Tempat Menarik Di Jogjakarta 2018 ( 4 Hari 3 Malam )
Tempat Menarik Di Jogjakarta 2018 ( 4 Hari 3 Malam ) | Salam.. Alhamdulillah berakhir suda trip yang uzu tunggu-tunggu sebab wishlist nak p Jogjakarta ni dari tahun lalu lagi nak p tapi huhuhu ada aje halangan dan cabaran termasuk juga dugaan untuk trip uzu untuk ke Jogjakarta ni, yang mana actually, uzu ke Jogja sepatutnya dengan kak ty tapi beberapa hari lagi nak fly, kakty dikejutkan dengan beritaa yang tak best ( her mom warded ) , and so memandangkan semua benda dah book, uzu teruskan juga trip uzu ni dan aalhamdulillah berjalaan dengan lancar walaupun travel sorang :)
Hari Pertama ( DAY 1 )
Sampai je ke di airport, uzu di sambut dengan tour guide/tour leader/owner agent travel Jommm Jogja Tour .. Lepas tu uzu terus shoot ke tempat pertama yang uzu akan lawati , Pule Payung/Kalibu sementara nak tunggu check in hote jam 2 petang.. Untuk ke Pule Payung, ia mengambil masa 1 jam lebih kurang untuk ke tempat ni.. Sebelum tu, dapat makan Ais Kelapa Avocado . Sedap !! Panas-panas memang sesuai tekak dapat minum Es Kelapa Albucad ..
Es Kelapa Albucad
Makan tengahari ( Bakso + Teh O Ice Limau ) di restoran pak amin. Sedap siyes!
Lepas makan je, terus sambung perjalanan ke Pule Payung dahh akhirnyaa yeahh sampai :) Well hihi Pule Payung ni cantik ! Banyak spot ambik gambar kat sini.. Ada lebih 9 tempat spot bergambar tapi semua ni bukan percuma . Masuk Pule Payung dibayar oleh agent travel. Nak ambik spot gambar kat dalam kenaa bayar ye ! Tapi tak mahal pon. Hihihihi.. Dalam 9000 IDR juga untuk nak ambik 2 gambar kat dua tempat bawah ni :) 1 tempat max 3 gambar.. Gambar kat basikal tu free je so yang uzu bayar 9000 IDR tu 3 gambar kat bawah tu.
Pule Payung
Nampak macam tinggi kan?
Untuk memudahkan lagi nak transfer, bawak lah handphone android atau pendrive sesiap eh. Uzu tak bawak fon tapi nasib baik lah Rio ( Owner Jommm Jogja Tour ) ada bawak fon android :) Selamat :p hehehehe.. Lepas tu uzu ajak Rio check in hotel sebab tak solat lagi dan nak rehat sebab malam tu uzu tak daapat tido huhu....Eh Btw Hotel uzu ni bukan under pakej ya. Ini hotel yang uzu menang contest beberapa bulan lalu :) So uzu pilih untuk menginap di Fave Hotel Jogja :)
Apa yang uzu happy sangat bila ambik pakej travel dengan Jommm Jogja Tour, bukan je orangnye peramah, pandai ambik gambar, juga pandai ambik hati customer. Owner ni siap sediakan Sejadah, Telekung, Wet Tissue, Indonesian Plug dan jugak Wifi sepanjang trip.. Baik hati betul lah Rio. Thanks yaa Rio :) Tak payah kakak susah-susah bawak telekung sejadah dari Malaysia :)
Hotel Fave Jogjakarta
Telekung batik first time pakai..Sejuk je ..
Lepas je habis solat, uzu ke tempat lepak memalam yang best iaitu di Alun-Alun Kidul. Kat sini ramai sangat orang lepak.. Mostly student-student lepak sini sampai 3 4 pagi. Fuhhh ! Dengar cerita Jogja ni ada lebih 56+ buah universiti, so thats why lah Alun-Alun Kidul sentiasa hidup dengan orang tak kira hari weekday ke weekend.
Alun-Aalun Kidul
Kereta ni kena kayuh sendiri tau ! So uzu tak naik pon. Tengok je hehehe
Ada tempat main benda ni kat Alun-Alun Kidul. HIhi tak ingat nama..
Baju kuning ni famous tau! Byk kali masuk TV sbb dia travel Bandung pakai benda ni ! OMG..
