Tempat Menarik Di Okayama Japan #Day1 | Assalamualaikum.. First at all, uzu nak ucapkan terima kasih kepada Okayama Health Tourism diatas jemputan ke Okayama Health Fam Tour yang diadakan pada 2 - 7 Februari 2018 dan dimanage oleh Nippon Travel Agency Co. Ltd.
Pada 2 hb Feb 2018 bersamaan hari Jumaat, kami semua berkumpul di KLIA pada seawal jam 8 malam disebabkan flight dijadualkan pada jam 10.50 malam menggunakan Malaysia Airlines. Flight dari KL ke Kansai International Airport (Osaka Japan) mengambil masa 6 jam :)
Tiba di Kansai International Airport ( Osaka Japan )
Untuk pengetahuan semua, dari KL takde direct flight ke Okayama so kiterang ambik flight ke Osaka dan naik train menggunakan JR WEST RAIL PASS ( Kansai Wide Area Pass ) , yang ni untuk 7 day unlimited pass. Sesiapa yang nak jimat atau nak cepat, kena naik train . Jimat masa. Hehe.. Selalunya JR WEST RAIL PASS ni digunakan untuk backpacker atau tourist sebab pass ni unlimted..
Harga Tiket : 9400 yen = RM349.00 . https://www.westjr.co.jp/
Untuk ke Okayama guna train, boleh rujuk dan follow yang ni.. Kansai Airport -> Shin-Osaka Station by Haruka-4 --> Okayama Station .. Jepun ni banyak sangat tukar tukar train so korang kena follow lah dan kena rajin rujuk peta..
Sampai je Okayama Station, kami dijemput oleh Okayama Health Tourism team yang mana diorang lah yang orang kuat dalam Fam trip kami kat Okayama ni.. Hehe thank you sekali lagi :) *terharu* . Then, kami bergerak ke Hiruzen Kogen Highland menggunakan van khas. Perjalanan kami agak lama juga , dalam 2 jam.. Sempat lah kami berehat seketika sementara tunggu sampai ke destinasi. Yang penting van ada warmer.Hehe .. Lena tidur semua haha :)
View sepanjang jalan..
Selepas 2 jam.. Akhirnya sampai !! Hehehehe.. Mula-mula sampai kan, ya allah terus excited tengok snow. Hahaha .. Uzu kan tak berapa suka sangat dengan musim sejuk sebab ada pengalaman pahit last trip sebab tak tahan sejuk.. So fikiran tak suka tu jadi excited hahahha berlari-lari bila sampai.. Lantak lah kalau lapar pon .. Nak ambik gambar kat snowww..
Yeahh ini lah hasilnye ya..
Waktu ni tak kisah lah basah pon ..haha..
Lepas berlari-lari keanakan menghilangkan keterujaan yang ada pada diri, Tour guide dah panggil dahh.. Nak g makan lunch dulu.. So kiterang lunch dan solat di Hiruzen Kogen Highland .. Memandangkan ini muslim trip so Okayama Health Tourism dah sediakan tempat makan halal dan tempat solat.. Nasib baik uzu bendera merah..* uhuk*
Makan tengahari di Hiruzen Kogen Highland
Kami makan steamboat..
Syok pula makan macam ni waktu cuaca sejuk.. Dah ler daging dia sedap..
Dessert. Yogurt..
Yang penting restoran ni halal. Hehehe.
Belajar Buat Aiskrim Homemade Di Maniwa Aso-Viva School
Lepas makan, aktiviti pertama kami pada hari pertama ialah membuat aiskrim secara homemade ! Wahhh semua excited sebab kami pun nak tau macam mana buat aiskrim ni ye? Haaa korang pun mesti tak tau kan? Jom lah kita sesama belajar ye.. :)
Info Lanjut :
Lokasi: Hiruzen Kogen Centre, Okayama Prefecture, Maniwa-shi, Hiruzen, Kami-fukuda 1205-197
Harga: ¥600 (seorang) / ¥1500 (satu kumpulan) - Minimum 2 orang dan maksimum 48 orang
Web: www.hkcenter.co.jp/taiken
Info Lanjut :
Lokasi: Hiruzen Kogen Centre, Okayama Prefecture, Maniwa-shi, Hiruzen, Kami-fukuda 1205-197
Harga: ¥600 (seorang) / ¥1500 (satu kumpulan) - Minimum 2 orang dan maksimum 48 orang
Web: www.hkcenter.co.jp/taiken
Maniwa Aso-Viva School
Ni cara-cara buat aiskrim.. Budak-budak mesti suka. Hehe
Bahan-bahan buat aisrim. (Whiping cream, susu, telur itik putih, gula dna vanila)
Cikgu yang ajar buat aiskrim...
Benda penting nak buat aiskrim. Takde jual kat malaysia hehe..
