Tempat Makan Sedap & Tempat Menarik Di Kelantan Part #1


Tempat Makan Sedap & Tempat Menarik Di Kelantan Part #1 | Salam.. Kelantan bukan lah satu tempat yang asing bagi uzu, dah banyak kali dah uzu ke Kelantan tetapi uzu takde peluang nak expore Kelantan ni.. Tu yang uzu tak tau yang sebenarnya banyak tempat-tempat menarik di Kelantan.. So sempena Fam Trip Ekspresi Media Kelantan, sempatlah uzu melawat-melawat beberapa tempat dan tempat makan best di Kelantan.. Haaa jom tengok apa yang menarik kat Kelantan ni !!!

1. Pantai Suri Floating Market


Pasar terapung pertama di Malaysia menghimpunkan pelbagai jualan, khususnya yang hanya terdapat di sekitar perkampungan pulau termasuk jeli kelapa, gula melaka, madu, nasi berlauk pagi, aneka kuih tradisional dan kerabu nipah.

Untuk ke Pantai Suri kena naik bot RM25 pergi balik  untuk seorang
Tiket masuk Pantai Suri Floating Market : RM1(seorang) Budak dibawah 12 tahun FREE
Teruja tengok ramai orang kat sini hehehe
 Uzu rasa kalau dari pagi lepak kat sini sampai petang pon best hehe
 Floating market kelantan.. mostly orang tempatan hehe
Jalan-jalan cari makan.. sedapppp !
Semoga murah rezeki sesiapa yang berniaga kat Pulau Suri ni .. aminn
Kat sini ada perlawanan lawan-lawan ayam siapa paling byk berkokok hehehe teruja tengok.. first time..

Selain daripada floating market, ada juga yang berniaga kecil-kecilan seperti jual baju-baju, tudung, kuih muih, kuih raya dan macam-macam lah.. Yang menariknya kat sini ada persembahan kebudayaan (dikir barat) , demokrasi buat kuih sapit dan persemabahan dan pertandingan ayam serama... Haaaa yang ni uzu paling suka tengok.. Sebab first time kan :p Hehehhe :)

Cara-Cara Nak Ke Pantai Suri Floating Market:
1. Jeti Kuala Besar - Pantai Suri : 15 Minit
2. Jeti Kok Majid - Pantai Suri : 40 Minit

2. Lawatan ke Perusahaan Serunding, Dodol & Kuih Gelembung Buaya


Perusahaan Dodol Lemak dan gelembung buaya ini dimiliki oleh Mohamad Jeffri Bin Mohamad dan keluarga.Dodol dan gelembung buaya beliau begitu sedap dan mendapat permintaan tinggi pasaran dalam dan luar kelantan. Untuk tempahan boleh hubungi : Mohamad Jeffri Bin Mohamad.


Untuk Matlumat Lanjut
Tel :019-9494447 / 016-9436463
Alamat : No.428,Hulu Pasar,Kampung Laut (1),16040 Tumpat,Kelantan.

3. Lawatan ke Bengkel Batik Ayu Fashion, Kg Talak


Melawat bengkel yang mempunyai lebih 5000 blok batik cop dan menyaksikan proses menyiapkan batik blok.. Kelantan sinonim dengan batik kelantan.. Tapi kita tak tahu macam mana proses-proses nak buat batik.. Uzu dah banyak kali tengok proses buat batik tapi yang kat Kelantan ni teruja juga nak tengok, kot-kot ada bezanya.. hehehe

Muda-muda dah kerja keras hehehe..

Kebiasaannya, customer yang nak request design ni kena buat blok baru.. Kat sini semuanya design limited edition.. Takde kat tempat lain.. Kain batik ada dua cara, melukis dan cop blok ke atas kain.. Mula-mula kena lukis guna pensil, lepas tu canting dengan lilin yang cair dan panas, pastu mematikan warna untuk make sure kan warna  takk luntur... Lepas tu kain tu di basuh dan di rebus untuk hilangkan lapisan lilin. Pastu di lagi skali di basuh dan dibilas, then kain batik dijemur...

