Pura actually Temple, so Pura Lempuyang bermaksud , Lempuyang Temple dalam bahasa om putih hehe ialah Temple yang tertua dan terkenal di Bali. Kebanyakkannya masyarakat Hindu majoriti banyak di kawasan ini . Kuil ini terletak di 1175 KM dari aras laut membuatkan untuk ke Pura Lmepuyang ini paling sesuai menggunakan kereta. Kalau nak hiking pun boleh tapi mungkin mengambil masa 30-40 minit untuk sampai ke Pura Lempuyang.
Suka tengok dekorasi tangga kuil ni..
Ada dua spot yang cantik ambik gambar kat Pura Lempuyang ni, satu view gunung agung tu dan satu lagi yang ni. Kat atas ada temple.. Uzu tak sempat nak naik atas sebab busy nak ambik gambat kat bawah. Hehe bukan tu je, tukang ambik gambar untuk kengkawan yang lain. Maklumlah uzu je yg reti ambik gambar. Hahaha ok done puji diri sendiri..
Temple kat atas ni ada tempat cantik nak bergambar. Untuk ke atas, ada 3 jenis tangga yang ada.Kiri dan kanan, juga kat tengah. Laluan tangga di tengah adalah laluan untuk orang-orang yang suci sahaja . Untuk tujuan sembahyang lah.. So kiri dan kanan tangga pelancong boleh naik. Gmbar kat bawaha ni tangga sebelah kiri :)
Jangan lupa ambik gambar kat sini hihi
Sempat ambik gambar dengan topi air asia :)
So sesiapa yang berminat untuk ke Pura Lempuyang , kena lah datang menggunakan bas atau van ya. Kena sewa lah hehe. Masuk ke Pura Lempuyang adalah PERCUMA. Parking pun luas. Uzu bagi 5/5 bintang untuk Pura Lempuyang :)
Alamat
Pura Lempuyang Tiyingtali, Desa Abang, Karangasem Bali Indonesia
Tirta Gangga
Sejarah Tirta Gangga
Tirta Gangga ialah satu kawasan taman air pancut yang dahulunya adalah bekas Istana Diraja Timur Bali, yang mana Tirta Gangga terletak tidak jauh dari Karangasaem iaitu kira-kira 5KM berdekataan dengan Abang. Tirta Gangga dimiliki oleh Diraja Karangasaem.
Tirta Gangga dibina pada tahun 1948 oleh Raya Karangasaem Anak Agung Agung Anglurah Ketut Karangasem , Air Diraja Tirta Gangga dikeliliingi oleh kolam dan air pancut yang berlatarkan taman-taman yang sangat cantik dan batu-batu .
air pancut tirta gangga
taman air yang menghijau..
taman yang cantik dihiasi dengan bunga-bunga yang mekar ..
simbol kepada kekuatan raja karangasaem
Cantik ambik gambar di atas batu-batu ini..
Macam duduk kat air kan? Walhal duduk kat batu hehe
Pengunjung boleh bagi makan ikan kat Tirta Gangga ni hehe
Adakah ini ikan emas?
view di sebelah pulak nampak tangga cantik ni :)
Jangan lepaskan peluang ambik gambar kat sini juga!
Memandangkan kiterang p waktu hujan , so gambar-gambar uzu kat atas nampak kusam pulak di Tirta Gangga. Siapa yang ke Tirta Gangga pada waktu panas terik , uzu yakin gambar-gambar korang akan lebih cantik menarik dan memang debommm! Hihi tapi uzu puas hati juga dapat bergambar sepantas kilat sebab hujan mula membasahi bumi.. Hehe.
Untuk ke Tirta Gangga, masuk adalah percuma!! Tiada pantang larang sebelum masuk seperti mana kat Pura Lempuyang. Tapi tetap kena behave kat tempat orang ye.. Hihi.
Alamat :
Jalan Abang - Amlapura, Ababi, Abang,
Kabupaten Karangasem, Bali 80852, Indonesia
No telefon : +62 361 730374
Ladang Salak & Sibetan Village
Selepas kiterang melawat Tirta Gangga, kami semua ke destinasi seterusnya ialah melawat ladang salak tempatan di Kampung Sibetan. Kampung Sibetan lebih terkenal dengan penanaman salak yang terbesar di Bali.
