Weekend Gateway & Buffet Ramadhan At The Settlement Hotel Melaka
Weekend Gateway & Buffet Ramadhan Reviews At The Settlement Hotel Melaka | Salam.. Dah lama tak p Melaka. Hahahaha ewah nipu je.. Actually Melaka lah negeri yang selalu uzu pergi tahun ni... Fuhhhh tak pernah bosan dengan Melaka.. Melaka banyak tempat menarik, banyak tempat makan yang sedap-sedap, banyak tempat bersejarah, hotel pun banyak cantik-cantik haaa salah satu daripadanya mestilah The Settlement Hotel Melaka :)
Perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Melaka mengambil masa lebih kurang 2 jam menaiki kereta. Untuk perjimatan yang berkesan, sila tong tong dengan member, so ke Melaka, uzu cuba bayar RM20 je untuk minyak dal tol return KL-Melaka... Murah kan? Hihi Alaaa nak bercuti dekat dekat je wak :p
Sampai je ke The Settlement Hotel Melaka, Encik Shamsul merangkap wakil daripada The Settlement Hotel menyambut ketibaan kami.. Hihi Memandangkan perjalanan jauh, kami check in dalam bilik masing-masing :)
Sampai je bilik tiba-tiba nampak patung comel kat atas katil ! Arghhhh terus lari ke katil ! Comelnye alahai patung ni... Siap ada nama uzu lagi kat atas katil .. Hihi seronok tau , happy kiterang semua dengan patung comel ni hahahaha hilang segala penat .
Thank you The Settlement Hotel Melaka
Bilik uzu dan kak min.. Cantik kan bilik ni?
Cermin pun cantik waak hheeheh
Kalau nak tau The Settlement Hotel Melaka pernah menang BEST SERVICES 4 STAR HOTEL(CITY) . Tahniah..
Best kalau bersantai petang-petang kat buaian ni.. hehe
Bekas tempat tidur rajaa raja dulu dulu.. Dengaar cerita king bed ni daah 300 tahun usiaanya..
Yang menarik kat hotel ni, ada villa cantik giler hehehe :)
Masuk je villa comel ni, terus nampak bilik yang cantik gini. ya aauloh bestnya honeymoon sini.. hihi
Kalau honeymoon sini, tak keluar bilik laahh :p
Melakaa memang banyak hotel konsep kayu kayu macam ni.. Fuhhh
Decoration siling, ruang tengok t memang style habis beb..
Ruang lepak lepak nak membaca ke, main congkak ke, nak membawang ke boleh kat sini :p
Tandas dia allahu huhuhu cantik betul :p
Kalau memalam tu boleh lah lepak sini kaat roof top :p
Actually banyak bilik-bilik yang cantik-cantik yang ada di Settlement Hotel Melaka ni, tapi baik korang tengok sendiri kat website .. Kat Settlement Hotel Melaka ada 45 bilik, 4 private villa , tradisional spa, parking free, roof garden dan juga sempena bulan ramadhan ni, The Settlement telah pun menyediakan Buffet Ramadhan bermula pada RM59 sahaja :)
Alhamdulillah kami semua sempat berbuka puasa bersama-sama menjamu buffet ramadhan yang disediakan oleh The Settlement Hotel Melaka ! Makanan semua sedap-sedap. Cuma pedas sikit :D Antara menu-menu yang ada di Buffet Ramadhan Masakan Kampung ialah :
Tengok gambar je boleh nampak betapa sedapnya makanan lauk pauk masakan kampung..hihi.. Haa sejujurnya semua uzu suka menu-menu yang dihidangkan ni... Serius semua sedap-sedap ! Berbaloi sangat kot bayar RM59 boleh dapat makan macam-macam ni.. Ada seminggu lagi nak puasa ni, masih lagi sempat orang-orang Melaka singgah dan makan buffet ramadhan di The Settlement Hotel Melaka haha.. Bila lagi nak fefeling makan kat hotel :p RM59 jee.. RM59 je.. :p
Btw, siapa nak yang ada niat nak cuti kat Melaka, boleh lah stay kat The Settlement Hotel Melaka ni.. Memang uzu rekemen sangat-sangat ! Hotel kat Melaka yang terbaik setakat ni.. Belum pernah lagi uzu dapat patung kat atas katil :p Hahahah poyo tak :p Yang nak nak honeymoon pulak atau nak bercuti dengan family ke, kan? Boleh je.. Yang nak berbuka puasa , nak booking ke boleh contact info kat bawah ye.. Salam :)
Untuk Pertanyaan Lanjut:
Website : https://thesettlementhotel.com/
Facebook : https://www.facebook.com/TheSettlementHotel/
Instagram : https://www.instagram.com/the_settlement_hotel/
Alamat : The Settlement Hotel Melaka
No. 63, Jalan Ujong Pasir
World UNESCO Heritage City Melaka
75050 Malacca
Malaysia
+60 6 292 1133 (General Line) , +60 6 292 4700 (Fax)
General Enquiries : enquiry@thesettlementhotel.com
Reservations : reservation@thesettlementhotel.com
Group & Event Bookings : generalmanager@thesettlementhotel.com , dos@thesettlementhotel.com
0 comments