Tempat Menarik Di Hokkaido Japan Pada Musim Salji (Muslim Friendly) #Day1
Tempat Menarik Di Hokkaido Japan Pada Musim Salji (Muslim Friendly) #Day1 | Salam.. Alhamdulillahh.. Syukur ya allah..sekali lagi pada tahun ni uzu merasa lagi ke Jepun buat kali yang ke lima...Alhamdulillh dan syukur atas kepercayaan yang pihak Tourism Hokkaido berikan.. Alhamdulillah... Untuk trip kali ni, Tkiterang lebih fokus kepada Hokkaido dan sekitarnya pada musim sejuk..Dan menariiknya pada Fam Trip kali ni...,kiterang travel semua menggunakan public transport.. Wahhhh excitednyaaa..!Hihi So kiterang kali ni boleh merasa real experience tourist yang melancong sekitar Hokkaido.
Untuk ke Hokkaido Japan By Flight :
Naik flight Air Asia dari Kuala Lumpur - New Chitose Airposrt ( Japan ) .Perjalanan kiterang dalam flight lebih kurang 7 8 jam .. Tapi tak rasa lama sebab kiterang fly 12 tengah malam dan tidoo je sepanjang dalam flight hehehe then bangun2 dah sampai airport .. Lebih kurang Jam 8 pagi waktu Japan sampai yeahhh ! We ols di sambut oleh Abang Wan :)
Memandangkan trip kali ni ialah Muslim Friendly Trip so cuma 3 orang je wakil Malaysiai aitu terdiri daripada blogger (uzu), media(lobakmerah-sue) dan (neollene).
HARI PERTAMA DAY 1 HOKKAIDO JAPAN FAM TRIP
Sampai airport guide bawak kiterang beli JR PASS - RAIL PASS COUNTER . Sebelum trip kena susun itinerary betul2 sebab senang nak beli JR PASS ikut keperluan.. So kiterang beli tiket untuk 5 hari terus pergi dan balik punya tiket.. Tu sebab pengurusannya agak lama juga nak setelkan :)
Di dalam New Chitose Airport ada kaunter untuk beli tiket train Jr Pass. So senang kan?
Kiterang beli lagi extra Reserved Seat Ticket sebab malas nak duduk random seat. Nnt tpisah..
Nak ke --> Noboribetsu Station (Rapid Airport No.125 and Ltd Exp. Super Hokuto No.12
Mencabar tau kalau travel waktu winter pastu kena guna public transport huhuhuhu sejukkk
Musim luruh dah sampai ke penghujungnya dan winterr ambik alihh.. Cantik :)
Japan ni susah nak cari yg pandai cakap BI tapi nasib baik ada signboard dlm bahasa omputih. :)
Dalam train ni lama juga tauuu sejam lebihhh so kena standby snack untuk hilangkan lapar :p
Tempat Menarik Di Hokkaido Japan
1. Noboribetsu Date Jidaimura
Cara Ke Date Jidaimura By Public Transport
Dari airport station terus ke Noboribetsu Station (Rapid Airport No.125 and Ltd Exp. Super Hokuto No.12) . Sampai je di Noboribetsu Station, ambik teksi terus ke Date Jidaimura. Info lanjut mengenai public transport boleh tengok sini KLIK
Nasib tak ok sebab hujan je sepanjang petang .. Tapi tetap teruskan aktiviti :)
Selangkah je korangg masuk dalam ni, terus automatik fefeling masuk ke Zaman Edo.. Zaman Edo ni semua macam tema ninja-ninja dalam ni... Ada banyak keda saudagar yang jual macam-macam souvenir , tempat sewa baju zaman purba, baju tradisional Japan, juga baju-baju samurai dan boleh nampak rumah-rumah samurai yang nampak megah, rumah ninja dan macam-macam lagi.. Apa yang bestnya ada beberapa persembahan yang menarik minat uzu antaranya :
Japanese Culture Theater[Oiran Show]
O-Edo Theater[Samurai Show]
Kemudahan untuk muslim tourist ada disediakan tempat solat
Kedai ni Halal Friendly so boleh makan kat dlm ni. Ni nasi dan tempura udang yg uzu order :)
Jalan-jalan sekitar sini..
Cantik-cantik design rumah di zaman edo ni :)
Merasa lah pakai baju ninja :p
Alamat :
Noboribetsu Date Jidai Village
53-1 Nakanoboribetsucho, Noboribetsu, Hokkaido 059-0463
No Fon : 0143-83-3311
Lepas dah setel jalan-jalan di Noboribetsu Date Jidai Village , kiterang terus naik taxi ke hotel malam pertama untuk trip ni iaitu di Iwaino-Yado Noboribetsu Grand Hotel :)
Penginapan Hari Pertama Iwaino-Yado Noboribetsu Grand Hotel
Untuk malam pertama ni uzu sangat-sangat suka tengok hotel ni...Nampak mewah dan besar. Kat dalam bilik takk sejuk langsung sebab ada heater kat dalam tu... Uzu sangat suka dengan bilik ni simple tapi nice :) Keselesaan yang maxima :) Terbaikkkk !
Makan Malam Di Iwaino-Yado Noboribetsu Grand Hotel
Memandangkan ni kali ke lima uzu ke Japan, so semua makanan yang dihidangkan uzu boleh makan lagi-lagi seafood ialah peberet uzu ... Hihi semua menu yang dihidangkan memang sedap dan jangan risau sebab guide kiterang dah request awal-awal nak makanan yang Halal Friendly di Hokkaido:) Kat sini pula ada dapur khas untuk menu muslim, tak campur dengan dapur yang non halal.. Best kan? :)
So sesiapa rasa susah nak cari hotel atau tempat mahupun makanan yang muslim friendly, boleh menginap di hotel yang uzu stay ni dan boleh request makanan halal . So no worries :)
Info Lanjut:
Iwaino-Yado Noboribetsu Grand Hotel ,
154 Noboribetsuonsencho, Noboribetsu, Hokkaido 059-0551, Japan
Phone: +81 143-84-2101
Jalan-jalan waktu malam sekitar hotel
Guide bawak p Noboribetsu Jigokudani
ini lah view waktu malam.. Tapi wajib p sini waktu pagi-pagi sebab lagi cantik !!
Jalan kaki je wak sejuk-sejuk round sekitar hotel :) So its time to rest. Good night :)
So guyss memandangkan hari pertama hari yang tough bagi kami sebab perjalanan jauh dari KL takde rest terus naik train waktu sejuk sejuk kena turun naik tangga bawak lugage sendiri, aktiviti hanya santai-santai jerrrr so its time to rest . Ok lah guysss dah setel untuk hari pertama. Nanti sambung untuk hari kedua pulak. Salam :)
"Muslim Friendly Fam Trip Hokkaido Japan by Hokkaido Tourism"
Website : https://us.jnto.go.jp/hokkaido/
Sila Baca Sambungnya : (Muslim Friendly) Hokkaido Japan #Day2
0 comments