Selamat Ulangtahun Pertama Molfix (Pampers) ! | Salam.. Uzu nak ucapkan Happy 1st Anniversary Molfix ! Tahniah Molfix sebab telah menyambut ulang tahun pertamanya di Malaysia ! Molfix ialah jenama dibawah naugan global player in the fast-moving consumer goods (FMCG) industry iaitu Hayat Kimya! Jenama pengeluar pampers ke-5 terbesar di dunia !! Dan telah mengembangkan jenama lampin nya ke Malaysia dan seterusnya ke Thailand dan Vietnam :) Jenama Molfix ialah jenama lampin yang berkualiti ini boleh didapatkan di 5000 kedai fizikal dan kedai online..
Semenjak dari kewujudan Moflix, ia menjadi pilihan utama ibu bapa untuk memilih pampers yang berkualiti. Uzu salah satu pengguna Molfix sejak anak uzu newborn.. Nak tengok pampers tu sesuai dengan anak, punggung anak tu tak merah, pampers tak bocor dan selesa bila pakai, uzu beli macam-macam jenis pampers termasuklah Molfix..
Mengulas mengenai Ulang Tahun Pertama Molfix di Malaysia, Encik Alp Bilgili, Pengurus Besar Hayat Hygienic Products Malaysia Sdn. Bhd., berkata, “Sokongan dan kepercayaan yang luar biasa daripada ibu bapa Malaysia mencerminkan keutamaan mereka terhadap produk yang diperbuat daripada bahan semula jadi dalam usaha memastikan keselamatan dan melindungi kulit bayi mereka. Di Hayat, kami percaya akan kepentingan memahami keperluan dan trend pengguna kami, justeru kami memberi penekanan yang besar kepada kajian dan pembangunan (R&D) untuk membangunkan produk inovatif yang organik dan berkualiti premium.”
Apa yang uzu suka dengan Molfix berkolaborasi dengan pasangan selebriti hot Malaysia Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya menjadi duta molfix ! Mereka ada dua anak sekarang ni, Lara pun dulu guna pampers ni.. Memang selesa sangat-sangat !
Scha Al-Yahya berkata, “Kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini untuk membina jenama Molfix dalam kalangan ibu bapa Malaysia dan berkongsi pengalaman, keunikan dan kualiti produk hebat ini yang tidak pernah gagal membawa kegembiraan, keselesaan dan perlindungan kepada bayi. Kami berpeluang merasai pengalaman ini dan banyak lagi apabila anak perempuan kami Lila, yang berusia setahun mencuba produk Molfix. Kami mempercayai Molfix, dan gembira kerana kami memutuskan untuk bekerjasama dengan jenama yang diyakini dalam memberikan yang terbaik untuk ibu dan bayi.”
“Dalam usaha kami untuk menjadi salah satu jenama terkemuka di Malaysia, kami akan terus melabur dalam kerjasama strategik, menjalankan strategi pemasaran yang inovatif, pemasaran digital, meluaskan kehadiran dalam talian kami, memperkenalkan produk inovatif dan mengembangkan omnichannel,” tambah En. Bilgili.
Menjadi pengeluar pampers yang terbesar di lebih 5 benua, lebih 100 negara di seluruh dunia, ia menjadikan Molfix sangat-sangat berhati-hati dalam pengeluaran pampers. R&D yang lama diperlukan untuk buat uji kaji yang teliti supaya ia selamat digunakan oleh anak-anak kita.. Ia selamat dan lembut digunakan even kepada baby yang ada kulit senstif..
Kategori Molfix ‘Natural’ dengan bahan yang khusus seperti gentian buluh dan kapas organik mampu memberikan kelembutan dan sentuhan mesra kulit seperti yang di terbukti oleh pakar dermatologi dari Eropah. Kategori ini juga mampu untuk menampung sejumlah besar kencing bayi. Yang menariknya, data ujian makmal menunjukkan kekeringan sehinga 14 jam dapat dicapai.
Bersama dengan Moilfix ‘Extra Dry’, kedua-dua kategori lampin dapat memberikan daya serap yang unggul. Terima kasih kepada teknologi lapisan kering tambahan yang membolehkan penyerapan secara cepat dan mudah. Ini memberikan perlindungan penuh kepada bayi dan memastikan kulit mereka kering dan sihat
Dalam usahanya untuk mewujudkan kesedaran dan mengembangkan jenama, Molfix terlibat dengan banyak organisasi, dan rakan kongsi perniagaan seperti hospital, kedai runcit dan sekutu dalam talian sambil mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dihadapi pengguna seperti MITEC Baby Fair 2022, dan banyak lagi. Di samping itu, inisiatif penjenamaan dan pemasaran yang kukuh telah dilaksanakan. Dalam tahun pertama, Molfix memenangi Anugerah Pilihan Pembaca BabyTalk MamaPapa 2022 untuk kategori Pita Terbaik dan Lampin Seluar Terbaik.
Satu acara untuk memperingati ulang tahun pertama Molfix telah diadakan dengan kehadirian En. Alp Bilgili, Pengurus Besar Hayat Hygienic Products Malaysia Sdn. Bhd.; Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari; Encik Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON Big (M) Sdn. Bhd.; Joanne Wong, Pengurus Pemasaran, Hayat Hygienic Products Malaysia Sdn. Bhd.; dan para ibu bapa.
Dalam majlis sambutan ulang tahun pertama Molfix, ada acara yang sangat menarik tetamu yyang hadir bila ada sesi soal jawab, contest bersama Awal dan Scha .. 10 Pemenang akan dapat pampers Molfix yang ada tandatangan mereka berdua. Best kan? Hihihi..
Untuk pengetahuan korang juga, Hayat Kimya menubuhkan kilangnya di asia tenggara iaitu di Vietnam.. Ia bertindak sebagai hab untuk mengeluarkan pampers ke seluruh asia tenggara..
Akhir sekali, siapa yang nak try cuba pampers yang sangat berkualiti ni, boleh ke pasar raya hiper terpilih seperti AEON Big, AEON Retail, Lotus’s, Giant, Billion Shopping Centres, Econsave, TF Value Mart, HeroMarket, Manjaku, dan lain-lain serta platform atas talian utama. Salam.