Uzu Di Majalah Harmoni 20 Sept 2018 Di Ruangan Inspirasi


Uzu Di Majalah Harmoni 20 Sept 2018 Di Ruangan Inspirasi | Salam... 20 September 2018 uzu dapat notification mentioned di Ig Stories yang artikel mengenai uzu dipublish di Harmoni Online pada 20 Septemvber 2018 :) Btw ini story lama yang uzu keluar di Majalah Harmoni 2017, dan tahun ni sekali lagi story mengenai uzu keluar tapi diterbitkan di website harmonionline :)

Kepada yang tak sempat beli majalah dan baca story uzu last year, boleh baca semula kat bawah ye :)

Menamakan blog yang dibina pada pertengahan 2009 sebagai Kisah Emas Putih, Siti Aminah Idrus atau nama mayanya, Uzu, 27, kini sudah tersenarai diantara blogger paling berjaya di Malaysia. Tidak menyangka blog yang dianggap sebagai pengganti diari, tempat untuk meluahkan segala perasaan ketika mula-mula menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur menjadi salah satu sumber pendapatannya sekarang. 
Pernah dianugerahkan sebagai pemenang dalam kategori Most Engaging Blog di Majlis Anugerah Media Social Media Week 2016, blog Uzu juga tercalon antara lima finalis untuk kategori Blog Pilihan Online dalam Anugerah pilihan Online 2016 (APO2016).
“Saya mencipta blog Emas Putih pada tahun 2009 dan sekarang sudah lapan tahun saya aktif menulis di blog. Asalnya memang tujuan saya menulis adalah untuk mengisi kekosongan waktu dan meluahkan perasaan, maklumlah kala itu saya sendirian di Kuala Lumpur kerana menyambung pengajian.


“Saya menjadi serius dalam menulis blog apabila mendapat banyak jemputan daripada pengurus acara sekaligus ia kini sudah menjadi tempat menjana pendapatan dan sumber untuk saya membayar yuran pengajian. 
“Awalnya saya tidak menyangka dengan hanya berblog sahaja ia boleh memberikan saya pendapatan. Blogger Ben Ashaari yang banyak membantu saya dari awal sehingga sekarang, jika tidak mungkin saya hidup di Kuala Lumpur ini sendirian,”jelas Uzu yang merupakan anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah. 
Duta Produk 
Biarpun berpendapatan lumayan dan sudah dilantik menjadi duta untuk beberapa buah  produk, Uzu tidak pernah lupa dalam mengejar ilmu. Kini Uzu dalam persiapan untuk menyambung pelajaran diperingkat sarjana. 
“Saya baru sahaja tamat belajar dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Insfrastucture University Kuala Lumpur dan tidak lama lagi saya akan menyambung pelajaran dalam bidang Master in Science Construction Management. 
“Alhamdulillah, sudah dua tahun saya dilantik sebagai duta sebuah produk tempatan dan pendapatan ini sangat berbaloi. Dengan wang pendapatan ini juga saya dapat habiskan masa melancong ke luar negara, antara negara yang pernah saya lawati adalah Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Vietnam, Kemboja, Korea, Japan dan tahun 2017 ini,  insya-Allah akan ke Maldives dan Istanbul.  
Putus Harapan
Bukan mudah untuk melahirkan blog yang mempunyai pengikut yang ramai. Uzu bersyukur hasratnya untuk berhenti menulis satu ketika dahulu tidak diteruskan.
“Saya pernah putus harapan dengan blog ini. Saya pernah buat kesilapan dan ketika itu ramai yang membenci dan menjauhi. Saya berkecil hati dan mahu tutup sahaja blog ini.
“Saya pernah beberapa kali repeat paper gara-gara terlalu banyak ponteng kelas kerana sibuk pergi ke majlis-majlis jemputan, masa itu semua adik beradik dan keluarga suruh berhenti menjadi blogger dan tumpu perhatian pada pelajaran tetapi saya degil kerana bagi saya jika saya berhenti menulis di blog saya tidak akan cukup wang untuk menampung pelajaran, akhirnya mereka faham keadaan saya.  
“Itu kenangan yang saya tak dapat lupakan, saya menangis mengenangkan kelelahan masa lalu.“Kini saya sangat suka bercerita tentang percutian, hotel, rumah tumpangan, resort dan juga makanan di blog Emas Putih. Saya memberi info dan tips yang berguna untuk pembaca dan adakalanya saya dibayar untuk membuat review tentang alat solek, gajet, dan produk-produk lain.“Saya lebih suka bercerita tentang pengalaman sendiri daripada mengambil info daripada internet,” jelas Uzu yang yakin bahawa dunia blogger ini akan mampu bertahan sehingga 10 tahun lagi.

6 comments