Kedai Makan Sedap Di Area Selangor : Hawker Station
Kedai Makan Sedap Di Area Selangor : Hawker Station | Salam.. Alhamdulillah rasa dah lepas mengidam nak cari kedai makan yang sedap-sedap ni... Uzu ni sejenis suka makan menu-menu yang rare ! Haaaa uzu juga kalau ada kedai makan viral dengan menu yang rare, uzu lah orang yang akan berpusu-pusu nak ke tempat tu, try sendiri makanan tu, betul ke sedap? Atau diaaa gampangggg je ? Kadang-kadang benda benda viral ni memangg sedappp ...! Tapi kadang-kadanggg uzu berkerut kening jugakkk .. Kau dah puas beratur, pastuu viral je lebihhh , makanan tu atau minuman tu takk sedap langsung ! So tu sekarang ni uzu tak kisah dia pernah viral ke tak janji... makanan dia sedap ! Biar pun uzzu kena menempuh 6-8 tol pergi balikkk, uzu tak kisahhhh ! Jani apa yang nak try menu rare ni :) So salah satu kedai yang uzu nak try ni, Hawker Station yang terletak di Saujana Utama.. Kalau dari Puchong tu adee lah sejam :p Heheheh gigih tak? :p
Wahhhh style gilerr logo dia ! Nampak macam hipster design .. Memang menarik perhatian uzu sebagai pelanggan.. Logo pon main peranan okeh dalam satu perniagaan.. Setiap logo ada maknanya sendiri .. Harap-harapp maknanya baik-baik sajeee ye :p Hehehehe :) Untuk kali ni , ada beberapa menu yang menarik perhatian uzu.... Uzu order satu chicken chop, nasi goreng, dan banana split lah lebih kurang...
Hawker Chicken Grill RM12.90
Perghhhh uzu ni peminat makan western food.. Selalu uzu akan order chicken chop, lamb chop so ... kat Hawker Station ni uzu nakkk tryyy jugakkk .. Nak bandingkan rasa chicken chop kat tempat lain dengan yang kat sini .. Perghhhh nampaknyee rakus ye uzu makan.. Hahaha nak bagitau , memang sedappp Hawker Chicken Grill ni ! Ayamnya yang lembut... Siyesss lah.. Kalau kat tempat lain kadang-kadang dapatlah rezeki ayam tu keras. Nak potong pun susahh .. Nak telah pun susah sebab sos dia tak sedap.. Semua out ! Kalau kat sini bagi uzu presentation chickn chop dia simple, kemas, ayam lembut, sos blackpaper menambah lagi sedapnyaa ayam ituuu .. Bagi uzu everything ok :) Sangat tak caya harga dia RM12.90 je :) Lol murahhh sgt dari tempat lain :)
Nasgor Tindih RM25.50
Nasgor Tindih ? Hahaha bukan ke nasi goreng tu? kahkahkah pelik nama-nama menu kat sini.. yang uzu makan ni nasi goreang untuk 2-3 makan.. So uzu makan bertiga dengan member..Nasi goreng paprik actually tapi nasi ni ada 2set dlm dia.. Dia gabungkan jadilahh Nasgor Tindih .. Secara jujurnya, nasi goreng dia terbaikkk ! Paprik dia pon seddap.. Serius ni bukan nak puji puji suka-suka.. Memang terbaik nasi dia ni.. Sesambil makan tu boleh share makan berdulangg .. Cara makan nasi tauu.. Hihihi tapi kalau nak pakai sudu, tak kisah .. Ikut suka korang lahh .. Janji habisss tauu !
Hawker Signature : Soda Mix Herb RM7
Sambil-sambil nak habis makan, uzu nak order air. Loll air pun rare kat sini sebab cawannnn dia besar gilerr ! Uzu sakit hati ni sebab tak tau macam mana nak ambik gambarr yang menampakkan cawan ni besar gilerrr. Untuk 3 orang minum.. Haaah hehehe . Btw air uzu nama dia Soda Mix Herb .. Salah satu Hawker Signature tauu !! Sedappp namati aw awww ..
