7 Menu Makanan Makanan Malaysia Yang Best Dan Cara Untuk Mendapatkannya | Salam.. Alhamdulillah negara kita dah masuk Perintah Kawalan Pergerakan fasa ketiga bermula harini , tahniah kepada rakyat Malaysia yang memberi sepenuh kerjasama yang baik yang menghasilkan kadar penyembuhan covid19 adakah peratus paling tinggi di Asia Tenggara.. Tahniah kepada pihak KKM dan sesiapa yang terlibat....
Btw, uzu dah sebulan lebih duduk kat rumah, uzu memang puasa je waktu PKP ni tapi tak dan nak masak sebab masih work from home. So ape lagi food panda lah !! Uzu lagi memang kadang malas masak, kite order food panda je. setel. Hihi kat food panda ada macam-macam menu yang best ! Ni ada 7 jenis menu. yang paling besttt paling aummm.. Boleh baca kat sini :)
Btw, uzu dah sebulan lebih duduk kat rumah, uzu memang puasa je waktu PKP ni tapi tak dan nak masak sebab masih work from home. So ape lagi food panda lah !! Uzu lagi memang kadang malas masak, kite order food panda je. setel. Hihi kat food panda ada macam-macam menu yang best ! Ni ada 7 jenis menu. yang paling besttt paling aummm.. Boleh baca kat sini :)
#1-Nasi Lemak
Nasi Lemak merupakan hidangan makanan Melayu yang diperbuat menggunakan beras yang dimasak dengan santan kelapa, bawang merah, halia dan juga daun pandan. Nasi Lemak juga dikenali sebagai juadah kebangsaan Malaysia dan boleh didapati di setiap pelosok Malaysia.
Nasi lemak yang terdapat di Malaysia biasanya mengandungi sambal tumis, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan juga telur rebus. Terdapat juga penjual Nasi Lemak yang menyajikannya dengan lauk pauk yang lain seperti sambal sotong, sambal kerang, telur goreng, ayam goreng, rendang dan lain-lain lagi.
#2-Roti Canai
Roti Canai merupakan roti leper yang diperkenalkan oleh masyarakat India di Malaysia. Hidangan ini boleh didapati di kebanyakan restoran mamak dan restoran Melayu di seluruh Malaysia. Hidangan ini dibawa oleh imigren Tamil Muslim yang telah menetap di Malaysia.
Ia juga turut dikenali dengan nama ‘roti terbang’ kerana proses pembuatannya yang seakan-akan lemparan dan pusingan sebelum dimasak. Biasanya Roti Canai dimakan bersama kuah kari samada kari ikan, ayam, daging atau kambing, kuah kacang dhal dan juga sambal tumis.
Malah, ada di sesetengah tempat menikmati Roti Canai ini bersama gula pasir yang dicampurkan ke dalam kuah kari.Roti Canai ini juga mempunyai pelbagai pilihan lain seperti Roti Telur, Roti Tisu, Roti Pisang, Roti Bawang, Roti Planta dan sebagainya.
#3-Rojak
Rojak merupakan salad tradisional yang mengandungi pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis rojak iaitu rojak buah,rojak India, rojak Penang dan rojak sotong kangkung.
Bagi rojak buah biasanya terdiri dari potongan buah timun, mangga, nanas, sengkuang, taugeh dan juga tauhu goreng. Kuah rojak buah pula diperbuat daripada kicap, belacan, air, gula, jus limau nipis, cili dan kacang tanah yang dikisar.Manakala rojak India pula dikenali sebagai pasembor atau rojak mamak.
Kuah rojak ini merupakan kuah kacang yang pekat berasa manis pedas. Rojak ini terdiri dari kentang rebus, telur rebus, taugeh, sengkuang dan timun. Ia juga ngandungi tauhu goreng, cucur goreng, udang goreng ataupun sotong.
Jika di Pulau Pinang, terdapat rojak Penang yang hampir sama dengan rojak buah. Namun, ia ditambah dengan bahan – bahan lain seperti jambu batu, jambu air, mangga dan sotong goreng. Kuah rojak ini pula pekat seakan karamel.
Rojak sotong kangkung antara makanan popular di seluruh Malaysia dan sangat ringkas. Ia banyak dijual di kebanyakan gerai atau restoran makanan. Rojak ini mengandungi sotong kembang, kangkung, timun, tauhu, kacang, cili dan sos.
