"Jom Rawat Bumi" By Cyber Eco Hunt 2019
"Jom Rawat Bumi" By Cyber Eco Hunt 2019 | Salam.. Alhamdulillah... kerana dengan dengan izinnya, Cyber Eco Hunt yang dianjurkan oleh Alam Flora untuk kali yang kedua ini berjalan dengan lancar.. Kalau tak silap uzu.., Cyber Eco Hunt yang pertama ialah pada dua tahun lalu yang mana ia melibatkan beberapa orang blogger sahaja... Namun .. tahun ini Cyber Eco Hunt 2019 dianjurkan oleh Alam Flora Sdn Bhd dan DHES Sdn Bhd bertambah meriah dengan kehadiran bukan je blogger-blogger yang famous (pujidirisendirinampakk) tapi artis , influencer juga Kols.. KOrang nak tau tak artis yang terlibat kali inii? Hehehehhehe kejap lagi cerita lahhh :p Pastikan baca entry ni sampai habis :p
Acara dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan kata-kata aluan oleh YBhg. Dato' Haji Mohd Zain Bin Haji Hassan, juga Chief Exucutive Alam Flora Encik Nazar Bin Abdul Raof . Juga diberikan taklimat keselamatan dan kesihatan..
Konsep Cyber Eco Hunt 2019 ni bukan game lari-lari ye guys... Kiterang naik bas beramai-ramai dari satu tempat ke satu tempat.. lokasinya dari Shah Alam dan kembali ke Shah Alam semula.. Ni bukan yang lari-lari tu ye.. Ni santai-santai je lenggang kangkung punya event :) Tapi setiap orang ada task masing-masing.. Blogger pulak ada task masing-masing.. Di dalam task tu diselit contest.. Contest pulak menang cash beb ! Hadiah bukan main best lagi.. Semua excited buat task masing-masing hehe..
Task 1 : Square Footage Calculator
Untuk task ini, kami dipisahkan kepada dua group. Untuk task pertama, kami diminta untuk install qr code apps sebab soalan akan diberikan melalui scan qr code.. Jadi soalan untuk task petama, we ols kena suh kira berapa nilai jubin lantai? Uzu walaupun kerja QS dulu tapi bab math ni memang lemah siottt walaupun soalan senang jer hahaha :D
Lepas dah kira-kira tadi, kami diminta untuk ambik gambar dengan floor polishing machine ni.. Bukan senang tauu nak kawal benda ni.. Boleh berputar-putar korang hahaha :p Abang pian ok tak tu? :p
Task 2 : Work & Safety
Setiap pekerja DHES ni, memang wajib kena ada sijil daripada NAIOSH .. Kat sana korang akan belajar macam mana nak lap tingkap bangunan yang tinggi tu.. Bayangkan kalau korang dapat task cuci bangunan klcc ? Waduhhh gayat kan? So DHES amat-amat mementingkan keselamatan pekerjanya. Uzu dapatlah merasa pakai baju safety diorang ni ha.. Apa yang uzu tengok safety mereka memang tip top ..Tapi berani atau tak je panjat bangunan tinggi tu ...
Task 3 : Creative Campaign
Task ni amat mencabar minda sikit bila kena minta ambik gambar yang creative, caption yang menarik dan info yang berguna.. Kami diberi masa sejam kalau tak silap.. Hehe bila dah puas posing tu, semua busy edit gambar dan pikir caption untuk di post kan di IG ... Kan ada contest maka gigih ler semua :p
Task ni adalah macam mana nak menyedarkan orang awam untuk tidak membuang sampah merata-rata di kawasan River of Live KL.. Bayangkanlah di tengah-tengah KL mesti banyak pelancong kan? So tak malu ke dengan tourists bila mereka melawat tempat menarik kat KL tetiba tempat tu banyak sampah.. Kesian pulak dengan cleaner yang membersihkan setiap hari yang mostly 80% daripada sisa makanan...sobss :( Please guysss.. be responseible okay ..
Task 4 : Love Food Hate Waste & Katakan Tidak PadaStraw Minuman
Task ni lebih kurang sama dengan task hunt yang lepas.. Hihi..So untuk ini, macam biasa kami kena makan tengahari di dalam bekas makanan. Uzu order spageti seafood.. Makanan kena makan sampai habis ye... Ini bertujuan mengajar orang awam supaya tidak membazir dalam makanan..Kena habiskan makanan.. Lepas makan bawa balik bekas makanan tu ke rumah masing-masing..
Task 5 :Minyak Masak Terpakai dan 3R on Wheel
Task kami ni di Putrajaya so ambik masa sejam juga untuk sampai ke sini dari KL.. Sampai-sampai je ternampak 3R on Wheel di depan apartment presint 9 putrajaya..Uzu pon tak taw apa benda lah kan..Pastu ramai makcik pakcik berkumpul depan 3R on wheel .. rupana task kiterang , kami kena masak karip di rumah suri ruah yang terpilih dan membawa turun minyak masak yang tak digunakan..
3R on wheel ni tempat korang nak jual balik minyak terpakai korang... Uzu pon actually baru tahu info ni waktu join hunt ni. Hehehe patutlah sinki tersumbat.. Hahaha rupanya selama ni kita main buang jer minyak terpakai kat singki ye dak? Lama-lama tersumbat.. haa ni lah puncanya.. So lepas ni kena jual lah.. Btw Alam Flora beli minyak terpakai RM1.10/KG..Bukan je minyak boleh jual, kertas, kotak, barang elektonik yanng rosak pon boleh di jual disini tau.
Task 6 - Alam Flora Buy Back Centre di Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS), Putrajaya
Sekali lagi kami di beri task menggunakan QR code.. Bila scan qr code tu akan ada hidden maps untuk mencari sampah-sampah yang di sorok .. Menarik juga task ni.. Boleh jalan-jalan kat tepi task walaupun kejap.. Hihi ... Jommm cari sampah yang sorok tu :p
Lepas dah jumpa sampah tersembunyi, kami diminta untuk mengasingkan sampah mengikut kategori, diasingkan dan ditimbang.. Hasil timbangan tu akan dijual dan diorang akan bagi cash kepada kita.. Ini inisiatif Alam Flora nak sematkan dalam jiwa orang Malaysia ni kalau nak buang sampah kena ikut kategori...
Task 7- Belajar Proses Kitar Semula di IRF
Kat ini lah pengakiran kepada segala-gala sampah yang di proses sekitar Putrajaya ni.. Tempat ni baru lagi tau.. Kat sini lah sampah-sampah yang dikitar semula mengikut kategori, diproses lagi.. Banyak step-step yang ada termasuklah sorting sampah-sampah, dicuci, pastu diikat mengikut saiz.. Macam-macam lah.. Bukan senang ye nak pastikan kat Malaysia ni sentiasa bersih.. Sobss..
Btw...Cyber Eco Hunt punya task dah setel.. Kami move ke area Marina Putrajaya untuk majlis penutupan.. Wahhh kerlas dia punya closing ceremony.. Hihi..tahniah untuk diri sendiri... Siap ada sijil wak.. Rasanya lama dah tak terima sijil ni.. Hehehe..
Takziah kepada diri sendiri sebab tak menang apa-apa contest. Hahaha tapi tak fikir pon nak menang.. Datang sini pon dah cukup enjoyyy wakk ! Berbaloi lah MC kerja heheh.. Alhamdulillah syukur ya allah atas acara ini sebab uzu banyak belajar banyak benda mengenai "jom rawat bumi".. Hehe terima kasih kepada pihak penganjur, pihak penaja .. Next year jemput lagi.. Hehehe ok lah bye salam :)
0 comments