Road To Agro Tourism Siri-4 Zon Utara By MTC | Sambutan MADA Untuk Blogger & Media Yang Sangat Meriah !! - Road To Agro Tourism Siri-4



Road To Agro Tourism Siri-4 Zon Utara By MTC | Sambutan MADA Untuk Blogger & Media Yang Sangat Meriah !! :  Salam. Perjalanan kami ke Kedah mengambil masa 9 jam dan akhirnya kami selamat tiba di MADA Kedah iaitu dimana penginapan kami berada. MADA menyediakan penginapan yang sangat selesa dan makan minum semua sedap-sedap. Sebelum tu , marilah kita berkenalan mengenai MADA yang merupakan sponser besar dalam Fam Trip kali ini.. Thank you MADA :)

Mengenai MADA

MADA ialah industri peneraju padi yang ada di kawasan utara yang mana salah satunya MADA Kedah yang terletak di Ibu Pejabat MADA,Ampang Jajar, 05990, Alor Setar, Kedah. Selain daripada industri padi tapi juga MADA sebagai peneraju untuk so-sio ekonomi masyarakat peladang di kawasan muda. 

MADA berperanan untuk mentransformasikan industri padi ke tahap lebih moden , cekap dan kompetetif. Bukan tu juga, malah MADA aktif mempegiatkan penglibatan peladang dalam keseluruhan rantaian nilai industri padi dan beras, memaksimumkan pendapatan peladang melalui pelbagai sumber serta memajukan industri peladang sebagai entiti ekonomi yang berdaya saing.

Sejarah MADA

"Pada pertengahan tahun 1967, iaitu setelah kerja-kerja pembinaan berjalan selama satu setengah tahun, barulah disedari tentang ketidaklengkapan perancangan awal. Ekoran daripada itu sebuah Pejabat Pegawai Penyama Projek telah ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian pada bulan Ogos 1967 dan ditadbirkan di Kuala Lumpur. Oleh kerana pejabat ini tidak dapat berperanan dengan berkesan, pentadbiran pejabat ini telah berpindah ke Alor Star pada tahun 1969. Sungguhpun demikian, program pembangunan tidak dapat dirancang dan dilaksana dengan sempurna kerana kuasa eksekutif yang ada pada Pegawai Penyama adalah terbatas disebabkan perbezaan bidang kuasa yang wujud di antara beberapa Jabatan Negeri dan Persekutuan. Sementara itu pula, kedua-dua Kerajaan Negeri Kedah dan Perlis menghadapi kesulitan untuk menanggung perbelanjaan pembangunan serta perbelanjaan operasi dan penyenggaraan projek.

Oleh itu, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah badan berkanun bagi menggantikan Pejabat Pegawai Penyama Projek. Pada 30 Jun 1970 lahirlah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda di bawah satu dekri darurat dengan nama mula iaitu Pihak Berkuasa Kemajuan Pertanian Muda. Perasmiannya telah dilakukan oleh Allahyarham Tun Hj. Abdul Razak Hussein selaku Pemangku Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengarah Gerakan di dalam satu upacara di Bangunan Balai Besar, Alor Star, Kedah Darul Aman.

Penubuhan MADA telah diluluskan oleh Parlimen di bawah Akta 70, Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, Tahun 1972." - sumber

Dengan bangganya , uzu mengucapkan tahniah atas kejayaan yang telah di capai oleh MADA dalam meningkatkan lagi industri padi dan beras.. Juga terima kasih atas sambutan pihak MADA di dalam lawatan kami ke MADA dalam FAM TRIP , Road To Agro Tourism Siri-4 Zon Utara By MTC. Sambutan yang sangat meriah disusuli dengan aktivti-aktiviti yang mencuit hati !
Pihak MADA sediakan dua aktiviti iaitu menangkap ikan dan menanam padi !
 Blogger-blogger  dan media yang bersiap sedia dengan acara menanam padi. Are you ready guys? hehe
 Blogger dan media untuk acara menangkap ikan ! OMG excited nya hehe
 Acara menangkap ikan dah starttt !! 
 Blogger Hasif dah mula nak berjoget kat dalam lumpur haha
 Yeahh Blogger Madi dah dapat ikan :p
 Blogger yang lain dah start juga menanam padi..
 Blogger Amir pulak hahahaha dah menunjukkan bakat terpendam beliau ! Pemenang pertama tau dia ni ha :D
 Pemenang kedua dan ketiga aktiviti menangkap ikan kat dalam selut !

Yeahhh dah setel semuanya ye. Memandakangkan azan maghrib dan mula kedengaran so pihak MADA meminta kami semua membersihkan diri , masuk hostel dan makanm malam.. So Tamatlahh sudah aktiviti pertama kami pada hari pertama.. Terima kasih MADA atas sambutan dan aktiviti yang sangat meriah dan menghiburkan hati ! Sampai sini je dulu. Nantian hari kedua pulak. Salam..


Untuk Matlumat Lanjut

Alamat :
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
Ibu Pejabat MADA,
Ampang Jajar,
05990 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

Tel : 04 – 772 8255
Faks : 04 – 772 2667
Email : promada[at]mada[dot]gov[dot]my

1 comments