Sejarah Ladang Salak Sibetan
Kampung Sibetan majoritinya 80% adalah penanaman buah salak, 10% menanam padi dan 10% kawasannya adalah perkampungan. Kampung Sibetan adalah terletak di 375 sehingga 1200 aras laut. Kampung Sibetan cantik dengan pemandangan bukit bukau, udara yang fresh dan kawasan salak ladang salak yang luas.
persembahan tarian penduduk Sibetan
Setibanya kami di sana, kami disambut oleh penari penari kebudayaan yang menarikan tarian Bali , juga disambut dengan makanan ringan iaitu buah salak , air salak dan manisan.
uzu bersama penari-penari kampung sibetan..
Pemukuran Hill Sibetan Village
Kampung Sibetan ada view yang sangat-sangat cantik di top hill lah kekdahnya yang mana perjalanan ke puncak bukit Kampung Sibetan mengambil masam 15-20 minit. Kalau uzu, hehe kiterang naik kereta. Yang lain jalan kaki. Hehe. Tu sebab kosong je kat atas ni..
jatuh cinta pandang pertama dengan view ini
Uzu sangat rindukan pemandangan macam ni.. Nyaman dan damai..
Mula-mula sampai sini ke puncak ini, subhanallah rasa tak berhenti nak ucap. Tetiba teringat kat tuhan. Hihi of coz lah sesungguhnya dialah pencipta . Eh alang-alang teringat kat tuhan tu, nak bagitau lah kat sini takde penduduk Muslim. Jarang nak jumpa.
rasa tenang je tengok..
Sambil-sambil nak tunggu yang lain sampai ke atas, smepatlah menghirup udara yang sangat nyaman ye. Fresh air gitu. Untuk pengetahuan, dari puncak bukit kampung sibetan ni, ada nampak pemandangan lautan yang cantik dan kawasan pelabuhan-pelabuhan..
Tengah merenung jauh merindukan tunang uzu di Malaysia haha
Penduduk kampung sibetan memakai pakaian putih sempena majlis rasmi..
Adik-adik di kampung sibetan memainkan alat musik bali
hasil kraf tangan penduduk kampung sibetan..
Bag rotan ni tengah trend ! Rugi tak beli. Murah dari kawasan bandar ..RM45
Air Asia Malaysia teams - Media , Blogger & Social Media Influencer..
Puas hati bila dapat datang ke Sibetan Village. Tempat ni masuk adalah percuma. Memang rugi kalau datang tak nikmati tempat-tempat menarik macam ni.. Untuk kampung Sibetan, uzu bagi 4/5 bintang! Jangan lupa beli buah salak fresh ! Murah sangat-sangat tau ! Kepada non muslim, boleh rasa tapai yang diperbuat dari buah salak. Hehe opss yang muslim layan buah salak je k. tapai tapai cannot k hehe.
Alamat :
Bebandem district, 83 km from Denpasar
Rama Candicasa Resort & Spa Bali
Pengenalan Rama Candicasa Resort & Spa Bali
Rama Candidasa Resort & Spa terletak di sebelah timur Bali, di tengah-tengah daerah Candidasa. Ia adalah satu-satunya tempat untuk percutian yang damai dan santai di Bali serta meneroka syurga bawah laut yang indah di Bali, seperti di Tulamben, Amed, PadangBai, Blue Lagoon dan banyak lagi.
Kemudahan Rama Candisasa Resort & Spa Bali
Untuk penginapan anda di Bali, Rama Candidasa Resort & Spa menawarkan 77 bilik berperabotan bergaya dengan hiasan Bali kontemporari yang dipertingkatkan dengan kemudahan moden, semuanya dengan balkoni terpencil yang menawarkan pemandangan ke lautan, kolam renang atau taman tropika yang subur. Kemudahan resort menyelam terdiri daripada kolam renang luaran dengan kolam kanak-kanak, tempat tidur hari pantai, gazebo taman, taman zen yang tenang, bilik mesyuarat dan fungsi, kemudahan perkahwinan, perpustakaan & pusat perniagaan, spa kesihatan, dek matahari yang luas dan banyak lagi.
hiasan bunga yang cantik hehe
sangat kreatif pasu ada keluar air pancut hehe
Sempat mencari tempat untuk solat. hehe
Perjalanan mengambil masa 90 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Tuban, resort bali yang indah ini menghadap Lautan Hindi yang luar biasa dan menawarkan suasana yang romantis untuk pencinta alam.
Ketenangan semulajadi yang ditetapkan di kalangan gunung, sawah dan lautan, yang menawarkan keamanan dan kedamaian yang muktamad. Sama ada anda mahu membeli-belah, bersiar-siar, aktiviti alam semula jadi; seperti pengembaraan beras padi, berbasikal, menyelam, snorkeling dan yoga, atau hanya bersantai dan melamun, semua ada !
