Penginapan & Tempat Menarik Di Setiu Terengganu
Penginapan & Tempat Menarik Di Setiu Terengganu | Salam.. Alhamdulillah.. rezeki pertama fam trip pada tahun ini.. Setelah sibuk berkerja siang dan malam, dah tiba masanya untuk uzu releasekan tension yang ada di kepala ni ... Hihihi .. So thats why uzu join trip ni..So guyss, minggu lepas pada 31 Jan, 1 Feb dan 2 Feb 2020, uzu dan sabahat-sahabat blogger serta travel buddies yang lain, berkumpul di Matic sebagai pickup point dan tepat jam 6.05 pagi Jumaat lepas, kami bergerak ke Setiu Terengganu.. Perjalanan KL- Terengganu lebih kurang 5 jam naik bas dan kami sampai penginapan kami kat Terrapuri Heritage Village Setiu Terengganu lebih kurang 12.30 tenghari..
Terrapuri Heritage Village (Resort Di Setiu Terengganu)
Terrapuri Heritage Village ni sebuah resort yang bertemakan 'village' yang mana dahulu kala Terrapuri atau nama om putihnye Land of Palaces, dia istilahnye macam istana orang dulu-dulu.. Setiap bangunan , rumah yang ada ni ialah daripada projek membaikpulih rumah ni sehingga menjadi satu penginapan yang bertemakan 'Terengganu Malay Classic House'.. Terrapuri ini telah pon berusia lebih 100 tahun namun kayu-kayu masih utuh sehingga sekarang..Ada 29 biji rumah yang di restored kan menjadi bilik-bilik untuk tetamu... Haa kat bawah ni ialah bilik yang uzu dapat. Uzu duk berdua dengan Syera.. So jommlahh tengok bilik kiterang yang berharga RM600/semalam ni :p Hihihihi :)
Rumah-rumah klasik Terengganu (Antara 100-250 tahun) dalam kemasan yang diperbaharui dan menaik taraf semula mewah sebagai vila kediaman dengan penghawa dingin dan kipas siling. Vila-vila warisan mempunyai hiasan tradisional yang unik.. Jom tengok gambar-gambar sekitar Terrapuri.
Cantik tak? Hihihi ramai yang puji kat komen-komen Instagram dan Facebook yang Terrapuri ni memangggg cantik..!! Bagi uzu, Terrapuri memang sangat-sangat cantik, bilik pun selesa, decor bilik betul-betul ala ala zaman dulu kala, tapi ada moden style sikit...Makan pun dari breakfast, lunch, teat time, dinner memang sangat-sangat sedapp ! Haaa semua berebut-rebut makan :p We olsss ni kalau jumpa seafood ni memang laju sebab kat KL mahal , pastu tak berapa nak fresh.. Kat sana, siap berebut sotong goreng tepung :p Kahkahkah sangat-sangat nikmat ye masakan kat Terenganu ni :) Kemudahan-kemudahan yang ada pon terbaik ! Ada swimming pool.. cuma sini takde wifi jer hehe :p Tapi bagi uzu Terrapuri Heritage Village uzu bagi 5/5 bintang !! Siapa nak ke Terengganu boleh lah datang ke Setiu ya :)
Untuk Matlumat Lanjut
Website : http://www.terrapuri.com/
Facebook : https://www.facebook.com/Terrapuri
Instagram : https://www.instagram.com/terrapuri/
Alamat : Terrapuri , Kampung Mangkuk, 22120 Setiu, Terengganu, Malaysia.
T : +(609) 6245020 +(609) 6312081 F : +(609) 6228093 E : info@terrapuri.com
Tempat Menarik Di Setiu Terengganu
1. Pantai Setiu
Kalau datang Terengganu rugi kalau tak singgah di pantai-pantai di yang ada di area Setiu.. Memang cantik dan tenang bila datang sini.. Kat sini juga boleh tengok kampung-kampung yang ada disekitar persisiran pantai... Apa yang best kat sini, ramai movie-movie melayu shooting movie da drama kat sini tau !! Terutama Zizan Razak berlakon kat sini dalam Polis Evo... Terbaiklah kampung ni.. Femes rupanya :p
Uzu sebenarnya, sangat-sangat familiar dengan bot atau kapal-kapal yang ada sebab kampung uzu di Bongawan di depan sungai, so.. Bot-bot ni memang mainan uzu sejak kecik.. Sekarang pula, bapa uzu dah jadi nelayan selepas pencen di government sector beberpa tahun lalu..Tapi uzu tak pernah pulak tengok cara pembuatan bot tradisional macam kat bawah ni.. Memang best pulak dengar history pembuatan bot ni.. Info yang melekat di kepala ni yang bot atau kapal-kapal kat sini ada jenis masing-masing. Ada A,B,C1 dan C2. Camtu lah kot.. Yang bot A tu untuk persisiran pantai jer : Dann C2 tu rasanya untuk jarak jauh sehingga sempadan .. Macam tu lah.. haa memang satu info baru buat uzu :)
3. Rumah Botol Ayahku Kampung Penarek Setiu
Rumah Botol di asaskan oleh Tengku Mohd Ali @ Tengku Enduk.. Pada mulanya ia bermula senagai hobby mengumpul cup-cip, lama kelamaan mula mengumpul botol.. Sehingga kini lebih 4000 botol yang ada di rumah borol ni... Botol-botol ni hasil kutipan di tepi-tepi pantai dan menariknya botol yang hanyut ni datang dari pelbagai negara iaitu Mexico, AS, Francis, dan Filifina.. Idea mengutip botol ni adalah untuk mengelakkan pengunjung-pengunjung pantai cedera dengan serpihan botol kaca maka, botol-botol ini dikutip dan di hartar ke rumah botol.. Selain botol, banyak lagi koleksi yang ada di sini..
