Review Buffet Ramadhan Di Corus Hotel Kuala Lumpur 2022
Review Buffet Ramadhan Di Corus Hotel Kuala Lumpur 2022 | Salam. Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi, uzu dan suami berkesempatan lagi untuk merasa buffet ramadhan sebelum kami berdua jadi ibu bapa yang bakal sibuk menjaga bakal baby yang bakal lahir tak lama lagi. Hehehe. Syukur juga, sebab negara kita dalam peralihan ke musim endemik, so hotel-hotel kembali beroperasi seperti biasa dan tahun ni diberi rezeki uzu dan suami untuk review buffet ramadhan kat di Corus Hotel Kuala Lumpur..
Sekarang kita dah masuk bulan Mac, tak lama lagi kita akan bertemu ramadhan yang mulia.. Masing-masing mesti dah busy untuk ganti puasa.. Hehehehe.. Korang dah ganti puasa belum duhai kaum hawa? :p Cepat-cepat ganti ye.. Kita ni bakal menyambut bulan ramadhan awal bulan April, means ada beberapa minggu lagi kita nak sambut ramadhan.. Bila dah nak masuk bulan puasa, kita dah sibuk fikir tahun ni baju raya tema ape, bukan tu je, kita pun mesti dah start nak servay buffet ramadhan 2022 ni.. Mesti kita nak berbuka puasa di luar nanti , makan buffet dengan family, officemate dan kawan-kawan.. Kalau korang cari buffet ramadan di area Kuala Lumpur, haaa uzu sangat-sangat korang berbuka puasa di Corus Hotel Kuala Lumpur ! :p Sedap-sedap makanan buffet kat situ..
Buffet Ramadhan Di Corus Hotel Kuala Lumpur
Corus hotel Kuala Lumpur menyediakan hidangan bufet makan malam di Dondang Sayang Coffeehouse. Hidangan Melayu tradisional yang sangat digemari akan disediakan dengan campuran masakan Malaysia yang mewah serta sentuhan citarasa barat untuk pengalaman menjamu selera yang sihat. Pengunjung akan gembira dengan hidangan bufet makan malam yang menampilkan gabungan hidangan tempatan dan antarabangsa yang popular. Ada sesuatu untuk semua orang, menjadikan Hotel sebagai tempat yang ideal untuk menjamu selera dan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhan.
Ada lebih daripada 200 jenis menu buffet yang bakal dihidangkan semasa bulan ramdhann nanti.. Menu yang paling hot sekali dan ada rekemen dari Chef iaitu Daging Salai Masak Lemak Pucuk Ubi Mangga Muda yg berasal dari Negeri Sembilan.. Uzu dah try dah.. Memang terangkat beb!! Tak lupa juga, korang kena try Ikan Tenggiri Asam Pedas dan Udang Masak Kapitan.. Pengunjung juga boleh membuat tempahan untuk Ayam Bakar Mentega Garlic Herb baru kami pada harga hanya RM68nett seekor.. So meh kita tengok gambar-gambar menu yang menyelerakan !!
1 comments