Uzu suka design yang ni.. Kaler purple..

Selain daripada kilang mencanting batik, of coz lah ada galeri jualan kain-kain batik Ayu Fashion.. Bagi uzu harga yang uzu dapat betul-betul murah dari yang lain.. Uzu tengok design-design kat sini semua cantik-cantik !! Seriusss !! Uzu dah beli dua helai baju .. Memang fall in love beb !! Sempat minta mawardi p tolong belikan kain batik kelantan lagi last week :p Hehehe so sape nak cari Kain Batik Kelantan yang berkualiti, boleh ke Ayu Fashion :)

Untuk Matlumat Lanjut
Alamat : Ayu Fashion,  Kampung Talak, 16210 Tumpat, Kelantan
Phone: 09-719 6178

4. Lawatan ke Galeri Wayang Kulit Tradisional Kelantan


Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri dari pelbagai watak methologi dan khayalan dilarikan oleh seorang Dalang. Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab)..



Wayang kulit sebagai teater tradisional adalah pancaran hati dan perasaan masyarakat Melayu tradisional. Ia bukan semata-mata sebagai alat hiburan, tetapi yang lebih penting adalah gambaran sikap, nilai, norma, hati budi dan konsep hidup serta kepercayaan pemikiran masyarakat pada waktu. Walaupun pandangan masyarakat Melayu telah berubah kini dalam sistem.. So sesiapa yang suka wayang kulit kat Kelantan, boleh lah ke alamat di bawah..

Untuk Matlumat Lanjut
 Alamat : Simpang 3 Morak, Kampung Paloh, Wakaf Bharu, 16040 Tumpat Kelantan
Phone : +6016-215 9422 / +6017 – 977 8929
Email : wayangpakdain@gmail.com


5. Makan Malam Di Sabye Sabye Wakaf Bahru


Makan malam kami pada hari ketiga, kami makan malam di Sabye Sabye Cafe.. Wahhhh tak tau pon ada cafe cantik kat area wakaf bahru ni.. Cantik serius !! Harga pon murah-murah jer.. Makanan pon sedap-sedapp ! Jommm tengok kat dalam cafe ni dan enu-menu yang kami order :)











Apa yang uzu boleh bagi kesimpulan, Sabye Sabye Cafe menyediakan Masakan panas,Thai food,Korean food dan Western food (semua ada di bawah satu bumbung), mendapat lebih 1000 feedback positif dari pelangganharga sangat berpatutan , taraf kebersihan "A" sangat bersih, cafe yang berhawa dingin tapi tak dicaj, nak bergambar/selfie lawa-lawa?sangat tepat kalau datang sini :)

Untuk Matlumat Lanjut

Alamat : Sabye-sabye cafe, Pt 647/3 (Bawah) 
Kampung Paloh 16040 Wakaf Bharu,Tumpat Kelantan
Atau kalau nak senang Waze je : Sabye-sabye cafe
.
WAKTU OPERASI : 4.00pm-12.00am
(Buka setiap hari kecuali RABU)


Check in 4 Hari 3 Malam Di H Elite Design Hotel





Alhamdulillah sangat-sangat bertuah bila dapat merasa bermalam di H Elite Design Hotel ni sebab ni hotel baru.. Dalam bilik pon selesa.. Tilam bantal semua empok..Kemudahan dalam bilik lengkap, Aircon kuat.. Servis pon not bad. Makanan breakfast pon sedap... Sangat-sangat recomened. Dekat dengan wakaf che yeh.. So uzu sangat-sangat rekemen korang menginap kat sini. 5/5 bintang !!

Untuk Matlumat Lanjut

H Elite Design Hotel Kota Bharu Kelantan,Malaysia
AG- G -09 , AlWaqf @ Tunjong, Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu, Kelantan
Phone: 09-740 5757

Harga : RM115-196/semalam

0 comments