Stress ! Dah 3x Beli Powerbank Di Lazada, Ssemua Dapat Powerbank Fake ! Susah Nak Beza Powerbank Tu Original Atau Fake !
Stress ! Dah 3x Beli Powerbank Di Lazada, Semua Dapat Powerbank Fake ! Susah Nak Beza Powerbank Tu Original Ke Fake ! | Salam... Rasanya dah 5 kali uzu beli powerbank, beli yang original tapi masih lagi tak tahan lama.. Lepas tu beli powerbank pineng kat Lazada , fuhh ketiga-tiga powerbank memang tak dinafikan murah, tapiiiii tak boleh harap ! Haaa 1 full powerbank boleh bertahan 1x cas je.. Lepas tu bila kita dah cas kat fon, fon lak cepat habis bateri.. fuhhh memang tak boleh pakai lah powerbank murah camni. Tobat dah untuk kali ketiga... :(
Hmmm tapi dalam kehidupan biasa kita ni wajib sorang satu kena da powerbank. Tapi uzu ni terlebih wajib kena ada atleast 2 powerbank sebab blogger biasanya 2-3 phone dia ada, belum bab nak cas camera , nak cas go pro, nak cas benda lain, belum lagi member kau tumpang cas :p tak ke pening tu.. So kali ni uzu geram sangat-sangat , serik dah beli powerbank murah :( Better pakai powerbank original, mahal dan ambik yang paling tinggi mAh , 20000 untuk 1 powerbank.
And then, sebelum ni uzu dan survey kat facebook, jenama powerbank apa yang okay? Mostly yang jawab tu mereka jawab Powerbank PINENG Original ! Haa uzu pun pernah beli pineng di lazada sebelum ni, tapi takot juga lah kalau-kalau beli PINENG fake lagi... Nanti tertipu lagi... Hmmm dan ada salah sorang dari kawan uzu kat faceboovk vvyang suggest beli kat Powerbank Shah Alam ! Confirm ORIGINAL !
Bila skodeng website https://powerbankshahalam.com/shop/ , wahh teruja sebab kedai ni ada website sendiri. Macam-macam juga yang diorang jual kat sini antaranvya, Powerbank Pineng Original, Power Socket dan Kabel.. Uzu of coz lah pilih Powerbank :) Ada dua jenis powerbank yang uzu berkenan.
PINENG PN917 20,000MAH
PINENG PN917 20,000MAH - PINENG 100% ORIGINAL!!!- Harga RM90
- Jenis: PN-917
- Kapasiti: 20000mAh
- Warna: Hitam/ Putih
- Berat: 400g
- Saiz: 190mm x 92mm x 14mm
- Boleh cas sehingga 5-10 kali
- Warranty SETAHUN
Powerbank ni macam-macam handphone boleh pakai, cable tuk iphone, untuk android, cable camera dan untuk cas powerbank tu. Uzu dah pakai 3 bulan ni, memang sampai ke hari ni jadi powerbank feberet uzu sebab uzu boleh cas camera, boleh cas iphone dan fon android. Ada 6 lubang tau ! Cuba powerbank ni saiz dia besar sangat-sangat . Hihi uzu tak kisah sebab actually ni backup powerbak kalau-kalau uzu jalan jauh, member nak tumpang cas pun boleh..
PINENG PN969 20,000MAH
PINENG PN969 20,000MAH - PINENG 100% ORIGINAL!!!
- Harga : RM80
- Jenis: PN-969
- Kapasiti: 20000mAh
- Warna: Hitam/ Putih
- Berat: 420g
- Saiz: 163mm x 76mm x 21mm
- Boleh cas sehingga 5-10 kali
- Warranty SETAHUN
Powerbank hitam merah pulak saiz dia kecik hehe. Lebih kurang macam iphone 6s plus uzu. Kalau uzu ada majlis kat luar, uzu akan bawak ni sebab dia kecik, senang letak dalam bag, design pon cantik. Tapi kadang-kadang uzu bawak je dua-dua powerbank ni.. Hihi lagi selamat sebab uzu risau phone cepat habis bateri.. Tanpa phone, susah nak waze, nak booking grab kan? Memang dah hukum wajib semua orang kena ada powerbank :p Lagi-lagi Powerbank Pineng Original dari Powerbank Shah Alam. Dijamin ori :)
Nampak tak kotor kotorr powerbank tu :p Haha tanda uzu selalu pakai powerbank ni :)
Macammana Nak Bezakan Powerbank Itu Original Atau Fake ?
BERAT POWERBANK
Anda juga boleh lihat berat powerbank anda. Powerbank yang terlampau ringan memang sah ianya adalah tiruan. Tapi hati-hati kerana ada juga peniaga yang tidak bertanggungjawab letakkan pasir, magnet, besi untuk nampak ala-ala berat. Anda boleh buka dalam powerbank anda untuk check.
BOARD DAN BATTERY
Cara ini agak payah sedikit, anda harus lihat dan buka powerbank anda untuk lihat sama ada ianya menggunakan board dan battery yang sebenarnya. Jika Pineng, anda boleh lihat battery dan boardnya adalah daripada Pineng. Kebiasaanya mereka gunakan board dan battery tiruan untuk menjimatkan kos. Tapi jika powerbank Pineng anda cepat panas dan berasap, mungkin mereka gunakan board dan battery yang sudah 4-5 tahun yang lepas. Ianya umpama refurbished set. Refurbished untuk battery memang sangat bahaya dan mudah terbakar.
Amaran : Selepas anda buka powerbank (Pineng) anda, anda mungkin akan mendapati cengkamannya agak longgar. Untuk mengetatkannya semula, anda harus guna mesin kilang. Jika tidak mahir, anda tidak digalakkan melakukannya, takut anda rosakkan powerbank anda.
HARGA
Di sini permainan harga boleh dijalankan. Jika powerbank itu dijual terlalu murah seperti RM70 atau RM75 atau kebawah, anda harus periksa kualitinya. Contoh, bayangkan harga kos Original Powerbank sudah RM10. Takkan penjual nak jual RM12 atau RM10. Takkan penjual mahu untung RM0-RM2 sahaja? Penjual pun perlu hidup nak bayar itu ini serta uruskan proses claim warranty anda selama setahun itu. Jadi jika terlampau murah, hati-hati.
Amaran : Tapi ada juga beberapa situasi dimana penjual Klon/OEM set jual harga macam original tetapi ianya adalah produk tiruan. Hati-hati.
➡ Saban hari kami sering dimomokkan dengan produk powerbank Pineng tidak berkualiti tidak bagus dan sebagainya. Kami sudah menggunakan produk Pineng sejak 3-4 tahun yang lepas sehingga kini dan kami tahu dan yakin kualitinya bagaimana. Disebabkan kualitinya yang baguslah kami masih menjual Pineng dari dulu hingga sekarang.
➡ Powerbank yang tak bagus, powerbank mudah meletup, powerbank merosakkan telefon anda, itu adalah semuanya Klon/OEM set. Powerbank murahan itu tiada sistem dan ianya BAHAYA digunakan. Jadi belilah powerbank daripada penjual yang boleh dipercayai dan ambil secara direct daripada Pengeluar.
➡ Harga Powerbank Klon/OEM tidaklah jauh beza, ianya beza cumalah RM10-RM15 sahaja, tapi bagi kami, alang-alang membeli, belilah yang ORIGINAL agar anda dan keluarga anda selamat semasa menggunakannya. Ianya juga LEBIH TAHAN 10x daripada powerbank tiruan. Sumber
Wahai pembaca-pembaca sekelian, wahai blogger-blogger sekian, wajiblah u ols kena ada powerbank original ni okay. 1 pun dah cukup .. Beli lah yang original. Tak yah beli kat Lazada.. Ramai seller tipu. Jangan percaya harga murah RM39 RM49 RM59 yang kat Lazada tu, tak helookkkk tau ! Uzu dah serik. Hihi tak pun korang boleh jadi seller jual powerbank ni. Apaa pun boleh terus contact pic kat bawah okay. Salam :)
Untuk Matlumat Lanjut
Website : https://powerbankshahalam.com/
Facebook : https://www.facebook.com/mygadgetbest2/
Instagram : https://www.instagram.com/powerbankshahalam/\
Direct Whatsapp : linktr.ee/powerbankshahalam
Direct Whatsapp : linktr.ee/powerbankshahalam
1 comments