengan masak kari kampung.. Yang ni mungkin cina style kot. Hihihih apa yang uzu suka, dia adaa rasa masam sikittt tapi masam tu buat kari tu rasa sedap.. Lagiii tambah ada rosted duck, perfecto !!

Kam cheong lala.. uzu seafood lover.. Huhuhu lala dia fresh lagi.. Rasa tak hanyir Sedap untuk diratah.. Uzu siap bawa balik lala tu.. Sayang nak buang benda sedap :D Hihiihihih.. kam cheong kan :p

And then, uzu dah rasa menu yang ada tanda MUST TRY, Otak Lemongrass Ball.. Sedap pulak.. Ini first time uzu tengok ada menu otak lemongrasss.. First impression? Memang sedap !! 5/5 star.. Huhu . Juga ada dim sum dan portuguese tart.. Takde menu yang tak sedap.. :p  

Btwww guys, jom tengok gambar di dalam restoran itek itik damansara jaya ni :)
















Last but not least, uzu sangat-sangat recommanded u olss datang sii makan . Memang sedap tak terkata.. Yang duduk damansara, boleh try datang ok? So itu je lah untuk review kali ni. Salam.

Address: 
15 & 17, Jalan SS 22/19, Damansara Jaya, Petaling Jaya.

Opening hours:
Mon, Wed – Sun, 10.30 am – 9.30 pm. Tuesdays Closed.


Untuk Matlumat Lanjut

Contact No : +603 77317917

0 comments