Tempat Menarik Di Okayama Japan #Day2 | Salam. Untuk hari kedua uzu di Okayama Japan, selepas breakfast, kami diminta untuk pakai baju sejuk yang semalam kiterang pakai. yang baju merah tu. Haaa so uzu takde ootd lah pakai baju lain. Memang pakai baju sama dua hari hehe. Redha je lah tapi baju tu serius tak rasa sejuk walaupun suhu -7 okay.. Memang tahan salji betul lah! Respek lah !
sebelum mendaki..
Snow Shoe Mountain Climbing Experience
Aktiviti ni lah yang uzu excited giler ! Tapii ingatkan dia sekejap je dalam sepuloh dua puloh minit.. Hihi rupanya ya allah... 2 jam k 2 jam... Allahu sejuk terus perut memikirkan.. Dah lah uzu ni spesis gemok.. Tak taw camna nak mountain climbing waktu cuaca sejuk... Lepas tu guna snow shoe..Susah juga nak jalan kalau guna snow shoe tapi tu lah.. Best juga sebenarnya sebab tak licin kalau nak mendaki waktu ada salji..
Tengah mendaki..
Waktu tengah nak daki gunung tu kan, ada lahh singgah situ singgah sini, belajar itu belajar ini tentang arnab , pokok-pokok disekeling dan macam-macam lagi lah ilmu yang uzu dapat waktu tengah mendaki tu... Cuaca pagi tu -7 .. Nasib baik baju yang kiterang pakai tu betul-betul untuk snow. Fuh tak rasa sejuk cuma muka je beku sebab tak cover pape... Handphone atau camera pon tak sanggup nak pegang lelama. Sejuk yang amat ! Handphone uzu pulakk terus mati dek kesejukan.. Yang penting aktiviti macam ni kena ada heatpad. Nasib baik ada heatpad. Kalau tak....... haaa..
Tips Snow Shoe Mountain Climbing
Tips Snow Shoe Mountain Climbing
- Kena pakai kasut yang tebal dan bersesuaian.
- Pakai stokin kalis air
- Cermin mata tuk halang salji kena mata
- Kena pakai baju kalis sejuk, kalis air. Better pakai ski wear.
- Bawa topi sebab topi boleh kurangkan kepala kita rasa sejuk
- Kasut salji boleh sewa
- Bawa coklat , air panas untuk tenaga.
Harga: ¥5,000 (seorang) - Minimum dua orang dan maksimum lapan orang untuk seorang jurupandu
(termasuk jurupandu dan peralatan lengkap seperti kasut salji)
Lepas mendaki.. Muka sembab!
Bila dah habis mendaki, ya allah macam tak percaya kiterang semua p hiking waktu salji turun dengan lebatnya.. Ni belum part angin tiup.. Membeku masing-masing. Tapi uzu rasa best sangat-sangat, macam-macam aktiviti kami buat , slide dari atas ke bawah fuhhhh, melintas sungai, fuhhh ha tak terasa sebenarnya 2 jam. Bagi yang tak pernah try montain hiking ni, kena try lah wei.. Time ni lah kita nak uji fizikal kita sampai tahap mana :D
Dik hasif dengan view gunung..
Uzu tinggalkan jejak kat kereta orang hahaha..
pemandangan di Hiruzen area
view bukit bukau gunung ganang dipenuhi salji..
Uzu suka sightseeing macam ni. Subhannallah..
Nampak tempat ambik air suci kat tepi jalan..
Ada sejarah disebalik patung ini... Best dengar cerita-cerita macam ni.
Visit Yubara Onsen
Ini lah kawasan Yubara Onsen. Yubara onsen ni tempat mandi hotspring yang terbuka.. Haa terbuka tu bukan je open to public tapi diorang mandi tanpa pakai baju hahahhaha... Outdoor bath kekdahnya ! So lelaki ke perempuan ke semua mandi tanpa baju u ols ! Uzu memang tak boleh hahaha ! Uzu sanggp tak mandi okay dari kena mandi macam tu. Ya allah tapi bagi mereka, perkara biasa..
Public bath. Lelaki kat sini selamber je mandi tanpa baju haha
Cantik nya view ni kan?? Sejuk mata memandang..
