Fam Trip KL4ALL ( Kuala Lumpur For All )

Fam Trip KL4ALL ( Kuala Lumpur For All ) | Salam. Alamakkkkkk waduh-waduhh selalu asyik lupa jer nak buat blogpost ni. Ya ampunnnn dela... Dah sebulan lebihhh fam trip baru nak update. Sorry guysss... Baru ada kesempatan untuk update blog.. Uzu ni pun tengah nak tunggu masuk isyak, kita uupdate cepat-cepat .. Kangg tertidoo habislahhhh. K guyss hujung hujung bulan nov 26-28 Oct 2019 uzu tengah mood cuti time tu so ambik peluang nak join Fam Trip KL4ALL yang dianjurkan oleh Gaya Travel Magazine.  Kali ni trip pendek je 3H2M so kiterang cuma pusing-pusing area KL i jer...So guyss jom lah baca apa yang best yang ada di KL ni..

1) Muzium Polis Diraya Malaysia

Muzium Polis Diraja Malaysia ni uzu first time p sini.. Jadi excited kejap walhal uzu sejenis yang tak suka masuk muizum.. Tapi apa yang ada di Muzium ni membuatkan macam-macam benda nak tanya.Muzium ini diilhamkan oleh Penguasa Sekolah Pusat Latihan Polis, iaitu PGB Waller pada tahun 1950. Ada terdapat terdapat beribu-ribu jenis pameran yang mana terdiri daripada barangan yang dirampas, barangan banduan, senjata-senjata yang pernah digunakan oleh PDRM dari zaman dulu kata punya koleksi., juga koleksi pingat-pingat yang diperolehi oleh anggota dipameran . Muzium ni ada 3 jenis galeri iaitu galeri A, galeri B dan galeri C ... Kat luar muzium ada beberapa koleksi kenderaam yang pernah digunakan oleh anggota polis, dan juga tokoh-tokoh PDRM.




Info Lanjut :
Alamat : 5, Jalan Perdana, Tasik Perdana, 
50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Isnin: Tutup 
Selasa Rabu Khamis Sabtu Ahad: 10-6 petang
Jumaat : 10-12.45 tengahari , 2.30-6 petang
Phone: 03-2272 5689
Harga Tiket : Percuma

2) Malaysia Tourism Centre

Matic KL ialah tempat pusat pelancongan Malaysia , pusat untuk para-para pelancong sama ada dari luar negara atau dalam negara. Waktu ni kebetulan ada Matic Fest iaitu pelancong-pelancong dan wakil dari pelbagai negara datang untuk ke Matic Fest sempena VisitMalaysia2020 .. Dalam majlis perasmian tersebut ada pelbagai persembahan kebudayaan yang pelbagai etnik.




Info Lanjut :
Alamat : 5, Jalan Perdana, Tasik Perdana, 
50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: 03-2272 5689
Email : webmaster@matic.gov.my

3) Hauntu

Ni pun uzu first time masuk.. Rasanya baru tempat baru juga ni.. Mula-mula ingat kiterang p melawat hotel.. Sebeb kalau dari luar nampak sebuah hotel yang berhantu.. Hahaha ohhh fikirr mesti kiterang stay kat sini.. Kahkahkah sekali tengok ni macam escaperoom tapi versi hantu... !!! Aduhaiii uzu dah lah jenis penakut yang amat !! Tapi semua orangg nampaknya masuk... Terpaksa lah uzu masuk juga demi sebuah pengalama yang berharga.. :p Mula-mula dapat task tu, perghhh dah on role .. Diorang dah berlakon dari awal-awal lagi. Huihhhh naik seram lah tengok pelakon diorang ni.. Betul-betul pandai berlakon.. Ko tau dia manusia tapi watak dia buat kiterang menjerit tak henti-henti dalam tu.. Ya Allahhhh ... Apa yang penting dalam horror game ni kena on role juga kalau dapat task tu, kena kerjasama untuk setelkan mission , decision making dan kena saling berkomunikasi.. Walaupun kiterang banyak main-main dalam tu, pelakon kat dalam langsung tak gelak wei.. Diorang tetap on character lahhh kiteranya gitu... Hihi .. Dalam tu lebih kurang sejam kot rasanya.. Keluar2 je semua cakap best !! Hehehhe ...Korang try lahh.. :p