Hari pertama ni, uzu penat sangat-sangat ! Well tido tak ckup. Kat keta asyik tido je hahaha. So lepas je dari Alun-Alun Kidul, uzu baru nak makan malam jam 10 malam semata-mata nak makan kat tepi jalan ni.. Hehehe.. Kedai ni bukak jam 10 malam ke atas. Demi nak merasai street food, uzu tunggu je lah walaupun lapar sangat-sangat ;p Hahahah Akhirnyyaaaaa makanan ini tidak mengecewakan :)
Sedapp ! Walaupon first time makan, tetap sedap..
Pelik tak? Hahaha tapi sedaap hihi
Makan betul-betul kat bawaah beralaskan tikar. Takde kerusi dan meja :)
Tempat Menarik Hari Pertama
1. Pule Payung
2. Alun-Alun Kidal
Bajet Hari Pertama
1. Lunch Bakso (17000) + teh o ice (3000)
2. Ambik gambar di Pule Payung (9000)
3. Dinner 25000+3000
Total Bajet Hari Petama =57000 RM16+
Hari kedua bersambung lagi perjalanan uzu travel solo Jogja.. Hari kedua ni adalah hari yang sangat packed, banyak tempat yang uzu p, 5 tempat tak silap. Memang penat tapi bila dah sampai ke tempat ni memang tak boleh hilang penat, rasa mual, rasa pening sebab perjalanan jauh :p
Lepas je breakfast kat hotel, uzu ke tempat pertama untuk hari kedua,iaitu Jurang Tembelan.. Mengambil masa 1 jam setengah tak silap. Arghh jalan memang memeningkan. Sila bawa minyak angin ke panadol ke hahahaha... Tapi bila dah saampai tu teruja lagi hehehe. Cantiiikk ya allah :)
Jurang Tembelan
View kat sini actually lagi cantik bila lepas hujan sebab akan nampak view menghijau je..
Nampak macam tempat ni tinggi kan?
Korang wajib p sini k walaupun jauh hehe
Banyak juga spot ambik gambar kat sini :)
Jommm i jadi pilot, nak?
Tempat kedua untuk hari kedua, Hutan Pinus Mangunan ! Huwaghhh suka tempat ni. Tapi kat sini cuma simple je lah. Ada hutan pinus . Macam pokok kat Kelantan hehehe.. Haa kat korea pon banyak pokok camni kat Nami Island... Masuk sini free tapi cantik, bersih :)
Hutan Pinus Mangunan
Boleh photoshoot kat sini tauu hehehhe
Aumm nak prewedding sini boleh tak :p
Nextt, uzu ke Rumah Hobbit Jogjakarta ! Tempat yang uzu nak sangat-sangat nak p. Hihihi memang ambik gambar kat setiap sudut :p hahahaha dah lah datang sorang kan, terfikir juga sape lah nak ambik gambar uzu :( Sobsss tapi nasib baik Rio pandai ambikk gambar.. :p Asyikkkkk..
Rumah Hobbit & Seribu Kayu
Dia macam rumah orang dulu dulu hehehe
actually rumah hobbit ni diinspirasikan dari filem hobbit. Sape pernah tengok mesti tau :)
Cantiknyeee tapi tak mudah eh nak ambik gambar kosong ni.. Kena halang orang masuk sini hehe
Macam kanak-kanak riang kan ambik gambar kat sini hahah cantik kottt
Cantikkkkkk !! Huwarhhhh
Ingatkan kat sini hotel, ada penginapan.. Tapi takde.. Ia sekadar rumah hobbit yang kosong..
Ok next..Untuk tempat yang seterusnya, Pantai Timang yang ni wajib sangat-sangat kalau korang ke Jogja. Tempat ni famous dengan gondola yang menyeberangi lautan . Tempat ni makin famous bila Kwangsoo naik benda ni dalam Running Man ! Hahaha kelakar tengok dia. Waktu uzu tengok tu, alamak ! Bapak seram ! Rupanya bila sampai sini, hihi serius tak seram. Uzu p sorang-sorangg pon takpa k..Haaa naik kat sini mahal tau, kena bayar, takde dalam pakej.. So demi nak rasai pengalaman naik gondola, so uzu dengan rela hati bayar 200000 bersamaaan RM60+ .
Pantai Timang
Waktu ni macam neves sikit lah hahaha
Yang takot jangan pandai bawah ye.. hihi
Harga naik gondola ni boleh ulang alik ye heheh..