Resort yang dipenuhi dengan tanaman
swimming pool menghadap laut..
Tujuan utama kami ke sini adalah untuk makan tengahari. Terima kasih kepada pihak resort kerana telah menyediakan makanan pork free kepada kami semua. Hihi makan tengahari kami menjadi lebih bermakna kerana restoran terletak betul-betul di tepi laut. Hihi seronoknya santai kat sini sambil makan-makan !
Untunglah retis laju je cop meja view laut ni eh hehe
Ada juga spot ambik gambar yang cantik !
Website :
Alamat :
Jl. Raya Sengkidu, Sengkidu, Manggis,
Kabupaten Karangasem, Bali 80801, Indonesia
No telefon : +62 363 41974
Candi Beach Resort & Spa Bali
Resort yang kedua yang kami lawati ialah Candi Beach Resort & Spa . Untuk ke resort ini, perjalanan kami mengambil masa 10 minit kerana kedua-dua resort ini terletak di kawasan Candicasa.
Pengenalan Candi Beach Resort & Spa
Candi Beach Resort & Spa terletak di Bali Timur iaitu satu resort tenang, menenangkan, mewah yang menawarkan tempat menarik, semulajadi dan penginapan mewah di pinggir bandar. Ramai pelancong memilih untuk melawat Bali Selatan dalam perjalanan mereka, tetapi bandar sibuk dan jalan-jalan sibuk boleh menjadi sedikit kurang menyeronokkan. Bali Timur, tempat yang lebih tenang, sesuai untuk mereka yang menikmati berjalan-jalan santai di sepanjang pantai, rawatan yang indah dan seni bina tradisional Indonesia.
Cantik kan? Sesuai untuk honeymoon.. hehe
Candi Beach adalah sebuah resort di Bali yang menawarkan hiasan semula jadi, warna dalaman yang menenangkan dan persekitaran yang indah untuk bersantai. Dengan pantai persendirian yang memperlihatkan pasir putih yang rimbun dan bermimpi, perairan biru untuk mencelupkan, percutian Bali mungkin tidak seperti yang lain..
kolam renang wajib ada hehe
Kenapa Wajib Stay Di Candi Beach Resort & Spa ?
- Terletak di pantai dengan pantai berpasir putih terpencil.
- Taman pokok palma tropika yang besar untuk diterokai.
- Seni bina tradisional Bali unik dicampur dengan semua kemudahan moden termasuk wi-fi percuma di seluruh premis.
- Pilihan untuk tempahan bilik, dari bilik-bilik gaya hotel, ke banglo / cottage gaya Bali tradisional ke vila-vila kolam pemandangan laut.
- Dua kolam renang dengan kolam renang kanak-kanak dan restoran khas dengan pilihan makanan yang banyak dan
- Lokasi yang sesuai, sesuai untuk berehat, menyelam, snorkeling, memancing, dan spa untuk keseronokan anda.
Seronoknya bilik ada balcony macam ni hehe. Menghadap laut!!
Alamat :
Candi Beach Resort and Spa
Jalan Raya Candi Dasa, Mendira, Sengkidu,
Manggis, Sengkidu, Manggis, Kabupaten Karangasem, Bali 80033, Indonesia
Alhamdulillah. Selesai juga entry hari kedua uzu kat Bali. Bukan senang nak hasilkan entry ni ye. Uzu dah menghadap laptop ni dari jam 8 lagi. Mula-mula kena edit gambar. Pastu baru buat entry. Hihi nak kena buat entry kena research dulu apa yang patut. Fuhhh jam 3 pagi siap juga ye setelah 7 jam menghadap laptop. Bukan apa, sempat lagi tengok movie, masak, makan, belek instagram, belek facebook, blgwalking, dan sambung semula buat entry. Hahahaha eh merepek !
Untuk hari kedua uzu di Air Asia Fam Trip Bali Indonesia ni, sememangnya sangat menyeronokkan. Boleh tengok tempat baru, boleh belajar benda baru, boleh tengok budaya Bali ni. Serius lah tak rugi datang ke Bali.. Penuh dengan kebudayaan Bali.. Alang-alang ke Bali jangan lupa ke Karangasaem okay? Hihi sekian je lah enty uzu hari kedua. Nantikan entry hari ketiga ye. Salam.
Untuk Matlumat Lanjut