  Info Lanjut:
Alamat : LINC, 360, Jalan Tun Razak, Taman U Thant
Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi : 
Isnin-Jumaat : 3-11 malam
Sabtu Ahad : 11 pagi-11mlm
Call 011-1686 9199
Harga Tiket : RM58/orang

 4) Kwai Chai Hong

Kwai Chai Hong ialah salah satu tempat yang menarik dan terbaru bagi uzu sebab uzu tak pernah lagi sampai ke tempat ni.. Kwai Chai Hong ialah nama cantonese dan makna disebalik Kwai Chai Hong ialah "Jalan Hantu" ...Tapi takde hantu eh kat sini :p Hihihi so kat sini dah ramai orang yang datang terutamanya orang-orang cina sama ada orang Malaysia mahupun dari luar negara.. Uzu pernah p China Town KL tapi serius tak tau kewujuan tempat ni..  Apa yang lebih menarik bila bangunan-bangunan yang  sedia ada telah berusia lebih 100 tahun namun owner tempat ni tak mengubah langsung keadaan asal cuma dicat dan dikemaskan sedikit.. Memang rare tempat ni.. Alaaa macam kat Shah Alam tu ada 3D Art .. Yang ni pun lebih kurang sama tapi apa yang best disetiap lukisan ni ada satu QR Code .. Kalau korang scan QR Code tu akan keluar satu bunyi sama ada dia main piano , dengar satu dialog ke, memang best, sound yang korang scan tu melambangkan lukisan masing-masing so kita boleh feel real expirence zaman dulu-dulu :)




Info Lanjut:
Alamat : Kwai Chai Hong , Kuala Lumpur City Centre, 
50000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
enquiry@baichuan.my
Waktu Operasi : Setiap Hari
Tiket Masuk : Percuma

5) Bubble Bee Cafe

Waduhhh belum habis kenyang, dah kena makan lagi.. Nasib baik sedapp..! Hihi kalau korang dah ambik gambar cantik-cantik kat area Kwai Chai Hong, jangan lupa singgah ke Bubble Bee Cafe ni ! Dekat je betul-betul kat area Kwai Chai Hong... Dah panas-panas kan ambik gambar kat luar, pleaseee try waffle dia ni Ya Allah... Sedap namati.. Pastu try order minuman dia perghhh terbaik sedap beb. Most recommended ni :)




Info Lanjut:
Alamat : 139, Jalan Petaling Kuala Lumpur, Malaysia
Call 016-228 9881
Waktu Operasi : Setiap Hari 9Pagi-6 Petang

 6) Restoran Big Baba Taman Desa

Banyak-banyak tempat makan kat KL ni, uzu suggest korang try cari kelainan sikit untuk makan kat area Taman Desa, ada satu restoran baba dan nyonya iaitu Big Baba.. Uzu first time juga makan datang kat area Taman Desa.. Nampak macam kecik je dari luar bangunan tapi bila masuk dalam rasa macam kat Melaka.. Hihi .. Dah tak payah jauh-jauh lagi nak ke Melaka sedangkan KL pun ada hehe.. Di Big Baba ni uzu suka semua lauk pauk yang ada.. Memang sedap beb.. Uzu dah rasa macam-macam jenis lauk yang dihidangkan, sambal homemade dan kuih muih... Sedap guys. 5/5 bintang :) Kalau korang nak try kelainan boleh try makan kat sini ye :)





Info Lanjut:
Alamat : 34 Ground Floor, Jalan 2/109E, 
Desa Business Park, Taman Desa, Old Klang Road.
Waktu Operasi : Isnin - Tutup
Selasa-Ahad : 11-3ptg , 5.30ptg- 9mlm

