Fam Trip Nature & Adventure Glamourous Camping At Janda Baik #Day1
Fam Trip Nature & Adventure Glamourous Camping At Janda Baik #Day1 | Salam waduhh dah lama rasanya trip ni tapi uzu baru berkesempatan untuk update entry blog mengenai Fam Trip uzu Nov lalu sobssssss dah kemain lama tapi tak update-update lagi.. maklumlah uzu keja pagi balik malam, kadang sabtu ahad pon kerja.. Well, hari ni kebetulan MC so uzu update teruslah entry uzu join Fam Trip Nature & Adventure Glamourous Camping di Janda Baik dan sekitarnyaa . Jommm tengok apa yang best kat Janda Baik ni :)
Pagi-pagi lagi uzu bergerak dari Puchong naik grab ke tempat meet point kat Matic Ampang.. Sebelum trip kami semua breakfast dan bergerak lebih kurang jam 10 pagi .. Blogger yang terlibat kali ni hanya 6 orang sahaja termasuk Encik Ersyam. Uzu excited nak p trip ni sebab tak pernah p Janda Baik, and then banyak itempat yang sangat-sangat menarik yang uzu tengok dalam itinerari .. So makin excited lah kan !! Hihihi.. Untuk hari pertama, kami singgah ke beberapa tempat sebelum check in. Antara tempat pertama ialah :
Fig Malaysia Farm Janda Baik Pahang
Fig Malaysia Farm ni sebenarnya ladang Buah Ara yang terletak di Janda Baik Pahang. Banyak kita tengok orang petik strawberry tapi kali ni aktiviti rare sikit sebab petik Buah Ara. Buah Ara ni kalau korang nak tau, ia baik untuk tenaga lelaki dan lain-lain kebaikan ada. Sedap tau petik buah ara ni fresh2 dan makan ! hihihi Tiket masuk PERCUMA tapi ikut buat yang dipetik lah..
Fig Farm Janda Baik
Alamat : Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Phone: 017-777 7464
Bidaisari Resort
Bidaisari Resort sebuah penginapan yang moden tapi terletak di dalam hutan. Dalam ni ada beberapa buah chalet yang sesuai untuk family besar buat bonding time, nak family day sebab kat sini banyak jenis penginapan, ada swimming pool untuk budak-budak dan yang best tu ada air tejun, sungai, kolam ikan, dann mini zoo, so korang boleh tengok kuda, kancil dan beberapa jenis binatang yang ada di sini... Seriusss best !! Hihi
Bidaisari Resort Janda Baik
Alamat : Bidaisari Resort, Lorong Cheringin Satu, Kampung Cheringin Janda Baik,
28750 Kampong Sum Sum, Pahang Malaysia
Restoran Kopi Ladang
Alhamdulillah sedap-sedap pulak makanan tengahari yang disediakan.. Uzu ni kalau makanan masak lemak masakan orang pahang ni memang jadi peberet... hihihihi dua kali tambah beb :p Siapa yang bercuti kat Janda Baik, boleh try makan kat sini tauuu ! Legend punye restoran sbb bekas tempat sultan pahang lepak ni kat sini :p
Restoran Pulau Santap
Alamat : Restoran Pulau Santap, Sungai Benus, 28750 Bentong, Pahang
Contact : 019-368 8594
Contact : 019-368 8594
Tiarasa Escapes Glamping Resort
Yeahhhh dah tiba masanya untuk check in di penginapan yang uzu tunggu-tunggu iaitu Tiarasa Escapes !! Wahhh kalau nak tau resort ni milik Datin Tiara Jacquelina tauu ! Uzu suka dengan konsep resort ni iaitu berkonsepkan Glamping ! Korang mesti dah tau kan apa maksud glamping tu ? So for those yg belum tau, Glam = glamorous, ping = camping . So Glamping lah shortformnye :p Uzu dah banyak kali tido dalam glamping dan actually dia sangat-sangat lah selesa. Nampak kat luar macam sebuah khemah bukan? Tapi dalam dia rasa mcm hotel .. Tapi lain pulak dengan Tiara Escapes ni sebab Glamping kat Tiarasa Escape ni betul-betul mewah... Jommmm uzu nak share gambar-gambar yang uzu sempat ambik di sekitar resort ni :)
Reception
Ni reception dari luar. Cantik tak? Hehehe
Ada kolam ikan ..
ni salah satu bilik yang ada
Siapa nak swimming boleh ambik tuala dan pelampug kat sini
Waahhhh cantik view ni.. Boleh lepak-lepak santai petang2
Siapa nak mandi sungai boleh lepak sini lah
Yang ni banglo untuk satu family duduk...
Semua bilik dari luar macam ni tapi kat dalam je berbeza-beza
Keluar biik je terus boleh mandi-mandi kat depan ni :)
Ni uzu punya bilik.. Cantik kan? Dekat dengan reception :)
Ni view katil uzu dari pinttu masuk
Wohaaaa cantik tak? Sukee sukee sukee !
Lampu pun cantik wakkk
ni lah view bilik uzu dari bahagian depan.. hihihihi tandas kat belakang tu haa
Zoom out sikit baru nampak carpet2 yang cantik tu :p
Siap ada sofa kat dalam ni. Boleh lepak-lepak beb :p
view bahagian kiri katil
Tema zebra.. Cantiknyee alahai deco dia...
ni pulak dalam tandas. cermin diaaa lampuu diaa OMG !!
Tandas dia macam ni .. Tempat sangkut tuala pon rare wakk
Mandi macam ni je..
Nampak tak bahagian ruang tamu tu ha?
Zoom sikit .. Memang zebra theme everywhere :p
Baru uzu perasan yang rupanya Safari style kat dalam ni.. Hihiihi sangat-sangat lah cantik.. Ini bilik uzu, bilik blogger-blogger yang lain sedikit berbezadari segi deco dan tema.. Ada 5 jenis Villa kat sini antaranya ialah Villa yang uzu duduk ni Hornbill Tented Villa (RM1190/Night) , Dragonfly Tented Villa (RM990/Night) , Rajah Brooke Family Suite (RM1590/Night) & Ficus Treetop Villa (RM1190/Night) .
Bagi uzu Tiara Escapes Glamping Resort ni betul-betul cantik masyaAllah, pengalaman menginap sangat-sangat selesa dengan bunyi binatang-binatang sebab kat sini dikelilingi dengan hutan.. Servis staff dan layanan menang terbaik. Kemudahan semua pon ok. Terbaikkkkk ! Rasa tak puas tido semalam. Hihihi :p Uzu bagi 20/10 bintangg :p Terlebih-lebih bintang sebab memang terbaik !!
Aktiviti yang ada :
- picnic tepi sungai
- jungle trekking dan tgk burung2
- main tanam pokok2
- lepak sambil psg unggun api
- melihat bintang2
- tengok wayang di luar khemah
Tiarasa Escapes Glamping Resort
Alamat : Persiaran Enderong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Contact : 012-8877777
Alhamdulillah dah setel untuk hari pertama.. Hari pertama ni santai-santai makan dan lepak-lepak jer. Tapi have fun tauu ! Tenang je rasa :p So....Esok uzu sambung plak untuk hari kedua uzu kat Janda Baik ni.. Nantikan ye guysss. Salam :)
0 comments