4. Menyusuri Sungai Penarek Dari Jeti Laguna Setiu
Pagi-pagi lagi kiterang bergerak ke Jeti Laguna Setiu yang tidak jauh dari penginapan kiterang untuk mangrove tour yang mana ia menyusuri sungai penarek yang indah dengan alam flaura dan fauna..
5. Pulau Telaga Tujuh
Pit stop pertama kiterang ialah kat Pulau Telaga Tujuh.. Kiterang berpeluang untuk melihat satu-satunya buah sarang semut yg mana hanya kat pulau ni je dia ada.. Kat tempat lain korang tak jumpa buah ni.. So rare kan? Dengar ceritanye pula, buah ni hidup disebabkan semut/najis semut..buah ni cuma menumpang di pokok nyireh..
6. Pulau Layak
Pit stop kedua kami singgah di Pulau Layak..Kat sini kiterang boleh tengok berus mata buaya. Buah ni boleh di makan.. Kenapa namanya berus mata buaya? Sebab bij buah ini seakan-akan mata buaya. Hanya hidup di musim tengkujuh sahaja..
7. Menangkap Ikan, Oyster
Pit stop ketiga kami singgah di sangkar ikan . Kat sini aktiviti yang kita boleh buat, memancing ikan, dan memakan kerang laut ataupon oyster... Kerang ni kiterang makan mentah-mentah (fresh) dan abang tu bagi letak limau nipis dulu sebelum makan sebab nak bagi takde rasa hanyir.. Hihi seriuss uzu suka :p Aummmm rasa nak makan lagi :p Heheh..
8. Aktiviti claim digging
Antara aktiviti yang semua tunggu-tunggu sebab masing-masing dah tukar baju mandi dari pagi tadi.. Uzu je tak...Sebab uzu tak suka aktiviti basah-basah ni.. Tapi benda ni sorok tau sebab dulu uzu pernah ke Setiu untuk buat aktivit claim digging.. Siap ada contest tau ! Haaa hihi so actually benda ni fun ! Korang yang tak pernah buat, try lah ambik pengalaman at least sekali dalam seumur hidup lah :p
9. Broadwalk Setiu
Broadwalk Setiu ni baru lagi kat area Setiu.. Tapi sangat-sangat menarik untuk di lawati..Btw sempena hari Hari Bentah Sedunia 2020, Setiu telah mengadakan gotong royong, penanama npokok dan perlepasan penyu secara umum.. Uzu empat pegang penyu kecik hari tu :p Eeee cergas je daia nak lari.. Uzu lak yang takot :p Hahahaha btw guys,korang kena masuk jalan-jalan kat dalam ni.. Besttt! Sila bawak family datang ok?
10. Makan Tengahari Di Mr Celup Tepung Station
Kalau ke Terengganu, tapi tak try makan sotong celup tepung, ikan celup tepung, ketam celup tepong memang tak sah kan? Haaaa bila ke setiu sila lah try singgah makan di Mr Celup Tepung Station. Sangat-sangat sedap guys ! Seafood dia fresh-fresh tauu ! Most recommended guys kedai makan ni. Tepi pantai pulak u.. Layan habis :)
Alhamdulillah.. terima kasih atas rezeki yang telah Allah berikan.. Juga alhamdulillah selesai jugak trip 3 hari 2 malam kiterang kat Setiu Terengganu.. Btw sebelum uzu mengundurkan diri, uzu nak berterima kasih kepada pihak Terrapuri, Setiu Tourism dan Sham atas jemputan ni.. terima kasih atas semua yg terlibat dalam trip ini.. Ada rezeki lain jumpa lagi ye.. Salam :)
0 comments