Tempat Menarik Di Pulau Pangkor : Masjid Terapung - Masjid Al-Badr Seribu Selawat
Tempat Menarik Di Pulau Pangkor : Masjid Terapung - Masjid Al-Badr Seribu Selawat | Salam. Siapa kata kat Pulau Pangkor tak best? Hihi jom lah tengok gambar masjid terapung pulau pangkor yang juga di kenali sebagai Masjid Al-Badr Seribu Selawat.
Info Mengenai Masjid Al-Badr Seribu Selawat Pulau Pangkor
Pembinaan Masjid Al-Badr Seribu Selawat di Pulau Pangkor, Perak bukan saja boleh diibaratkan sebagai monumen baru yang melambangkan martabat seni bina dalam pembinaan masjid di negara ini, malah ia membawa kepada penambahan produk pelancongan di pulau itu.
Ini kerana bukan saja menjadi tempat beribadat, masjid terapung di Kampung Teluk Gedong itu menjadi salah satu lokasi kunjungan wajib pelancong dalam dan luar negara.
Dibina pada 7 Mac 2014 menggunakan unsur kesenian beridentitikan Perak dalam setiap hiasan dengan keluasan 1708.8 meter, masjid itu siap sepenuhnya pada Oktober tahun lalu.
Masjid terapung yang dibina dengan kos bernilai RM11.7 juta itu turut mengetengahkan identiti Perak pada setiap geometri hiasan dalaman pada dindingnya.
Masjid yang mampu memuatkan 1,500 orang dalam satu masa itu dirasmikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 8 Jun lalu.
Istimewa Masjid Al-Badr Seribu Selawat itu bukan saja menjadi masjid terapung pertama di Perak, malah ia diilhamkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga anak jati pulau peranginan itu.
p/s : Uzu actually takde apa nak tulis, takde mood nak menulis tapi membuak-buak nak update entry. So sebelum nak p kerja, publish entry ni jap.. Hihi gambar je banyak .. InsyaAllah nanti uzu update lagi info mengenai Masjid Al-Badr Seribu Selawat okay?
2 comments