Hawker Siggnature : Dark Mocha RM8.90
Perghhhhh sape hantu coklattt memang akan habiskan Dark Mocha ni.. Double chocolate nampaknye tu.. Siap ada coklat bertaburan di atas minuman ni... Dan cookies chips more okehh . Terbaik harharhar... Uzu sukaa juga minum Dark Mocha ni ...Uzu rasa sikittt je sebab member punye haha.. Not bad guysss... Wajib tryy untuk chocolate loverr gitohhh :) Hihi cawan besar juga ok. Boleh minum 2-3 orang. Sharing is caring.. Bawakk laki kat sini , makin bertambah silaturahim bila berkongsi.. Memang hidup ni ditakdirkan untuk berkongsi :)
Dah kenyang melatntak dua menu hahahaha its time for dessert! Banana Split kot nama dia ni hehehe.. Presentation menarik .. Hihi memang peberet ais krim banana ni .. Dah lama tak makan weiii... Lepas mengidamm.. Sedapp ya auloohhh ya ampunnn.. Alhamdullilah rezeki dapat rasa maknan sedap-sedappp .. :) Siapa yang datang sini, uzu rekemen korang try banana split ni ye :) Sesuai untuk 2 orang makan..
Actually di Hawker Station ni, sejenis kedai makan yang ada berkonsepkan makanan tepi-tepi jalan.. Benda-benda yang dijual tepi jalan tu, digabungkan semuanya ada di Hawker Station .. Sape yang area stay area ni, korang boleh try datang makanan kat sini.. Dekat je dengan KFC .. Kat sini banyak kedai-kedai makan yang berjualan kat sini contohnya charkuewteow, sayam ayam, dan macam-macam lagi ... Jom tengok gerai-gerai kecik yang ada :)
Hawker Station
Otak-otak , pulut panggang original
Pulut panggang RM1.50
Kepak ayam madu
Sate Bikin Panaz
Sate ayam RM1 , sate daging RM1.50
Yong tau foo , Macaroni cheese
RM1 secucuk
Mee kari nyonya
Sup utara sempoi RM6-8
Apple Zone
Ayam masak hitam , ayam kari kapitan RM6.5
Nasi apple
Chinese cuisine by rasa bayu
Buah-buahan
Faeez Taste Charkuew teow RM6-7
Makanan goreng panas panas pun ada
Ini bahagian dalam kedai .. Design lebih kepada hipster
Kalau nak bayar, nak order air boleh order kat sini..
Ni antara menu-menu rare yang ada.. Next time nak try Leleh Keranda hehe
bahagian belakang ni ada surau dan tempat duduk sesuai untuk family
Hawker Station juga ada dalam food panda tauu
Perfume Dexandra RM10
Dadih pun ada
Konsep kat sini Self servis tauuu !
Haaa menarik kan kedai makan rare kat Hawker Station ni? Bukan sahaja ianya berbaloi uzu datang jauh-jauhhh , ia lebih darii berbaloiiiii ! Tak dinafikan makanan kat sini sedap-sedapp weiii !! Duluu uzu pernah rasa char kuew teow abg faeez ni.. Perghhh sedap tauu char kuew teow kat sana beratur orang beli huhu.. haa kali ni uzu tak boleh move on lah menu-menu kat sini hahahahahahahaha.. Yang tak boleh belah tu LELEH KERANDA !! Oiiii hahaha ingat apeee rupanya char kuew teow :D Entah pape lah kan? Hahahahaha kelakar okehhh huhuhu .. Banyak lagi menu yang uzu tak rasa lagi, next time uzu datang lagi yeee :) So korangggg permbaca tersaiyanggg, siapa nak cari kedai makan rare di selangor, kedai makan sedap di selangor boleh tryyy ke HAWKER STATION ni :) Heee salammm :)
Untuk Pertanyaan Lanjut
Instagram : https://www.instagram.com/hawkerstation/
Alamat : A-G-13, Jalan Bidara 9, Saujana Utama 3 nearest Bank Islam Saujana Utama
47000 Saujana utama sg buloh (Waze : Hawker Station)
No Fon : 016-562 2577
0 comments