Jalan pun berais.. Sejuk gila kat sini lagi-lagi ada angin yang meniup ..
Yubara Onsen ni buka 24 jam.. Memang best mandi kat sini sebab dikelilingi dengan batu-batu empangan. Boleh jadikan massage okay.. Memandangkan yang ni open to lelaki dan perempuan, so wahai perempuan, dinasihatkan sewa baju khas sebelum mandi kat sini ye..
Lunch & Pray time at Yubara Onsen Hakkei
Makan tengahari kami adalah di Yubara Onsen Hakkei.. Sewaktu nak tunggu lunch siap, nak tunggu bebudak yang lain habis solat, sempatlah uzu lepak kat sini sambil tengok orang mandi hahahhaa gurau je lah ! Mana nampakkkk memandangkan uzu rabun :p *mohonpercaya*
Michino Eki Kayou (Blueberry jam Experience)Lunch & Pray time at Yubara Onsen Hakkei
Makan tengahari kami adalah di Yubara Onsen Hakkei.. Sewaktu nak tunggu lunch siap, nak tunggu bebudak yang lain habis solat, sempatlah uzu lepak kat sini sambil tengok orang mandi hahahhaa gurau je lah ! Mana nampakkkk memandangkan uzu rabun :p *mohonpercaya*
View Yubara Onsen
Makan tengahari di Yubara Onsen Hakkei
Bab masak-masak ni kekadang malas juga kan masa kat rumah? Tapi kalau main masak-masak di luar negara ni hahaha dan dan je semua rajin.. Adoiii .. Apa pun kali ni, bukan main masak-masak menu biasa-biasa yee tapi uzu dapat belajar macam mana buat jam blueberry homemade! Awrrrr dapat lagi ilmu baru. Takpa, jadikan ilmu untuk bekalan masa dah kawin nanti.. Cubaaa dah sedia ke bakal suami i makan jam blueberry ini nanti ? :p Hehehe
Untuk resepi blueberry jem. Sedap je.. Boleh tengok resepi uzu kongsikan kat bawah ni. Dengan bahan dan cara buat yang senang sangattt , semua pon boleh buat ! Haaa meh ah kita belajar sesama..
Resepi Blueberry Jam Homemade
Bahan - Bahan
- 200g Blueberry
- 25 cc Lemon Juice
- 50g gula
Lokasi: Farmer's Market 'Kayou'
Harga: ¥800 / satu kumpulan (minimum dua orang dan maksimum empat orang)
Sediakan bekas untuk didihkan blueberry..
Bahan-bahan untuk buat jam blueberry. Blueberry ni dari macam-macam jenis digabungkan sekali..
panas kan api. Masukkan 200g blueberry.
Gaul blueberry sehingga menjadi cecair. Masukkan gula..
Bila blueberry dah nak cair, masukkan 20cc lemon juice. Gaul sehingga 30 -40 minit.
Bila dah siap, rendam bekas bluerry dlm bekas air panas yang mendidih. Biarkan selama 5-10 minit..
Yeahhh siap !! Memang sedap weiii jam ni.. Huhuhu..
Yume Farm (Strawberry Picking Experience)
Kat Malaysia tak nak lak main petik-petik anggur.. Adoi lawak lah hehe.. Kalau kat luar negara lagi-lagi kat Okayama Japan ni, semua benda jadi excited. Ni kira first time juga lah uzu petik strawberry ! lagi syok petik kat Japan. Yeahhh teruja kejap sebab kiterang boleh petik dan makan sepuas hati sampai kenyang tapi diberi masa 20-30 minit tak silap.. Hahahaha teruslah memasing berebut cari strawberry.. Thank you Yume Farm :)
Lokasi: Dream Farm Haru, 4276 Yoshikawa Kibi Chuo Town, Kaga kun, Okayama Prefecture
Harga: ¥1,400
Lokasi: Dream Farm Haru, 4276 Yoshikawa Kibi Chuo Town, Kaga kun, Okayama Prefecture
Harga: ¥1,400
Yume Farm
Ladang Strawberry tak banyak buah sebab bukan musim.. Hihi
comel je gunting ada tali .. Haha mungkin kalau gunting hilang senang nak cari kot ..
