Sumbangan Nur Ramadhan Sumbangan Ikhlas Dari MAIWP


Sumbangan Nur Ramadhan Sumbangan Ikhlas Dari MAIWP | Salam.. Wahhh dah masuk bulan June lah ! Allah... macam tak perasan je kan dah masuk bulan ramadhan..? Tak lama lagi dah start puasa. Korang dah puasa ganti tak tu? Hahaha sentuh bab puasa , baru teringat pasal ganti puasa! Gilaaaa ! Uzu lupaa ya allah ! Esok ah nak ganti.. Sempat lagi ni hehehe.. Haaa terutama yang perempuan tu confirm kena ganti ye. Jangan ngelat ! Cam uzu ni serius tak ingat sebab tak sedar dah  nak masuk bulan puasa.. 

Fuh bulan ramadhan kembali datang.. Bulan yang dirindu.. Bulan untuk menggandakan pahala.. Kalau bab bulan ramadhan, apa kenangan yang korang rindui? Hihi kalau uzu, rindu family.. Lama uzu tak balik.. Last balik bila eh? Tak ingat.. Rasa macam waktu tahun lepas lah bulan puasa.. 2 minggu balik.. hihi lama tak? Nasib baik bos time tu approved cuti :p

Bila dah masuk bulan ramadhan, banyak aktiviti-aktivti semasa bulan ramdhan yang bakal dianjurkan.. Macam uzu dulu , masa kecik-kecik kan, uzu selalu terima bantuan sumbangan dari kerajaan sebab uzu takde mak dikira anak yatim lah .. Setiap tahun dapat sampai lah umur berpa ntah .. Bila dah besar ni, dah mampu hidup sendiri, dah takde lah sumbangan kan? Hihi waktu kecik-kecik RM100 pun banyak ok. Boleh beli baju raya, kasut, makanan sikit  hehe .. Untuk budak-budak kecik, lagi-lagi anak yatim macam uzu ni kan, bantuan ni sangaat-sangat membantu uzu tau! Maklumlah dulu hidup susah tak mampu. Banyangkan lah seorang ayah nak besarkan anak 9 orang . Denga gaji tak seberapa kan? Uzu berterim kasih yang tak terhingga sumbangan yang uzu dapat setiap tahun.

Hmm bila stay kat KL ni dah, uzu masih respect kepada mana-mana badan terutamanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebab sempena bulan ramadhan yang lepas, pihak Kementerian Wilayah Persekutuan  telah memberikan sumbangan nur ramadhan sebanyak RM150 seorang kepada 1000 asnaf , anak yatim, warga emas, dan ibu tunggal di Lembah Pantai ..

Bukan tu je, sumbangan wang tunai RM30,000 dari Yayasan Wilayah Persekutuan untuk menaik taraf kemudahan Masjid Ar-Rahah, Kerinchi, Lembah Pantai.

Alhamdulillah semoga ada banyak lagi sumbangan untuk Ramadhan yang akan datang ini bagi membantu mengurangkan beban asnaf. Terima kasih MAIWP ! Terima kasih Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan DBKL atas inisiatif ini :)

20 comments