Cara Tukar Kad Pengenalan Yang Hilang Melalui Online 2018 (myeg)
Cara Tukar Kad Pengenalan Yang Hilang Melalui Online 2018 (myeg) | Salam.. Uzu ni dah banyak kali hilang ic.. Kali ni kess dompet koyak pulak dah.. Sebelum ni banyak juga kad yang jatuh tapi dapat diselamatkan , means waktu nak cucuk duit kat ATM, masa nak bukak wallet nak ambik kad atm tu kan kan kan, ada beberapa kad atm yg lain jatuh.. Nasib baik perasan.. Tapi waktu tu IC ada lagi.. Haa dan dan je tak tau bila IC ni hilangg.. Aduhaiiwakkk..
Dah sebulan lebih juga uzu diam jap. Nak p report, cam takde masa. Dengan denda yang beribu kalau lebih 3x hilang.. Tu yang uzu senyap sebulan semata-mana nak cari IC tapi tak jumpaa! Haaaaa risau lah lama-lama xde IC ni,kang kena tangkap lak... Nasib baik lak tempat nak buat polis report dekat dengan rumah.. Singgah lah selepas habis kerja.
Wakkktuuu uzu nak cek harga denda ic hilang lebih 3 x , uzu ada terbaca yang boleh buat apply ic baru melalui online? Haa terus uzu klik website tu. Rupanya kat myeg. Serius lah tak pernah tahu ! BUkan takat IC je kan boleh, nak renew lesen ke, insurans ke, nak cek saman jpj ke ,saman polis ke saman , nak cek berkaitan passport dan macam-macma lagi.. Kiraaa macam ni UTC online, haha semua ada.. Gitohhhh.. Sesuai lah dengan uzu yang takde masa nak p JPN waktu bekerja ni..
Bila dah apply kat myeg, dah bayar nanti tinggal ambik je. Setel! So siapa yang hilang ic ke atau apa-apa benda nak buat, boleh rujuk myeg.
Cara-Cara Mohon Ganti Ganti Kad Hilang Di myeg Melalui Online 2018
2. Daftar https://www.myeg.com.my/register
3. Pilih perkhidmatan yang ada. Uzu pilih JPN sebab nk buat IC ..
4.Isi matlumat lengkap. Pilih lah nak tukar ic sebab hilang ke, nak tukar cip ke, kita tukar alamat baru ke dan apa-apa lah ... Kalau uzu pilih yang "Replacement Due Loss" . Fuhhhh lebih 5x hilang, ada compounddd okehh!
5. Lepas tu nanti pilih lah kat mana nak collect kad baru tu.. Tapi bab hilang IC ni tak boleh wakil so kena tuan punya IC yang ambik sendiri sebab nak cop cari..
6. Lepas tu uzu buat pembayaran melalui online. Setahu uzu, denda hilang IC kali ketiga RM1000 tapi bila melalui myeg ni, dia just tunjuk amount RM133 macam tu je.. Mungkin lebih 5x hilang baru ada denda kot rasanya.. UZu tak pasti tapi nanti uzu tanya JPN camne..
7. Lepas buat pembayarn, selepas 20 minit , kalau status masih bukan selain "succesfull" , sila tunggu 3 hari. Sebab lepas uzu buat pembayaran online.. Dalam sehari dua status "refund" . Myeg dah terima tapi JPN belum terima pembayaran tu.. Jangan panik lahh sebab duit dah deduct tapi kat status payment dia tak tulis successfull ke ape kan.. Haaaa.
8. Lepas simggu 4 5 hari, IC dah siap. Kena rajin setiap hari status permohnan kad pengenalan kita kat online.. Kalau tunjukkan status "kad sedia dikutip" , maksudnya dah siap.. Uzu dah ambik semalam. Fuhhhh tak sampai 5 minit dah dapat kad. Tu je perkongsian uzu untuk hari ni . K lah salam.
5 comments