Jom Travel Ke SEEngapore Dengan Harga Murah Menggunakan Traveloka Promo Code!


Jom Travel Ke SEEngapore Dengan Harga Murah Menggunakan Traveloka Promo Code! | Salam. Bulan September adalah  bulan yang paling banyak uzu travel. Hihi bulan ni uzu akan banyak bercuti dalam negara dan luar negara.. Hihi syok kan berjalan je? Hihi tempat yang uzu p tu, dapat harga murah dengan Traveloka Promo Code :) Haaa kalau takde Traveloka Promo Code, memang uzu tak kerap travel.. Hihi.. Nak travel, mesti kena pandai berjimat. Kalau tak, duit kita akan banyak habiss untuk 1 trip tu je walhal 1 trip yang korang habiskan boleh p lagi 2 trip.. Yang penting kena pandai berjimat, pandai skodeng mana-mana yg jual promo code yang Traveloka selalu buat.. Rugi tau takk grab ! 


Haaa untuk sekarang ni, Traveloka ada buat Promo Code untuk ke Singapore .. So better korang ambik peluang ni untuk dapatkan harga murah bercuti ke Singapore. Hihi uzu dah banyak kali kot ke Singapura, memang murah sangat-sangat kalau nak p honeymoon ke luar negara tapi takde bajet sangat nak honeymoon jaauh-jauh, so tempat yang murahhh sangat-sangat nak p adalah Singapore!! Sekarang ni banyak tempat best-best kat SEEngapore  dan tempat tu masuk free so ada 9 tempat menarik di singapore yang wajib korang masuk dengan percuma iailah :


[9 Tempat Menarik Di SEEngapore]


1.Merlion Park

Tempat yang pertama yang wajib pelancong datang melawat ialah mercu tanda Singapura iaitu Merlion Park ! Btw Tau tak kenapa Singapura asal nama dia Singapura? Singa=singa , Pura=kota , so Kota Singa ! Haa ada sejarah kepada Singapore jadikan Singa sebagai mercu tanda Singapore, hee sebab dulu-dulu ada raja ni suka Singa sampailah dia tukar kota tu dengan nama Singapura. And then, kenapa pulak Merlion ni kaki dia bukan kaki Singa taapi kaki ikan ? Sebab dulu-dulu, kawasan tu bermula dengan kampung nelayan.. So gabungkan Singa + Ikan , jadilah merlion ni :) 



2. Esplanade

Pusat persembahan seni yang berkeluasan 60,000 Meter persegi! Esplanade ini dibina dengan sangat unik dan berbentuk seperti durian. Boleh datang ke sini ambik gambar okay?


3.Bugis Street

Kalau nak beli ole-ole , memang kat sini lah tempatnya ! Tempat ni memang famous kalau nak beli ole-oleh untuk orang yang tersayang di Malaysia ! Tempat ni murah dari yang lain ! Yang penting kedai terima semua duit dari luar negara, contohnya duit Malaysia, diterima di sini. Hee Bugis Street pulak bersebelahan je dengan kedai ni. Belah kanan adaa Bugis Street yang jual macam-macam barangan dan pakaian serta makanan !


4. Makan Tengahari Di Kampung Glam Cafe / Restoran Zam Zam

Asal je masuk Singapore, uzu akan tukar RM50 je duit Singapore. Sebab uzu tak suka sangat shoping-shoping ni. Masuk sini just untuk makan tengahari. Makan tengahaari kat sini tak sampai 10 dollaar singapore.. Siap boleh beli aiskrim dan air waktu petang tu.. Banyak makanan melayu kat cafe ni dan sedap-sedap pulak tu.. Eh jangan lupa p restoran zam zam untuk rasa martabak dia yang famous.


5.Masjid Sultan

Kat singapore ni banyak tau pengunjung dari Indonesia dan Malaysia. Mostly semua muslim. Hee kalau nak tau, kami akan singgah dan lawat Masjid Sultan untuk solat zohor / jamak.. Masjid ni femes dan banyak orang ! Fuhh bila uzu masuk dan naik ke tingkat dua ( tempat solat perempuan ) , penuh dengan jemaah-jemaah. Nak ambik wuduk pun beratur panjang.. Apatah lagi kalau nak ke tandas. Allahualam :)


6.Malay Heritage Centre

Taman Warisan Melayu kat sini ni lah tempat nak belajar budaya dan warisan melayu singapore , tak kisah lah tourist muda tua semua digalakkan datang belajar menari ke,, nak ambik gambar je ke, nak tengok pameran ke kan, atau ambik gambar depan bangunan kuning ni. Cantik !


7.Pulau Sentosa 

Kami ada masa 4 jam untuk berjalan-jalan di area Pulau Sentosaa ni... Pulau sentosa ni terletaknya Universal Studio Singapore (USS), beach , merlion paling besar di Singapore, taman-taman yang cantik, boleh naik train percuma, ada juga outlet-outlet untuk beli branded barang , restoran dan macam-macam lagi yang ada di pulau sentosa. Untuk pakej bersama Raini Travel ni, kita tak masuk USS tapi boleh ambik gambar di depan glope ni..


8. Siloso Beach

Untuk ke beach, kena berhenti di beach station kepada yang naik train, dan ambik tram atau bas yang disediakan di beach station untuk ke stop stop area beach. Ada 2 beach yang ada, palawan beach dan siloso beach station.. Uzu ke Siloso Beach.. Tapi palawan lagi cantik view dia. Kat siloso ni biasa ja..


9.Garden By The Bay

Tempat terakhir dan penutupan untuk day tip kami semua. ! Haa kat sini memang cantik view memalam.. Akan ada ribuan pelancong yang datang sini semata-mata nak tengok Garden Rhapsody Light Show . Memang best persembahan lampu lampu dengan iringaan music.. View pulak boleh nampak marina bay kaat belakang tu. Perghhhh..

Banyak lagi tempat yang cantik di SEEngapore tapi masuk berbayar lah. Yang uzu share yg tempat yang murah dan masuk murah.. Berbaloi tau p sini.. Hihi

Untuk flight dan hotel, Traveloka adalah “one-stop travel app” yang menawarkan kemudahan perjalanan/percutian ke Singapore...Nak beli tiket flight atau hotel boleh gna Promo Code Traveloka.. Diskaun hebat dari Traveloka dengan RM50 flat rate discount untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore dengan menggunakan Traveloka samada melalui laman web atau aplikasi dengan menggunakan kupon GOSG .

Syarat-Syarat Promo Code Traveloka

  • Promosi MYR50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID
  • Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod “GOSG” sewaktu pembayaran
  • Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat
  • Tempoh tempahan: 1 September hingga 30 September (Subject to change)
  • Tempoh Perjalanan: Anytime
Wowww diskaun RM50 pun banyak tauu ! Rugi sapa tak grab hehehe.. Juga ada tawaran diskaun sehingga 20 % di Singapore, yang ni tiada kupon diperlukan :)   

2 comments