Suds And Latte Cafe : Cafe Yang Berkonsepkan Dobi (Laundry Cafe) | Salam. Bila bercakap pasal p dobi ni, uzu memang sejenis student yang acah acah busy dan malas sangat nak basuh baju sendiri waktu kat hostel. So uzu dan roomate selalu lah p dobi tengah malam.. Time tu lah dobi 24 jam tu aman sangat.. Takde orang.. Asal p dobi, mesti cari lepak kedai makan.. Tak pun p drive thru mcd sementara tunggu baju dah siap basuh.. Baju dah siap kering.. Kan bosan menunggu tu? Memang rasa macma nak kunyah kunyah je... Tapi kekadang tu kan, kedai tutup.. Memang krik krik krik je lah dalam kereta berjam..
So bila ada laundry cafe ni, ada dobi dan ada cafe, rasa macam wahh takde lah bosan sangat kan nak tunggu baju siap. Kekadang tu tak sedar masa berlalu.. Makan tak habis lagi, baju dah siap basuh.. Bila ada laundry cafe yang macam ni.. Uzu sangat kagum ! Tahniah kepada sang punya idea, Puan Zalina..
Wahhh cafe dia ni ha bukan main lagi. Ala-ala hipster dia punya deco..Simple dan nice laundry macam ni . Puan Zalina kata, dah berzaman buat bisnes dobi ni dan customer kerap tanya " akak ada jual air tak kat sini? Ada jual makanan tak? SO dari situ lah Puan Zalina disitulah terhasilnya Suds And Latte Cafe.. Yang nak mendobi, boleh letak minum kopi... sesambil sembang dengan member. Cafe ni pun ada tempat duduk di dalam dan diluar. So yang nak merokok tu mohon merokook kat luar ye :p
Suds And Latte Cafe baru sahaja di rasmikan pada 7 may yang lalu, awal bulan lepas, makkk aihhh dah lama sangat dah launch.. Memang meriah majlis perasmian sebab ada artis popular, Aiman Tino, Sufian Suhaimi, dan pengacara majlis ialah Ikhwan Kool FM .. Juga di dihadiri pelbagai media, bloggers dan anak yatim yg dirai
Dah setel bab dobi. UZu nak cerita bab cafe pulak.Cafe ni menu makanan dia like western fusion food. Makanan western diolah selera Asia bercirikan homemade food. Antara menu yang ada di Suds And Latte Cafe contohnya ialah Thai Beef Salad, Pasta Pesto with beef, Spaghetti Carbonara with chicken, Turkey Lingonberry Sandwich, Eggs Benedict, Shrimp Taco (with guac and fries), Beef Taco (with Sriracha and fries), Beef Taco Burger. Ada sebilangan menu disini diinspirasikan dari Puan Zalina sendiri .. Mesti sedap kan resepi Puan Zalina?
Kalau di tanya, apakah signature makanan kat cafe ni dan menu yang wajibb korang tryyy, haa menu tu ialah Puding Jagung !! Sebab ape?? sebab...resepi turun ni adalah temurun dari keluarga Puan Zalina sendiri. Resepi ini berusia lebih 50 tahun. Wahh patut sedap semacam :)
Btw kalau sesiapa nak p Laundry Cafe ni , boleh datang ke alamat di bawah ye.. Yang duduk Damansara, meh meh datang ke Suds And Latte Cafe . Lokasi memang sangat stratergik so uzu harap semoga bisnes Laundry Cafe ni dimurahkan rezeki, semoga banyak pelanggan , semoga banyak return customer dan kalau dah berjaya nanti, jangan lupa kami semua ni ye.. Hihi ok lah tu je..Salam..
Lokasi:
3-1, Jalan PJU 7/7A, Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya, Selangor
(bersebelahan dengan kedai makan Selera Impian)
Waktu Operasi:
10.00 pagi – 10.00 malam
(Tutup Isnin)
Tel: 03-77321771
Facebook Rasmi:
Instagram Rasmi: