Restoran Makan Malam Romantik Di Kuala Lumpur | Restoran Berputar The Federal Hotel KL | Salam.. Alhamdulillah uzu merasa juga pengalaman dining di restoran berputar di The Fedeal KL, memang best sangat-sangat ! Memula datang, tak tau pun ada restoran berputar kat atas tu.. Bila dah sampai atas, memang teruja.. Jom kita layan gambar-gambar uzu kat sana :)
Bintang Revolving Restaurant
View waktu siang
View waktu malam..
Best nampak view KLCC dan Menara KL :)
Fine dinning secara group..
Fine dining untuk couple pun ada..
View malam pulak.. Subhanallah cantiknya :)
Jom kita layan gambar makanan pulak :D Main course kat sini sedap-sedap tau !
Bintang Revolving Caeser Salad RM33
Avacado Crab Meat Salad RM30
Provencal Creamy Lobster Bisque RM28
Wild Musroom Soup RM23
Grilled Mustard Rack of Lamb RM65
Spaghetti With Prawn Creamy Salted Egg RM45
Bintang Revolving Chicken Maryland RM 45.00.
Salmon Fillet RM68
Charcoal Chicken Burger Deluxe RM30
Untuk makanan kat sini, memang sesuai makanan ni dengan kesedapan yang tepat dengan vieww yang cantik, membuatkan dinner romantik di restoran berputar The Federal Hotel KL ni sangat istimewa ! Untuk makanan kat sini uzu bagi 5/5 bintangg ! Memang sedapp :D Kembung perut uzu rasa semua makanan-makanan ni hahahaha..
So sesiapa yang nak cari makan malam romantik? atau cari restoran berputar di area KL ni, memang sesuai lah korang try kat The Federal Hotel KL .. Just parking kat Lowyat je kalau nak senang dan murah harga parking.. Hihi so untuk info lanjut mengenai restoran ni boleh contact details kat bawah ye.. Salam :)
Website Untuk Sewa Kereta - RIDEASY.MY | Salam. Haaaa jujurnya ini kali pertama uzu tengok ada website khas untuk sewa kereta.. Tak tau lah kalau memang ada.. Tapi selalunya , uzu kalau nak sewa kereta , selalu cari kat google, selalu cari kat hashtag #keretasewamurah , sebab tak tau wujudnya website khas untuk sewa kereta.. Haaa kerlas tak? Mungkin wujudnya website macam ni, akan lebih mudah dan senang customer macam uzu nak cari kereta sewa.. Hihi..
So nak tau apa website tu? Yeahhh website tu ialah https://rideasy.my/ !! Wahhh terbaik lah RideEasy!! Memang satu website yang sangat berguna di masa akan datang ! Nak cari kereta sewa, just masuk website https://rideasy.my/ dan boleh pilih kereta yang korang nak! Siapa ada harga sekali.. Hihi..
Apa itu Ride Easy?
https://rideasy.my/ adalah website satu-satunya yang website online yang menyediakan servis kereta sewa .. Ride Easy bermula pada August 2016 dan telah beroperasi website nya bermula pada hari ini selepas majlis pelancaran Ride Easy yang dirasmikan oleh CEO Ride Easy iaitu CEO Nizran Kudus dan partner Rizal Mukti.
CEO Nizran Kudus
Ride Easy platform nak sewa kereta directly dari owner.. Mostly sebelum ni , kereta sewa kita sewa kat agent kereta sewa so customer tak direct dengan owner kereta so bagus lah kalau dapat direct pinjam kereta denga owner ... Kita pun boleh kenal siapa owner kereta tu..
Actually kan, rupanya Malaysia adalah negara yang kedua tertinggi yang jual kereta dengan harga tinggi.. Dibawah adalah perbandingan antara Malaysia dan Australia ! Haa terkejut tak? Tadi uzu pon terkejut, betul ke Malaysia second higher prizes yang jual kereta dengan harga mahal? Rupanya itu halikatlah.. Untuk contoh sebenar, boleh tengok gambar ni..
Bayangkan kat Australia dan Malaysia.. Harga dua(2) biji Honda Civic kat Malaysia sama harga dengan 22 bijik Honda Civic kat Malaysia.. Wahhhh banyak juga tu kan?? Fuhh bayangkan lah ..Betapa murahkan kereta di Australia berbanding kat Malaysia..
So mostly kereta-kereta mahal ini akan menyebabkan kita menghadapi masalah susah nak bayar kereta dengan harga kereta yang tak masuk akal.. Ada statistik mengatakan bahawa orang muda yang paling banyak bankrup pada zaman ini disebabkan oleh kereta.. Haa so untuk mengelakkan benda ni jadi, boleh lah cari side income untuk cover untuk komitment bulanan kereta korang..
Nak bagitau, Ride Easy sekarang buat offer car owners untuk letak kereta korang kat website https://rideasy.my untuk diiklankan sebagai kereta sewa.. Uzu rasa yang ni macam best je kan, daripada tak guna kereta tu kan, boleh letak kat website Ride Easy dan korang just tunggu income dari website ni je.. Apa yang uzu suka mengenai website ni, untuk car owners, secure antara korang dan penyewa sangat secure lah ! Ada insurans dan sebagainya ... Surat agreement sewa kereta pun tak payak car onwers buat, Ride Easy memang dah sediakan agreemnt tu dalam website , korang just print the slip form the website after make a payment.. Hihi..
Cara-Cara Sewa Kereta Menggunakan Website RideEasy
Just masukkan alamat korang , bila nak pinjam dan bila nak pulangkan..
Haa tuu macam-macam jenis kereta ada.. Siap ada harga sekali..
Ok uzu nak sewa kera Myvi ni.. Sebab ni je murah hahahaha..So, Request This Car ..
Haa kalau nak sewa kereta ni, kena SIGN UP dulu.. Isi matlumat dan sign up.. Lepas sign up baru boleh sewa kereta ni.. Dengan profile korang, maka akan secara automatik tersedia slip dan agreement yang perlu korang print dan tunjuk kepada car owner sebelum ambik kereta. Then agreement kena sign kedua2 belah pihak. Setel :)
Haa apa yang uzu rasa best untuk website ni ada service fee, ada security deposit , sebagai car owner, untuk pastikan kereta kita yang disewakan adalah selamat dikembalikan, that why lah ada deposit bagai.. Insurans pun ada.. Haa cane best tak? Siapa yang nak sewa kan kereta kat website ni boleh tengok matlumat lanjut kat https://rideasy.my
CEO Nizran Kudus dan partner Rizal Mukti.
Kalau nak show off kereta masa raya kan syok ni :p Sewa kereta mewah kat sini hehe
Cantikyaa model :p
So untuk nak tau macam mana nak sewa kereta, macam mana nak letak kereta korang kat website, atau nak tau apa yang rideasy offer untuk car owner, boleh lah contact info kat bawah okay? Salam :)
MY ORGANIK MINYAK KELUARGA : Penawar KAHAK, BATUK, ASMA DAN SELESMA untuk bayi anda ! | Assalamualaikum . Salam sayang kepada semua pembaca.. Nak bagi tahu pasal Minyak keluarga tapi teringat pula kisah dulu masa zaman belajar dulu-dulu. Pernah sekali jaga anak seorang kawan ni sebab kawan ni pergi ambil sorang kawan lagi balik dari kerja cuaca masa tu hujan kuat dan guntur pula sambung menyambung dan masa ni lah kaka mu tini ditinggalkan bersama seorang kawan di rumah bersama anak kecil dia. Si uzu yang baik Hati pun tolong lah jaga baby Acha..
Dah mamy dan daddy baby Acha takda masa tu maka kak uzu pun keluarkan lah kepakaran sebagai seorang kakak yang berpengalaman menjaga anak kicik.. Yeah bebeh yeah..!! ( macam angkat bakul sendiri pun ada kan.. )
Malam tu Baby acha nanges tak henti.. Macam-macam cara dah buat tapi masih nak nanges juga. Alhamdulillah tak lama Baby Acha nanges Mamy Acha dah datang tenang kan Acha..
Ni kalau Minyak Keluarga ada masa tu dah semestinyaa masalah Baby acha cepat jak selesai. Jadi Si Uzu ppun tidak mahu lah kamu ketinggalan kan ni INFO untuk Kamu Pasal MINYAK KELUARGA ni ...!!
Memperkenalkan..
Bahan-bahan my Organik minyak keluarga..
Cara-Cara Pakai Minyak Keluarga..
Haahh..!! Yang Ni menarik,, Testimoni yang positif daripada pelanggan Minyak Keluarga.!
Siapakah Minyak Keluarga? Diedarkan oleh Syrikat SF PRO MARKETING di bawah jenama MrOrganik. Beroperasi di Berjaya Park Shah Alam. Juga Mengeluarkan Spray Khas untuk sakit Kulit ekzema. Gambar dibawah ni ialah Founder Minyak Keluarga Beliau..
Shazrin Ezanee
CEO / Founder - MrOganik Malaysia
Harga. Harga untuk 1 unit..
Harga untuk 2 unit..
So seiapa yang ada bayi, uzu syorkan untuk pakai minyak keluarga ni insyallah masalah selesama, batuk, asma dan kahak akan dapat dirawati :) Siapa yang nak try , nak beli minyak keluarga boleh contact info kat bawah ye.. Salam..
[CONTEST COPYPASTE - SYARAT DIUBAH ] Menang Wang Tunai RM1100 by PH x Emas Putih | Salam.. Ok untuk CONTEST WANG TUNAI yang ini KLIK , uzu dah jalankan beberpa minggu tapi tak sampai 20 orang yang join so tidak mencapai piawaian pihak sponser nak, mungkin kerana SYARAT CONTEST adalah nak review dan kemungkinan bagi korang OK, tapi mungkin tak ok.. So far uzu buat contest copypaste, selalunya 200-400 yang join so ini contest ini uzu nak minta maaf sangat-sangat sebab nak ubah syarat kepada syarat yang lebih mudah.. Iaitu contest just copy paste code html je..
Terima kasih kepada 18 perserta so far ! Entry yang korang review semua best best tapi jangan risau sebab untuk 18 orang buat review ni, diorang uzu akan masukkan di dalam list TOP 3 iaitu hadiahnya..
Winner Best Review
Cash RM300 x 1
Second Best Review
Cash RM200 x 1
Third Best Review
Cash RM100 x 1
Dan untuk hadiah random yang lain, uzu akan buat SYARAT COPY PASTE je so uzu olah sedikit syarat ni supaya ramai orang join.. Mungkin syarat sebelum ini terllau beratt sikit sebab perlu review untuk mengolah dan mungkin korang takde masa nak join so thats why uzu ubah syarat sekarang.. Hadiah random RM50 x 10 pemenang uzu kan berikan kepada peserta contest copy paste ye..
Random Winner x 10
Cash RM50 x 10 pemenang
[ S Y A R A T - S Y A R A T C O N T E S T ]
1. Buat satu entry bertajuk " Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet "
2. Copy CODE HTML ni , dan paste di HTML post entry korang !
3. Tinggalkan link entry contest korang di ruangan komen post entry ini.
T E M P O H C O N T E S T
6 Nov 2017 - 26 Nov 2017
Salam.
Tioman Island Conservation Day 2107 (TICD2017) | Salam.. Alhamdulillah impian uzu nak datang ke Pulau Tioman tertunai bila dapat jemputan ke Pulau Tioman sempena Tioman Island Conservation Day 2017 yang berlangsung di Berjaya Tioman Resort pada bulan lalu. Alhamdulillah rezeki sangat-sangat sebab pat p Pulau Tioman dan stay kat Berjaya Tioman Resort pulak tu ! Hihi.. Bertuah sangat-sangat sebab menjadi salah satu blogger untuk menyelemat bumi ! kehkeh .. Datang ke Tioman Islan bukan suka-suka eh tapi ada misi amal iaitu TICD2017 , together we save earth tagline dia :p
Penginapan Kami 3 Hari Malam Di Berjaya Tioman Resort
Inilah penginapan kami..
Cantiknya resort diperbuat daripada kayu.. Nampak mahal..
View dalam bilik.. Dapat queen size . Sharing dengan Neyra Shazeyra.
Keluar je bilik memang dapan pantai .. Syok kan santai-santai?
Lepak kat sini memang syok
Kalau tak nak mandi laut, mandi swmming pool..
Kalau anak-anak nak mandi pun kita boleh pantau dari sini..
View laut yang mengoda.. Hihi..
Yang ni best! Jakuzi.. Hihi first time ber-jakuzi..
Rasa sedap je badan berjakuzi ni sebab ada blup blup blup air yang urut hahaha
Kalau haus tu boleh order minuman kat tengah-tengah pool..
Berjaya Tioman Resort ialah syurga tropika yang mana kaya dengan batu pantai yang pasir keemasan, ada kawasan perairan yang bersih, kaya dengan kehidupan marin , gunung ganang yang yang menjadikan pemandangan di Berjaya Tioman Resort adalah sangat-sangat cantik untuk dikunjungi... Pelbagai jenis bilikyang ada di resort ini antaranya :
Jenis-Jenis Bilik Di Berjaya Tioman Resort
Standart Chalet
Superior Chalet
Deluxe Chalet
Standart Quad Chalet
Junior Suite
Deluxe Tripplet Chalet
Juga pelbagai jenis kemudahan yang uzu perhatikan di Berjaya Tioman Resort membuatkan uzu fall in love wih this resort !! Resort ini ialah tergolong dalam 4 star resort, ada 268 bilik dan suites, ada area untuk smoking, setiap bilik ada balcony sendiri, bilik dilengkapi dengan airconditioning, cable tc, IDD handy phone, safe deposit box, hair dryer, Iron, In-room mini fridge, dan tea / coffee .. Semuanya lengkap kat sini dah uzu bagi 5/5 bintang untuk kemudahan kat sini :)
Selain itu, kemudah yang lain untuk servis yang lain juga ada antaranya :
Untuk ketempat ini, uzu dan rakan-rakan blogger dan media menaiki kemudahan yang disediakan iaitu boat transfer dari Jeti ke Pulau Tioman .. Bot yang kami naiki adalah bot yang sangat selesa.. Ianya seperti 5 start boat transfer :) Hihi..
Tioman Conservation Day 2017
Together we save earth ! Program kami adalah untuk menyelamatkan bumi iaitu menyelamakan coral-coral yang makin pupus, so kami telah pun bertungkus lumut membina rumah baru untuk pembiakan coral-coral supaya kehidupan marin di sekitar perairan Berjaya Tioman Resort tidak pupus !
Hari pertama, aktiviti kami untuk TICD2017 adalah membuat structure ! Membuat structure boleh pelbagai jenis structure iaitu daripada besi, kayu, batu.. Kami memilih untuk daripada besi! Besi yang disediakan , kenalah dibersihkan, dicat dan sebaginya.. Selepas itu,
Proses mengecat structure dan keringkan..
Tengah gigih buat jaring untuk structure .. Bukan senang ye.. Jaring kena ketat !
Uzu dan neyra kena buat structure kecik ni tapi hehehe susah juga..
Proses memotong jaring, proses ikat jaring ke structure kena kemas dan kuat..
Proses mengecat stucture besar !
Keesokan harinya, structure yang dah siap akan ditanam di dasar laut :)
Hari kedua adalah majlis pelacaran TICD2017.. Pelbagai pihak yang join program ini antaranya Media, Blogger, para-para diver, budak sekolah, dan macam-macam lagi... TICD menuju kemundak pada hari kedua iaitu hari Sabtu.. Acara penyerahan structure kami kami bina untuk tanam coral akan diberi kepada diver-diver untuk dibawa ke dasar laut ! Smentara diver-diver dive untuk tanam coral dan sebagainya, kami para-para blogger dan media beralih ke kawasan menanam pokok kelapa ! Ini juga adalah salah satu aktiviti "together we save earth" untuk TICD2017 kali ini..
Bangga pulak rasa.. Hiihii
Best juga main tanam-tanam pokok ni kan.. Rasa love nature sangat ! :D
Cepat lahh tanam ! Panas kat sini .. :D
Pada sebelah petang, aktiviti diteruskan dengan mengutip, memungut sampah sekitar Berjaya Tioman Resort.. Wahhh kerja amal yang tak pernah buat ! Ini first time uzu buat kerja-kerja macam ni.. Terima kasih Berjaya Tioman Resort anjurkan program macam ni :)
Sampahh ..
Bergaya siap dengan sampah pun ok kan :D
Selesai suda acara kami untuk TICD2017 kali ini.. Hihi.. Pada malam terakhir kami, ada diadakan DIVER NIGHT, majlis penutupan lah kekdahnya.. Meriah lah majlis penutupan TICD2017 .. Leboh 200+ yang ada pada malam tu .. Diver-diver yang ramai.. Siapa ada persembahan tarian, nyanyian, ada lucky draw yang boleh menang penginapan di dalam negara dan juga luar negara!! Wahhhh seronok tapi takde rezeki uzu.. Hehehe..
Apa pun, uzu enjoyy dengan TICD2017 dan berharap dapat join untuk TICD untuk next program! Jangan lupa jemput uzu tauuu hihi :p Salam.
Formerly known as a Emas Putih (www.kisahemasputih.com) | 32 years old | Married | Blogging since 2009 (13 years ) | Love Travels | Brand Ambassador | Social Media Influencer
Air Asia | Air Asia Go | Tourism Japan | Tourism Malaysia | Samsung | Philea Mines Resort | Shurah | Sunsilk | Tonton | Media Prima | Swarovski | Himalaya | Yeos | Dr. Ko | Tonton vip | UPM | Uniten | Nivea | Lazada | Mcd | KFC | Honda Malaysia | Cosmoderm | Legoland Malaysia | Loreal | Celebrity fitness | Cimb bank | Booking.com | Isuzu | Flavettes | Chek Hup | SCS Butter | Mahkota | Dairy Champ | Safi | Hershey's| US Pizza | My News | CU Mart | Tasneem Natural | Gamuda | Brother Machice | Das Abdul | The Manhattan Fish Market | Food Panda | Aik Cheong | Litte Home | California Raisin | PG Mall | Guardian |