Asingkan telur putih dengan telur kuning.. Sila ikut arahan seterusnya..
Lepas dah ikut masukkan bahan-bahan di dalam bekas yang bulat ni. Tutup rapat..
Bola biru tadi kena pusing-pusing diatas meja selama 30 minit. hehe..
Lepas 30 minit ! Ini lah hasilnya hehe..
Wahhh sedap giler beb ! Uzu tambah 2 3 scoop aiskrim vanila homemade ni :)
Melawat Hiruzen Snow Festival ( Kid Snow Park , Shirakaba no aka )
Aktiviti seterusnya ialah melawat Hiruzen Snow Festival. Sebelum tu kami diminta untuk tukar baju sejuk yang lebih sesuai dan baju sejuk disediakan oleh pihak resort. Penginapan kami pada hari pertama ialah di Kyukamura Hiruzen Kogen.
Info Mengenai Hiruzen Snow Festival
Hiruzen Snow Festival adalah tempat yang sesuai untuk menikmati pemandangan musim sejuk yang indah. Pada waktu siang, para pengunjung boleh bermain dan berlatih bermain salji, belajar bagaimana membuat mini igloos, menikmati mi goreng Hiruzen dan Yokote "yakisoba", bermain di igloos yang lebih besar, dan banyak lagi. Pada waktu petang, kira-kira seribu mini igloos dinyalakan oleh cahaya lilin. Ini adalah lokasi yang hebat untuk dikunjungi dengan rakan atau keluarga. Kanak-kanak dialu-alukan!
Acara ini bermula sebagai hasil hubungan pertukaran dengan Yokote City di Akita Prefecture. Pakar ukiran salji dan peminat igloo akan hadir di Festival Salji Hiruzen untuk menunjukkan kepada pengunjung bagaimana membuat igloos.
Harga: ¥800 (daytrip) / ¥600 (overnight)
Web: www.qkamura.or.jp/hiruzen/ski/
Harga: ¥800 (daytrip) / ¥600 (overnight)
Web: www.qkamura.or.jp/hiruzen/ski/
Hiruzen Snow Festival diadakan setiap tahun. So tahun ni kami bertuah sebab kebetulan trip kami kena dengan snow festival ni sebab tarikhnya pada 4 dan 5 febbruari . Masuk adalah percuma ! Hehe patut lah ramai orang :)
Hiruzen Snow Festival terletak di utara Prefektur Okayama, Maniwa City terkenal dengan kawasan yang penuh dengan rumput hijau, bukit-bukit dan padang rumput. So bandar yang terbesar di Wilayah Okayama juga merupakan tempat tinggal kepada 50,000 penduduk yang mana penduduk memang bersedia untuk berkongsi taman permainan semula jadi dengan tourists.
So kawasan yang paling terkenal di Maniwa ialah Hiruzen, yang mana ada resort ski. Pada musim sejuk, kawasan ini adalah magnet untuk peminat sukan musim sejuk yang berkumpul di dataran tinggi untuk menguji cerun. Kalau waktu musim panas pulak, pengunjung akan datang untuk beat to heat dan menikmati produk tenusu tempatan.
Harga: ¥300 / 2 pusingan , Web: www.khsbicycles.com
Kat atas ni adalah aktiviti-aktiviti kami sepanjang bermain di Hiruzen Snow Festival. Hihi macam-macam benda menarik yang ada kat sini antaranya slider, mountain biking , buat mini igloos dan macam-macam lagi. Yang paling menarik kat sana , buat mini igloos ! Sonok pulak buat banyak-banyak igloos sebab nanti kat bawah igloos diorang pasang lilin. So lilin ni tak padamm tauu ! Sampai malam.. Haa..
Harga: Percuma , Web: www.hiruzen.info/yukikoi
Best pulak tengok diorang buat mini igloos .. Kalau kanak-kanak memang suka buat mini igloos dan letak candle dalam dia. Lepas tu nyalakan semua lilin. Then lilin akan dipasang sehiingg malam ! So vieww malam lah yang cantikkk sangt-sangat okeh.. ! Hihi. Sampaikan kiterang excited tak sabar nak tunggu malam :)
Igloos pada waktu malam.. Sumber
Yeahh setel sudah aktiviti pertama kami.. Wahhh hari pertama dah setel update. Nantikan pulak uzu update hari kedua okay. Hehehe. Hari kedua ativiti yang sangat mencabar mental dan fizikal. Haha tak sabarnya nak update.. Hihi. Oklah.. Tu je lah . Salam. :)
Untuk Matlumat Lanjut
Website : http://www.city.okayama.jp/
Facebook : https://www.facebook.com/healthtourismjv
"Okayama Health Fam Tour ini diadakan dan ditaja oleh Okayama City Government."
45 comments