3 Hari 2 Malam Di Kabupaten Pasuruan,Bromo-Surabaya Indonesia


3 Hari 2 Malam Di Kabupaten Pasuruan,Bromo-Surabaya Indonesia | Salam.. Waduhhh ! Tercapai lagi wishlist uzu tahun ini.. Alhamdulillah ya allah..Terima kasih atas jemputan.. Hihi.. Uzu ni kalau bab ke Indonesia, memang lajuu jer nak p.. Hihihi.. Indonesia kan memang antara negara jiran yang uzu suka terokai.. Dalam setahun tu mesti akan ada masuk Indonesia.. Antara sebab-sebab uzu suka ke Indonesia antaranya tiket flight dia murah.. Haha pastu mawatang pulak rendah , so tak payah byk bawak duit pun dah okay, pastuu makanan halal senang nak dapat, dan paling penting tu, pemandangan dia tu masyaAllahh lagi-lagi Bromo.. memang antara pengalaman yang uzu tak akan lupakan...

Flight Ke Bromo Indonesia 

Memandangkan Bromo Indonesia adalah salah satu tarikan pelancong luar, tiket flight ke Surabaya agak mahal. Uzu beli tiket flight Air Asia dari KL ke Surabaya return lebih kurang RM600+ tak silap termasuk lugage.. Perjalanan mengambil masa 2 jam 50 minit .

Sampai je kat airport kami di sambut oleh Mas Eka yang ganteng.. Lebih kurang 20+ orang terlibat dalam Fam Trip Bromo kali ni yang mana terdiri dari media, blogger, influencer dan travel agent. Sebab trip kali ini ialah untuk menghadiri Travel Agent Gathering di Kabupaten Pasuruan, so thats why lah itinerari sangat-sangat singkat.

Bermalam Di Hotel Royal Tretes  View Hotel & Convention

Perjalanan kami dari airport ke hotel ni ambik masa 2 jam lebih jugak... Singgah makan tengahari lagi, pastu sambung perjalanan ke sini... Sampai-sampai kat sini,  kami disambut baik oleh pihak hotel.. Roomate uzu dipilih random so untuk hari pertama ni , uzu ditemani Zayani..Kesian pulak dia berpisah dengan laki hehehe..Sorry guys :p Hihihihi Btw lepas check in, kami ada masa beberapa jam untuk rehat.. Bilik sangat-sangat selesa.. Tapi sejukkk giler kat sini hehehhe. Kawasan pergunungan kan.. Tak pakai aircon pun menggigil ya ampunnn ! Haha so untuk hotel ni uzu bagu 5/5 bintang.







Info Hotel Royal Tretes  View Hotel & Convention
Alamat : Jl. Raya Ledug, Semeru, Prigen, Kec. Prigen, 
Pasuruan, Jawa Timur 67157, Indonesia
No Tel : +62 343 881700

Malam tu juga ada Gala Dinner sempena gathering travel agent 2019 yang mengumpulkan travel-travel agent , pihak tourism , media-media, blogger-blogger dari pelbagai negeri di dalam Indonesia juga dari luar negara seperti Malaysia dan Singapore..






Gala Dinner dimulakan dengan kata-kata pembukaan dari hos, ada penampilan Tari Pasuruan Gumuyu,  sambutan selamat datang Kepala Dinas Pariwisata dan Kebudayaan Kabupaten Pasuruan, Sambutan dari Ketua DPD GIPI KEPrI, juga ada Pemberian Tali Asih dari Kepala Dinas Pawiwisata dan Kebudayaan Kabupaten Pasuruan kepada ketua DPD GIPU KEPRI.. Fashion show dari Alam Batik juga dipersembahkan , penampilan tari tradisional  dan videoclip tarikan wisata kabupaten pasuruan.. Rupanya banyak juga tempat-tempat menarik yang boleh kita jelajahi bila ke Surabaya ni..

Hari Kedua #2

Selepas breakfast dan check out hotel, kami bergerak untuk visit beberapa resort sekitar Kabupaten Pasuruan . Aktiviti pertama kami untuk hari kedua ke Inna Tretes Resort.. Uzu suka resort ni sebab view ni subhanallah.. View gunung beb... Ada breakfast disediakan maka try lah minum kopi dengan pisang goreng.. Ya ampunn sedapp banget !! Inna Tretes juga ada swimming pool dan menariknya dalam ni ada little tokyo.. Sape yang dah pernah p jepun memang akan familiar dengan fefeling kat Japan ya :) I like it.. Bilik-bilik kat sini pun not bad. Uzu bagi 5/5 bintang :)









Info Inna Tretes Resort
Alamat : Jl. Pesanggrahan No.2, Semeru, Prigen,
Kec. Prigen, Pasuruan, Jawa Timur 67157, Indonesia
Phone: +62 343 881776
Website : http://www.innatretes.com/

Next resort yang kami visit ialah Surya Hotel & Cottages . Banyak bilik yang nampak mewah bertaraf 4 bintang tapi harga boleh tahan lah.. Kat sini  sangat-sangat cantik ye bilik dia..  .. 