Amboii happy ! Saampai tak perasan ada orang kat belakang follow huhu
Lepas je kat seberang kan, boleh ambik gambar kat sini tau ! :)
Kat sini jugakk hehehe
Cantik pulak kat sini hehehhe
Lepas je setel main gondola, ramai yang rekemen uzu makan lobster kat sini ! Tapi lobster sini mahal tapi takde lah mahal sangat . RM40+ je dalam 150000+ . Uzu bahagi dua dengan Rio so uzu bayar jusr 750000, RM22 je. Murah lah kan?
Set makan lobster macam ni tau. Bukan semata-mata lobster sahajee. Untuk dua orang makan tau!
Lobster 2 ekor. Makan berdua ni hehe
Sotong goreng tepung..
Sayur..
Ulam..
Makan tak? Uzu tak makan benda ni hehehe
Lepas je setel kat makan makan di di Pantai Timang, kiterang berhenti rehat , solat dan bersiap untuk ke lokasi seterusnya di Hutan Pinus Pengger ! haaa ini kali kedua hutan pinuss. Taapi hutan pinus pengger ni cantik yang amat! Heheheehe..Memandangkan dah petang, kiterang lepak-lepak kat sini bersantai sambil nak rehat sebab driver penat drive...
Uzu suka Hutan Pinus Pengger ni sebab banyak tempat ambik gambar yang cantik ! Free pulak tu hehehe. Soo memang ramai juga datang sini walaupon jauh.
Hutan Pinus Pengger
Datang jauh semata-mata nak ambik gambar kat sini juga hehehe
Boleh fefelingg photoshoot tauu kat sini hahaha
Waktu ni dah petang dah tapi still cantik hehehe
Petang untuk hari kedua, kiterang lepak di Bukit Bintang. Satu kawasan diatas bukit yang tinggi dan cantik untuk menikmati Bakoso panas panas daaan just enjoy the sunset ...Makanan kat sini sedaap! Haaaa siap makan ABC lagi kauuu. Kerlass..
Yang nak daating boleh ke sini hehehe
Lepas je lepak lepak, uzu nak cari street food lagi untuk makan malam. Malam kedua agaak memenaatkan so lepas makan terus baalik hotel.. Hihi btw kali ni uzu try street food jogja , naasi goreng yang famous dengan kesedapannya tersendiri. Selaalunya nasi goreng dia beratur panjang tau! Kaat sini dia ada sediakan tikar yang memanjang di tepi jalan raya, kat situ raamaai orang duduk dan lepak sambil tunggu makanan sampai..
Fuhhhh tak rugi tunggu makanan sampai ! Sedapp ya ampunnn ! Hehehe 4/5 bintang uzu bagi. hehehehe tak menyecewakan duduk sini. Kalau lepak dengan kengkawan ke nak datiing ke memang takde hal kaan? Kat Malaaysia takde lagi kedai macam ni hehehhe..
Ehhh haaari kedua dah pun berakhir... Uzu nak sambung next entry pulak. Sebab terlalu panjang pulak kalau gabung semua sekali. Banyak sangat gambar-gambar cantik yang uzu nak masukkan hehehee .. Biarkan ia menjadi kenangaaa.. ok lah selamat malam :p Hahaahaha bye salam.
Tempat Menarik Hari Kedua
1. Jurang Tembelan
2. Rumah Hobbit & Seribu Kayu
3. Hutan Pinus Mangunan
4. Pantai Timang
5. Hutan Pinus pengger
6. Bukit Bintang
Bajet Hari Kedua
1. Naik Gondola 200000 (Rm55)
2. Lunch Lobster 150000 / 2 = 75000 ( RM21)
3. Bakso 10000 ABC 12000 (RM6)
4. Dinner Nasi Goreng 17000 (RM4) Air 3000 (0.82)
5. Teh O Ice 3000 (0.82)
Total Bajet Hari Kedua =320000 (RM88)
Sesiapa yang suka travel? Yang berminat nak ke Jogjakarta/Yogjakarta, uzu suggest korang ambik travel agent yang muda, rajin, jujur, kacak, pemurah, baik hati hahahha dengan Jommm Jogja Tour bersamaa Rio (Owner) and his drivers :) Sangat-sangat rekemen sebab pandai ambik gambar. Semua gambar-gambar di atas beliau laah yang ambik sebab uzu kan travel solo hehehe.
Untuk Matlumat Lanjut
Instagram : https://www.instagram.com/jommmjogjatour/
Whatssapp : www.wasap.my/6282329171819
2 comments