Short Honeymoon Dengan Suami Waktu PKPB | Salam.. Lama gila tak update blog. Hehehe..Korang sihat tak? Uzu alhamdulillah sihat.. Lepas kahwin tahun lepas pada 13 Nov 2020 tak pernah lagi honeymoon yang betul-betul honeymoon.Hihihi.. Tau-tau lah kahwin time PKPD ni... Bukan boleh p jauh-jauh.. Negara kita dah dua tahun di uji dengan pandemik Covid-19 .. Uzu pon kahwin kat KL ni tanpa ibu bapa dan keluarga yang menyaksikan, hanya wakil wali jer kepada Jurunikah ni.. Sedih kan? Nasib baik kahwin dah, kalau tak memang mati kutu sorang-sorang kat rumah :p
Uzu plan nak honeymoon, nak g umrah tapi keadaan negara belum pulih lagi, so boleh travel dekat-dekat je dulu.. Masa travel punbukan panjang.. Kadang PKP, kadang tiba-tiba PKPB, PKPD pastu PKP semula. Uzu sempat lah bercuti beberapa hari dengan suami tapi Staycation KL. Uzu kat duduk Puchong Selangor. Time tu boleh merentas negeri tapi tak lama.. So alhamdulillah 2x uzu sempat bercuti time tu :) Uzu cepat-cepat booking online. Tak sangka murah pulah time pandemik hotel-hotel ni semua.. Best pula tengok pemandangan Kuala Lumpur.. Benda yang ko bosan tengok tapi disebabkan lama giler tak keluar, jadi teruja nak bercuti walaupun dekat je. Celah gigi dah sampai:p Tapi rasa tenang je jalan raya.. Sebab tak ramai orang kan :p
Kat KL tu sambil-sambil bercuti, kami dua ke tempat makan sedap-sedap, lepak-lepak udara . Makna-makan sambil tengok view KL. Uzu menginap betul-betul sebelah KL Tower. Tapi membelakang so view bilik kiterang tak nampak kat view kl tower. Hehe takpe lah . Stay bayar murah tapi nak view mahal, sila bayar lebih :p Jangan demand lebih... Tapi kalau ada rezeki mesti ada hotel yang bagi murah tapi layanan 5 star. Lagi-lagi time PKPB ni banyak giler offer. Bilik kami pun actually dapat offer tu sebab dapat offer tu.. Rezeki selepas kahwin :) Waktu malam view dia cantk.. Subhanallah :) Nikmat lah bahagia time honeymoon tu :p Tu yang melekat baby. Rasanya kilangnya kat situ :p Hahahaha gurau jer :)
Btw guys, uzu ni kan kaki travel.. Suami uzu dulu waktu bujang lama kerja kat UK, dia ambik kesempatan bercuti kat sana. Memang round the world lah tapi hairan tak pernah nak upload gambar banyak-banyak :p Mungkin bukan kaki show off kot :p Ehhh tiberrr :) Uzu pula ikut rezeki masih kat negara Asean jer.. Suami uzu penjimat orangnya.. Nak keluarkan duit untuk travel jauh-jauh bukan jenis dia.. Walaupun dia mampu.. So untuk stayvacation paling murah, kiterang selalu servay kat traveloka.. Senang nak compare kan mana harga paling murah...
Actually guys, Uzu ada plan nak ke Melaka untuk bercuti dengan suami nak rilekskan minda selepas fasa keguguran.. Time tu PKPB yang boleh rentas negeri. Kes turun banyak alhamdulillah PM announce boleh rentas negeri. On the spot terus book hotel kat The Pines Melaka. Uzu banyak kali dah ke Melaka.. Dalam setahun mesti p 3-5 kali p sana... Selalunya memang ada review resort dan hotel kat Melaka, kadang uzu p Melaka, bayar sendiri.. Kadang-kadang uzu melawat kazen uzu yang kahwin dengan orang Melaka.. Kadang-kadang sebab craving Kuih Keria Melaka sampai sanggup ulang alik KL Melaka.. Haaaa kerja gila kan :p Dalam banyak-banyak hotel, uzu servay memang tengok The Pines Melaka ni okay.. Harga mampu bayar. Tak mahal sangat.. Tu sebab menjadi pilihan uzu dah suami.. Melaka kan dekat.. Bila-bila masa jer boleh p kan.. Tapi kalau time weekend, hotel selalu penuh.. Dinasihatkan booking awal-awal . Nak p waktu weekday takde masalah :p Kosong je melainkan waktu tu cuti sekolah hehehe.. Tau-tau lah Melaka jalan jammed gilerrrr..
Tapi nak cerita excited nak bercuti ke Melaka, siap list down tempat mana nak p nanti,siap plan nak makan kat mana, jalan-jalan cari makan, tup tup time nak travel lagi beberapa hari, haaaa PM umum lockdown !! Ahhhh sudahhhhh.... Sedihh tak berpenghujung.. Baru je nak excited nak jalan-jalan dengan suami tersayang :p Hahaha redhaa kes makin tinggi tiba-tiba hari tu.. Jadi demi jihad kepada negaraaa haa tiber, maka redha lah. Nasib baik ada refund :p Kalau tak memang nangis :p Hihi
Kes hari dah 15 ribu sehari.. Stay safe guys. Jaga diri.. Jangan lupa daftar vaksin ye.. Hati-hati dengan virus Delta yang lagi bahaya. Uzu tak berani nak keluar nak ke mana-mana buat masa ni so duduk rumah je..Huhuhu.. Area rumah uzu ni red zone area. Tak beraniii.. Yang keluar beli barang dapur, suami yang beli. Harap-harap tahun ni tahun terakhir kita Lockdown ya. Doakan semuanya..Semoga industri pelancongan akan pulih. Jaga diri guyssssss. Salam :)