Tempat Menarik Di Dabong Kelantan

Tempat Menarik Di Dabong Kelantan | Salam.. Seperti yang kita semua sedia maklum, negara kita tengah dilanda darurat akibat virus covid19 yang merebak diseluruh negara, lantas PKP dikuatkuasa bermula daripada bulan Mac dan selama beberapa bulan ni. Sekarang PKPP masih dilaksanakan sehingga 31 Disember 2020.. Banyak industri yang terjejas termasuklah industri pelancongan kerana sekatan keluar  orang malaysia dan sekatan masuk pelancong-pelancong asing. So Tourism Malaysia membuat inisiatif untuk membaikpulih industri pelancongan domestik dengan menganjurkan Ekspresi Media Kelantan 2020 yang mana Fam Trip ini trip yang pertama bagi uzu selepas PKP...

Ekspresi Media Kelantan 2020 bermula pada 16-20 Julai 2020 iaitu selama 5 Hari 4 Malam yang akan kami semua cover beberapa daerah di negeri Kelantan antara salah satunya ialah Dabong Kelantan

Untuk hari pertama, dari KL kami direct ke Dabong dan check in di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park. Ini kali pertama sebenarnya uzu dengar nama Dabong dan of coz lah tak pernah tahu yang kat Dabong ni ada satu tempat penginapan yang cantik nauzubillah !! Siap banyak aktiviti extreme yang menarik !! Jom kita tengok gambar-gambar sekitar Jelawang Pipe Resort ni...

[Resort Di Dabong, Kelantan]
Jelawang Pipe Resort & Extreme Park

Ada beberapa jenis bilik kat sini. Uzu dapat yang ni..
Ni gambar dari tepi..  Bilik jenis A shape ni ada 3 unit..
orang-orang perempuan duduk kat sini.. Sebab dalam dia ada tandas.. RM150/malam (4pax)
Ni pulak bilik untuk lelaki.. Single Tube Room RM60/malam (2 pax)
Bilik jenis ni ada beberapa unit ( Single, Double, Tripple Tube Room)

[Aktiviti Yang Ada Di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park]
- Flying fox
- Abseiling
- Rock climbing
- Jungle 
- Mandi sungai
- Berkemah

[Kemudahan]
- Tube Chalet
- Tapak Perkhemahan
- Surau
- Tandas Awam
- Cafe
- Tempat Barbeque
- Tour Guide
- Jungle Trekking
- Caving 
Flying fox
Water Tubing ( credit photo: vocab kelantan )

Aktiviti pertama untuk hari kedua ialah hiking di Kompleks Gua Ikan. Dengar cerita Kompleks Gua Ikan ini telah berusia 150 juta tahun usiannya !! Wahh teruja.. Lagi teruja dengar ada 4 jenis gua yang ada iaitu Gua Ikan, Gua Pagar, Gua Gelap dan Gua Keris...Tetapi hanya 3 gua je yang kami sempat lawati...








Apa yang specialnya semasa aktiviti hiking kami pada kali ini ialah,berjumpa dengan God Light ! Subhanallahhh uzu tak berhenti-henti mengucap syukur bila dapat rezeki jumpa God light ni lagi-lagi kat Kelantan ni.. Tapiii tak semua yang ke sini ada rezeki untuk jumpa God Light ni tauu..  Kami kena hiking seawal 7 pagi.. dan khabarnya God Light ni cuma muncul 45 minit hingga sejam, anggaran dari 11 pagi hingga 12 tengahari sahaja..


So guys, apa lagi kalau korang nak try tempat baru, resort baru, aktiviti-aktiviti baru kat Dabong terutama kat Jelawang Pipe Resort & Extreme Park, korang boleh datang sini, ramai-ramai bawa family..Siapa yang suka aktiviti lasak dan outdoor, memang sangat2 recommended tauuu! So untuk info lanjut mengenai resort ni, korang boleh contact person in changes kat bawah eh.. Salam :)

Matlumat Lanjut
Alamat : Kampung Sungai Batu Jelawang, 18200 Dabong, Kelantan
No Tel : 014-832 4363 & 019-386 7357

0 comments