Info Surya Hotel & Cottages
Alamat : Surya Hotel & Cottages Prigen, 
Jl. Taman Wisata Prigen - Pasuruan
East Java - Indonesia



Visit Taman Safari Indonesia II Prigen. Kat sini kami hanya makan tengahari je dan buat quick visit sebab dalam itinerary tak sempat.. So kami lunch di Tiger Cave Restaurant. Ok kat tempat lunch ni view ni boleh makan sambil tengok harimau ! Hihihihi tak pernah lagi uzu jumpa restoran macam ni... Tapi satu je nak highlight, makanan kat restoran tiger cave sedap-sedap beb !! Serius tak tipu.. Kalau datang ke sini lagi konfem nak makan kat Tiger Cave ni :p Hihi . 

Info Taman Safari Indonesia II Prigen

Alamat : Desa Jatiarjo RT.12/RW.06, Prigen,
Pasuruan, Jawa Timur 67157, Indonesia
Phone: +62 343 6743000

Lepas makan pulak, kami terus ke kaki gunung bromo. Kat situ lah kami menginap. Hihi sebelum check it hotel kedua, kami ke Plantaran Bromo sebabkat situ ada  Majlis pembukaan bagi event Marathon.. Ramai jugak yang turut serta dalam Marathon ni lebih 2000 orang tak silap.. Sobsss tak boleh imagine jap sbb cuaca sejuk giler kot... Nasib baik ada persembahan dari Gigi.. Tak lah rasa sejuk :p And then its time to dinner ! :) Thanksss sedap pulak dinner malam tu :p Buffet dinner beb so uzu melantak lah :) Hahrharharharh.



Lepas makan kami check in hotel kedua. Memandangkan penuh so kami terpaksa berpisah bahagi dua hotel. Ada yang berkongsi bilik . Untuk rehat 3 jam ke, ok lah tu.. Ada juga tempat nak mandi.. Hhihi sebab seawal jam 4 pagi waktu Bromo kami kena gerak ke Bromo.. Cuaca agak sejuk.. Uzu dah stanby pakai tebal-tebal sebab uzu ni cepat masuk angin .. Demi untuk mengejar sunrise Bromo kami kena gerak awal :) Semua semangat beb hihi :p  Ada 3 jeep yang kami sewa. Harga jeep memang agak mahal dan harga tiket masuk ke Bromo pun mahal untuk pelancong luar.. Tu sebab pakej ke bromo memang mahal.. Takde yang murah melainkan korang local :)  

Perjalanan Ke Bromo

Wajib naik jeep sebab jalanraya tu tinggi dan jalan pun tak raya. Kat sana wajib naik jeep.. Lepas naik jeep tu, diorang akan berhenti kat tempat bukit nak tengok sunrise tu.. Tapi kiterang sempat sewa motor RM5 sekali naik untuk sorang sebab semua penat nak jalan kaki yang membukit dan sejuk, so untuk perjalanan pantas baru lah sampai ke check point untuk tengok sunrise. Jalan gelap ye.. Tapi bila dah sampai atas tu subhanallah... Dah makin cerah langit.. Nak tengok sunrise kena mendaki dalam 100-200 meter je dah sampai hahahha :D








Subhanallah... Allahuakbar.. Alhamdulillah tak henti-henti uzu mengucap syukur atas kebesaran Allah... Begitu indah sekali yaa ! Waduhhhhh .. Ni wishlist uzu tauu ! Alhamdulillah tak sangka boleh jejak kat Bromo ni.. Dah lama uzu plan nak datang Bromo tapi takde kawan pulak nak p ssini.. Hihi sebab kalau p solo memang agak mahal pakej. Nak RM1200+ macam tu.. Tapi tak lama macam tu ada invitation fam trip ke Bromo beb ! Rasa nak nangiss tauu sebab happy walaupun sekejap jer.. Uzu tetap syukur.. Rezeki juga tu :)









Dan destinasi terakhir kami ialah Bukit Teletubbies...Sejam lebih je kat sini sebab masing-masing rushing nak ke airport hehehe.. Kat sini kami rehat, makan , minum, naik kuda dan ambik gambar . Kalau nak ke sini masih kena pakai jeep tau.. Tak boleh naik kereta biasa. Naik kuda pun boleh.. Dan cuaca pula dah mula panas tapi masih sejuk... So kalau nak buka jaket dah boleh dah.. Uzu sengaja tak buka sebab nak ambik gambar nampak cantik :p Hihihi Untuk naik kuda dalam RM10 je tak silap.. Ok lah tu berbaloi kan? Hehhee :) 

Tips Untuk Ke Bromo, Indonesia
  • Bawak thermal wear
  • Jaket nipis dan tebal
  • Scaft, stokin tebal, sarung tangan 
  • Kasut Sukan
  • Tidur yang cukup
  • Wajib breakfast

So berakhir sudah trip kiterang 3 hari 2 malam.. Sedihnyeee.. Fam Trip yang agak singkat tapi uzu puas hati dengan itinerary yang ada.. Banyak tempat yang uzu lawati.. Boleh visit resort, makanan, aktiviti , wisata di sekitar Kabupaten Pasuruan. Btw uzu nak rekeman kat u ols,kalau korang ke Bromo bolehlah menginap di hotel sekitar Kabupaten Pasuruan ye ! Terbaik hotel dan resort yang ada... Murah pun murah walupun 3-4 bintang beb !! Hihi so guyss itu je lah entry uzu untuk trip bromo ni.. Jumpa lagi next entry. Salam :) 

0 comments