7) Bingka KL

Bukan kedai kuih bingka ye.. Hahaha ni kedai kraf tangan yang inspired oleh Malaysian Culture. Mereka design guna silkscreen dan print kat fabric...So Fabric tu lah Bingka KL design macam-macam jenis kraf tangan iaitu terdiri daripada Bag, Home Towel, Home Decor dan macam-macam lagi :) 




Info Lanjut:
Bingka KL , Benefit Point Sdn Bhd (681106-K)
1st Floor, Wisma Maluri No. 5, Jalan Jejaka,
55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
03-9285 1033 (General office reception)

8) Kenny Hills Bakers

Kalau korang rasa Pizza Hut tu sedap, korang wajib try Pizza kat Kenny Hilss Baker... Sedap ya ampunnn !! Uzu sempat merasa 3-4 jenis flavor tapi apa yang uzu simpulkan, piza dia sedap sedap.. Bila makan time hujan lebat pastu pizza pulak baru siap masak.. Kauuuuu ghaseeee hehehe. Selain daripada pizza, macam biasa pelbagai jenis pastries ada dijual kat sini.. Tengok  gambar macam sedap jer :) uhuukkk kena datang guyss .. Rasakan kelazatan sehingga menjilat pinggan :p hihihi




Info Lanjut
Kenny Hills Bakers Taman Tunku
I-1B, Taman Tunku, Off Langgak Tunku
Bukit Tunku, Kuala Lumpur
Tel: 03 6206 4111
Waktu Operasi : 730am-7pm

9) CrazePop

Memang crazy ni sebab tengok macma gula-gula tapi actually ia 100% dibuat daripada kek.. Bukan fondant ye.. Memang kek sebenar.. HIhihi dengan kekreatifan yang dihasilkan oleh team crazepop, maka terbinanya kilang atas naugangan Puan Nur .. Hihi atas permintaan ramai, order dianggarkan lebih daripada ribu-ribu pengeluaran pada setiap hari dannn tempahan kek craze pop ni memang mendapat permintaan yang tinggi.. Comel-comel tauuu ! Hihihi so sape yang ada majlis kahwin ke boleh tempah lah goodies kat crazepop. Seriussssss korang pun ikut crazy :p Hihi selain tu Puan ur juga telah banyak adakan kelas untuk belajar buat crazepop ni dari A to Z.. Siapa yang minat jadi bakers kena try lah masuk kelas baking ni.. Mesti korangggg rasa teruja dengan kecomelan crazepop ni :)




Info Lanjut
40, Jalan Damai Perdana 16/1C, Bandar Damai Perdana
Seri Kembangan
Call 019-334 8010
Waktu Operasi : Isnin - Sabtu 10pagi 7ptg

10 ) Starbucks

Anda peminat coffee? Hehehe waijb try coffee baru dari starbucks ni iaitu Guatemala Antigua. Uzu tak minat minum kopi ni.. Hehehe so uzu order Green Tea Blended Without Cream.. Faberet uzu bertahun-tahun.. p starbucks 1 menu ni je uzu reti order kahkahkakah sebagai pemiat greentea so startbucks punya greentea paling terbaik.. Hihihi ehhh salah promote lak.. Kepada coffee lover, please try new perisa ni sbb diorang guna Dark Chocolate Cocoa.. Aduiyaiii orang sebelah aku tengok selamber je minum setenguk sampai habis.. Mungkin kesedapan :p Hihi so korang boleh try order nanti ye :)



Alhamdulillah setel juga artikel uzu mengenai fam trip KL4ALL ni..Hahhuhu.. Short trip tapi best lah sebab banyak tempat uzu tak pernah p sebenarnya walauponn dah duduk KL ni 6 tahun :p Hiiii sp thanks Gaya Travel Magazine sebab buat fam trip selalu tak pernah mengecewakan ( puji jap sebab kite salah satu pemenang contest ) hehehehe . Ok tu jelah guyss ...Itu je lah Salam :)

0 comments