#4-Apam Balik
Apam Balik merupakan sejenis pankek leper yang dimasak menggunakan acuan khas dan boleh ditemui di mana jua sekitar Malaysia. Ia juga turut dijual secara meluas oleh peniaga di mana sahaja. Bahan yang digunakan untuk membuat apam balik sangat ringkas iaitu terdiri dari adunan tepung, santan, air, gula, telur dan soda penaik. Ia mempunyai inti seperti kacang tanah yang dikisar, gula dan krim jagung manis.
Apam balik juga boleh diletakkan dengan pelbagai jenis inti lain seperti hirisan coklat, parutan kelapa dan sebagainya mengikut selera masing-masing. Apam Balik juga telah diisytiharkan sebagai salah satu makanan warisan negara oleh Jabatan Warisan Kebangsaan Malaysia.
#5-Satay
Satay merupakan hirisan daging yang diperap, dicucuk dengan lidi dan dibakar atas dapur arang. Biasanya satay dihidang dengan kuah kacang dan juga hirisan bawang serta timun.Terdapat pelbagai jenis satay di Malaysia iaitu satay daging, satay ayam, satay perut dan satay kambing.
Ia merupakan kegemaran hampir seluruh rakyat Malaysia dan boleh didapati dengan mudah di gerai penjaja, pasar malam mahupun restoran. Satay ini juga enak dimakan bersama nasi himpit yang boleh dijadikan sebagai pengganti nasi. Ia juga sering dijadikan hidangan ringan pada waktu malam dan sangat popular sebagai salah satu hidangan menjelang sambutan perayaan seperti sambutan Hari Raya dan sebagainya.
#6-Char Kuew Teow
Char Kuew Teow merupakan makanan yang sangat popular yang boleh didapati di seluruh Malaysia. Biasanya ia digoreng dengan suhu yang tinggi bersama kicap cair, kicap pekat, cili, pes udang, udang, kerang, tauge dan daun kucai di dalam kuali.
Selain itu, Char Kuew Teow juga digoreng bersama dengan telur, udang, kerang, tauge dan lain-lain lagi. Hidangan ini turut disajikan diatas daun pisang yang diletakkan di dalam pinggan bagi meningkatkan lagi aromanya.
#7-Nasi Kandar
Nasi kandar merupakan hidangan yang begitu popular dan ianya berasal dari Pulau Pinang. Ia merupakan hidangan nasi putih yang disajikan bersama kuah kari serta lauk pauk tambahan yang semestinya memuaskan selera. Biasanya ia dimakan bersama ayam goreng, kari kambing, sotong goreng, udang goreng, ikan goreng daging lembu dan sebagainya.
Ia juga sering dilengkapi dengan sayur-sayuran seperti peria goreng, kubis goreng, ulam dan sebagainya. Hampir kesemua masyarakat sangat menggemari Nasi Kandar tidak kira di mana sahaja.
Tak dinafikan, dalam negara Malaysia kita ini ada pelbagai pilihan menu makanan yang sedap-sedap. Jika nak disenaraikan semuanya ada beratus-ratus. Boleh pening kepala sebab tak tahu nak pilih menu makanan yang mana satu. Itulah kelebihan bila hidup dalam sebuah negara yang berbilang kaum.
Dalam tempoh berkurung ini pula, kita tetap juga masih boleh nikmati makanan kegemaran masing-masing. Tak kisahlah sama ada makanan untuk menu barat, melayu asli, makanan laut dan sebagainya. Nak makan fast food lagilah mudah. Semuanya boleh kerana kita ada servis food delivery yang sangat mudah untuk digunakan. Salah satu daripadanya adalah Foodpanda.
Sebagai rakyat Malaysia kita kena perlu patuh pada perintah kerajaan. Kita juga perlu sama-sama patuh untuk kawal pergerakan dan jaga kebersihan. Kepatuhan ini bukan saja dapat selamatkan diri sendiri, keluarga dan jiran terdekat malah dapat juga membantu negara secara keseluruhannnya untuk menurunkan kadar jangkitan yang ada.
Jika rasa nak makan apa-apa, tak perlu risau kerana kita tetap boleh order food online dengan mudah dan cepat. Petik jari jer sekarang ni.