Tak Perlu Bersesak Di Pasaraya! Kini Barangan Runcit Boleh Terus Dihantar ke Pintu
Tak Perlu Bersesak Di Pasaraya! Kini Barangan Runcit Boleh Terus Dihantar ke Pintu | Sudah agak lama juga kita diuji dengan kewujudan corona Covid-19 di Malaysia ini. Siapa yang tak risau, tetapi sebagai seorang Muslim, semestinya kita perlu tabah dalam menghadapi ujian dari Allah SWT ini. Banyakkan berdoa semoga Allah permudahkan segalanya dan jauhkan kita semua dari perkara yang tidak diingini.
Selain daripada berdoa, kita juga perlu saling berkerjasama dalam menangani isu corana virus ini. Sebagai salah seorang warganegara, masing-masing hendaklah faham yang virus ini sukar untuk dilihat dengan mata kasar dan boleh menjangkiti sesiapa saja dengan pantas.
Untuk putuskan rangkaian virus ini, tidak sesusah mana sebenarnya. Apa yang perlu dibuat hanyalah dengan mengurangkan pergerakan, elak dari berada di tempat sesak dengan orang ramai, sentiasa pakai pelitup muka ketika berada di luar rumah, selalu cuci tangan dan gunakan sanitizer. Jika perlu beli itu ini, pertimbangkan untuk beli secara online.
Seperkara lagi, seandainya kawasan berhampiran ada kes Covid-19 ini maka janganlah sesekali pulang ke kampung atau pergi ke mana-mana melainkan untuk perkara yang benar-benar penting! Ini bagi menjaga diri sendiri, keluarga, insan tersayang dan juga masyarakat lain khususnya.
Menyedari akan bahayanya virus ini, dan betapa pentingnya untuk mengelakkan diri dari berada di tempat ramai orang seperti di pasaraya, pasar basah dan lain-lain lagi, ramai pihak telah tampil dengan pelbagai perkhidmatan. Salah satu daripadanya adalah Foodpanda yang terkenal sebagai salah satu pihak yang membuat penghantaran makanan dalam talian.
Tahukah anda yang Foodpanda ini bukan saja menawarkan servis pesanan dan penghantaran makanan semata-mata, malah turut memberikan perkhidmatan penghantaran untuk pelbagai jenis barangan runcit.
Permulaan penghantaran barangan runcit dalam talian Foodpanda secara rasminya dilancarkan di Singapura atas permintaan pelanggan sendiri untuk pelbagai produk seperti barang keperluan dapur, kecantikan, barangan penjagaan bayi, ubat-ubatan dan sebagainya.
Perkhidmatan baru oleh Foodpanda ini dikenali sebagai Pandamart dan telah mula diuji pada Oktober 2019 yang lalu. Pada ketika itu, ia menggunakan lebih dari 1,000 peruncit di seluruh negeri. Antara rakan perniagaan yang turut mengambil bahagian untuk servis penghantaran barangan runcit secara terus sehingga ke pintu rumah pelanggan ini adalah seperti 7 Eleven, FamilyMart, Shell Select, dan banyak lagi.
Menurut Foodpanda, pesanan grocery delivery untuk barang runcit dan barang keperluan rumah lebih daripada empat kali ganda.
Ini membuktikan yang ramai daripada kita lebih gemar membuat pesanan untuk penghantaran barangan sehingga ke muka pintu berbanding perlu keluar sendiri untuk membeli belah di pasaraya seperti sebelum ini. Secara tidak langsung, ini merupakan salah satu perkhabaran yang sangat baik dalam keadaan sekarang.
Perluasan perkhidmatan grocery delivery oleh Foodpanda ini menyaksikan semakin ramai rakan kongsi yang ada dalam meningkatkan inventori dengan memasukkan lebih dari 2,000 produk untuk dipilih dan dibeli oleh pelanggan. Malah, rakan kongsi yang baru semakin lama semakin ramai yang turut menyertai perkhidmatan ini.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2012, perkhidmatan penghantaran makanan berdasarkan permintaan oleh Foodpanda telah berkembang menjadi lebih daripada 30,000 restoran rakan kongsi di lebih daripada 120 bandar di seluruh dunia.
Maka dengan pelancaran perkhidmatan barunya yang bernama Pandamart ini, pastinya nama Foodpanda akan semakin dikenali. Jika dulu hanya terkenal sebagai penghantar makanan sedia untuk di makan tetapi selepas ini sebagai salah satu pihak yang membuat penghantaran barangan runcit juga.
Foodpanda Malaysia bermula dengan satu tujuan yakni untuk menjadi salah satu pihak dengan perkhidmatan penghantaran makanan yang paling mudah di negara ini. Bertahun-tahun kemudian, ia berjaya beroperasi di lebih daripada 85 bandar dalam Malaysia dan telah banyak review daripada pelanggan yang gembira dengan servis yang diberikan.
Dengan menggunakan aplikasi telefon pintar atau laman web yang mudah, sesiapa sahaja boleh menemui restoran kegemaran masing-masing dalam lokasi yang berhampiran dan pesanan untuk makanan yang di inginkan boleh terus dibuat tanpa masalah.
Sama ada penghantaran sarapan, makan tengahari, makan malam atau barangan runcit dan keperluan harian lain, Foodpanda sedia untuk menghantar pesanan yang telah dibuat mengikut lokasi yang ada..
0 comments