Dapat lah sebekas. Yang ni first round hahaha
Buah manis. Fresh sebab petik terus makan. Cuci pon tak.. haha lantak .. Sedap ok..
Memandangkan hotel kiterang berdekatan dengan Okayama Station Shopping Mall, so kiterang berkesempatan jalan-jalan di dalam Mall yang terdapat ribuan penggunjung yang lalu lalang sekitar Mall tersebut.. Sempatlah kami jajalan diluar Mall untuk menghirup udara yang sangat sejuk dikawasan sekitarnya hehe..
"The area in and around Okayama Station is a major shopping and entertainment district. The station building itself has the Sun Station Terrace shopping center on the first to fifth floors with a number of restaurants, cafes, souvenir shops, clothing stores and coin lockers. Okayama IchiBanGai is an underground shopping center on the first basement floor under the station." - Sumber
View sekitar Okayama Station Shopping Mall
Bestnya tengok negara orang ni kan?
Murah-murah barang kat sini..
Siapakah yang hensem ini?
Dinner at Kidoairaku (Sushi making Experience)
Setelah penat berjalan-jalan di sekitar Okayama, makan malam kami ialah Sushi ! Yeahhh tapi sebelum tu kami kena belajar cara-cara buat sushi dengan betul.. Jom tengok pakar buat sushi tunjuk dia buat sushi .. Cantikk tau dia buat !
Lokasi: Kido Airaku, 2-9-21, Shimoifuku, Kita-ku, Okayama City, Okayama
Harga: ¥3,000/satu kumpulan (maksimum dua orang dan maksimum 40 orang)
Web: www.kidoairaku.co.jp
Lokasi: Kido Airaku, 2-9-21, Shimoifuku, Kita-ku, Okayama City, Okayama
Harga: ¥3,000/satu kumpulan (maksimum dua orang dan maksimum 40 orang)
Web: www.kidoairaku.co.jp
Master sushi ukir timun untuk deco sushi..
Ni lah master sushi ! Proud of him :)
Wahhh cantiknya decoration untuk sushi ni :)
Ukiran yang lain untuk sushi..
My fav sushi ! OMG !!
Kami dah ready nak belajar buat sushi ni hehe..
Kami dah ready nak belajar awrrr
Fokusnya sang uzu !
Alooo bagusnya master ni.. Dia betulkan apa yang salah hehe
Yeahhhh dah siappp ! Kami kena buat 12 jenis sushi semuanya !
Bangganya dapat belajar buat sushi hehe
Sushi ni lah dinner kami pada malam kedua ni.. Semua uzu boleh makan...
Hotel Granvia Okayama
Dan akhirnya... Check in juga ke Hotel Granvia Okayama Japan, salah satu hotel yang paling top lah di Okayama.. Hotel Ganvia ni hotel mewah bertaraf 4 bintang yang mana terletak di tengah-tengah Okayama .. Banyak tempat menarik di sekitar Hotel Granvia yang boleh kite p so hotel ni sesuai dan senang kalau nak p memana kan? Dekat dengan stesen keretapi dan shopping mall..
Jom check in hehe...
Bilik mandi..
Guna lah selipar untuk elakkan kaki kesejukan..
Muka penat seharian ni hehe
Bilik uzu .. Hehe tapi stay sorang je..Sonok !
Tv pun besar hehe.. Tv dia boleh pusingkan ke kiri kanan guna remote control tauuu !
Bestnya lepak sambil minum kopi kat sini ..
Ok letih nak tido heheh.. Good night !
Alhamdulillah setel dah update hari kedua uzu kat Okayama . Hari yang sangat-sangat tough dan jadual padat, maka rehat yang panjang adalah sangat-sangat diperlukan.. Stay di Hotel Granvia yang sangat selesa membuatkan hilang segala penat lelah yang ada ! Hehe thats to Okayama City Goverment di atas kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk kami ! Semestinya uzu sangat-sangat puas hati dengan aktiviti dan kemudakan untuk hari kedua. ! Ok lah bersmabung pula untuk hari ketiga. Salam :)
Untuk Matlumat Lanjut
Website : http://www.city.okayama.jp/
Facebook : https://www.facebook.com/healthtourismjv
"Okayama Health Fam Tour ini diadakan dan ditaja oleh Okayama City Government."