'Sujood' Apps Yang Sangat Mudah & Senang Untuk Kita Menderma (Tabung Digital Masjid Anda) | Assalamualaikum.. Bertemu lagi kita ye guys.. Alhamdulillah masih lagi larat uzu nak update blog.. Kalau ikutkan, uzu dah nak bersalin dah ni. Lagi tunggu hari lagi.. Hehehhe..Memang tak sempat lah nak puasa :p Berpantang di bulan ramadhan gamaknyeee :p
Okayyyy sempena nak puasa ni kan, waktu ni lah kita rakyat malaysia nak beramal, kutip pahala yang berganda... Selalunya waktu bulan ramadhan, ramai yang sedekah.. tak kisah sedekah kat rumah yang kurang berkemampuan ke, rumah anak-anak yatim ke, tahfiz ke, atau sedekah kat masjid ke.. Kalau kat masjid/surau, makanan akan disedekahkan dan diagihkan utk mereka berjemaah solat terawih, ada juga yang sedekah duit kat tabung-tabung masjid, atau kat mana-mana pun ada je tabung masjid contohonya kat kaunter kedai-kedai makan ke, kedai-kedai supermarket ke, atau kat mana-mana pun mesti ada tabung punya.. Uzu memang selalu sedekah kat kaunter-kaunter kedai makan.. Tapi selalu juga tertanya-tanya, duit tu sampai ke takk ke tempat yang sepatutnya? Haaa belum lagi kes curi tabung masjid. Gularppp.. ada kan viral kat facebook?
So sekarang ni ada cara paling mudah uzu nak citer... Haa memperkenalkan..., applikasi 'Sujood' dengan taglinenyeee Tabung Digital Masjid Anda..! Apps ni sangat-sangat menarik.. Uzu dah download kat google play. pengguna iphone boleh pun boleh download kat apps store.. Tak renyahh apps ni.. Memang sangat mudah kita nak sedekah.. First impression uzu, ohhhh senang nye nak sedekah.. Jom kita tengok pa yang dalam apps 'Sujood' ni.
'Sujood' ni kalau kat play store dah lebih 100ribu lebih orang download... Logo 'Sujood' bagi uzu sangat simple dan menarik..
Kena register kalau kat apps. Register macam biasa lah ye guys.. Data yang dia minta pun tak banyak, nama, no tel, email dan password je.. Lepas tu boleh sign in..
Bila dah sign in, ada empat bahagian utama, ada Home, History, Profile dan About Us.. Boleh skodeng-skodeng satu-satu lah.. Kalau Home tu terus keluar tempat sedekah mengikut negeri.. Kalau nak tengok semua pun boleh, tekan je All kat situ.. Yang kedua ni, tempat nak tengok, history sedekah kita. Kat mana dan bila kita bersedekah dan berapa.. Senang lah nak pantau kan berpa dah kita sedekah dalam bulan tu..
And then, page seterusnya ada profile kita dan ada about us. About Us, Korang boleh baca apps Sujood ni dengan lebih lanjut lah.. Jadi info ada kat situ..'
Okay jom tengok macam mana nak menderma? Korang boleh tengok bahagian Home. Ada boleh tengok ALL, semua surau/masjid yang ada di seluruh Malaysia.. Tapi uzu nak bahagian Selangor je.. Tekan Selangor, nampak terus Puchong.. Uzu kan duk Puchong, so.. uzu pilih Puchong untuk menderma..
Banyak surau dan masjid, korang boleh pilih kat mana yang korang menderma.. Uzu pilih yang senang je, Surau Nur Baiduri Puchong.. Haaa uzu pon tak perasan surau ni wujud. Nampak sangat explore lagi surau-surau yang ada kat Puchong padahal dah 4 tahun kat sini :p Hehehehe. So lepas tu masukkan nilai berapa yang korang nak sedekah..
Haaa cara pembayaran pun mudah kan? Kadang-kadang ada cara pembayaran leceh sikit , kena masukkan no kad bank lah, expired card lah, haaa leceh yang tu, yang ni terus je pilih bank yang kita nak guna untuk buat pembayaran/sedekah... Memang sangat simple dan mudah, yedak?
Untuk pengetahuan korang, 'Sujood' bukan je ada apps, tapi juga ada website..
https://sujood.net. Kita boleh menderma tanpa mendaftar tapi kalau kita SIGN UP, kita boleh tengok history transaksi, berapa jumlah sedekah, bila dan sedekah kat mana.. Dan juga, nama apps akan Autofill nama kita bila kita menderma..
'Sujood' telah pun cover surau/masjid 1 Malaysia.. Cuma..ada beberapa lagi yang belum diupdate. Setakat ini ada 77+ buah masjid/surau yang ada.. Dan jumpah sedekah yang terkumpul setakat ini RM970000+-.. Alhamdulillah syukur.. Semoga lepas ni, akan lebih banyak orang bersedekah bila ada kemudahan macam ni... Tabung digital masjid anda :p OK guysss sampai sini je uzu nak review apps ni... Kalau nak tau info lanjut mengenai apps Sujood, boleh check it out info kat bawah okay? Hihi Salam :)
Untuk Matlumat Lanjut
Email : salam@sujood.net
0 comments