VEST Adalah Satu Pertandingan Untuk Mengasah Bakat & Kemahiran Keusahawanan Para Mahasiswa

VEST Adalah Satu Pertandingan Untuk Mengasah Bakat & Kemahiran Keusahawanan Para Mahasiswa | Salam. VEST .. Memang first time dengar mengenai VEST. Nak tau juga kan apa benda lah kan VEST ni ? Haaa VEST is stand for VARSITY ENTREPRENEURSHIP SKILL & TALENTS (VEST). VEST ni kan pertandingan keusahawan yang melibatkan para mahasiswa, student student tak kisah lah engkau ni IPTA ke IPTS ke kan, boleh join lah.. 

VEST ni bakal pertandingan yang bakal melibatkan lebih dari 1000 orang student, macam yang uzu kata tadi, tak kisah dari mana, IPTA ke kan.. IPTS ke, semua boleh join.. Apa yang pihak pneganjur target ialah VEST ni bakal melibatkan 20 buat institusi pengajian, harap-harap politeknik pun dalam senarai.. Sebab uzu ni kan study poli waktu diploma dulu.. :D So dengan penyertaan ini akan terbentulah 200 idea dari pelbagai mahasiswa dari pelbagai institut. 

Program ini mengambil masa lebih 6 bulan.. So dalam tempoh 6 bulan ni, macam-macam aktivti yang dijalankan sebelum pertandingan dimulakan.. Pertandingan ini akan adakan 6 bulan kelas intensif, coaching, pendedahan dan penilaian.. Kemudian , ada pembelajaran mengikut silibus, ada tugasan disetiap peringkat, lebih dari 20 jurulatih pernigaan yang akan membantu para mahasiswa, 3 penilaian business pitching, pemindahan pengetahuan dari pakar perniagaan, memfokuskan perbincangan 6 kumpulan dan tak lupa juga ada karnival VEST di penghujung pertandingan..

Di pengakhirannya , akan di adakan Karnival VEST selama dua hari ..Ka situ lah nanti majlis penyampian hadiah RM25000 ok untuk tempat pertama, terus boleh bercuti kat Maldives wei !! Haa so Karnival VEST itu nanti ada Gala Night Vest.. Wahh kerlas ! Rasa macam nak join je kan Mala Gala tu.. KOt kot junior korang yang menang !! Kehkehkeh .. 

Oh sebelum terlupa, VEST ni adalah adalah satu program stratergi lautan biru kebangsaan (NBOS) dan pemacu  kepada Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi melonjakkan inspirasi  negaraku..

Antara Rakan Stratergik VEST..
Bukan saje-saje VEST  ni dibuat, semestinya pihak penganjur ada objektif memasing antaranya adalah untuk membantu anak-anak siswa untuk ke arah lebih maju di masa akan datang..

Objektif VEST 

  • Memupuk dan melahirkan usahawan di kalangan pelajar universiti awam tempatan 
  • Membangunka nilai-  nilai keusahawanan dikalangan pelajar melalui bimbingan dan ilmu kemahiran keusahawanan  
  • Menawarkan peluang perniagaan serta mengukuhkan dan mengembangkan perniagaan sediaada secara lebih sistematik dan dinamik
  • Menyampaikan maklumat berkaitan agensi-agensi keusahawanan yang  menyediakan kemudahan pembiayaan, latihan, akses kepada pasaran, kemudahan infrastruktur dan sebagainya
  • Mencipta peluang pekerjaan di pasaran dalam pelbagai sector.
Sesiapa yang nak join, semua boleh join.. So yang bergelar pelajar siswa dan siswi, kalau korang dalam ambik course perniaagaan, memang layak lah anda ! So cabarlah diri sendiri, ajak kengkawan korang , bagitau lecturer korang, yg korang nak join :)

TERMA & SYARAT
UNIVERSITI
  • Pertandingan keusahawanan ini terbuka kepada semua UniversitiAwam (IPTA) dan Swasta (IPTS) di Malaysia :
  • Minimum 10 pasukan bagi setiap universiti yang bertanding
  • Unit Keusahawanan bertindak selaku penyelaras program di peringkat universiti
  • Konsep perniagaan hendak lah memberi fokus kepada lima (5) segmen kluster perniagaan iaitu:
               1)Franchising / Licensing : cth-Product & Services;
               2)Creative & Innovative : cth-Robotic / Photography/ Music Talent/ Software Program/ Etc;
               3)On-Line Business : cth-Tudung/ Health & Beauty/ Education;
               4)Agro Business : cth-Fruits & VegeFor Commercial/ Fishery;
               5)Mobile Business : cth-F&B / Services/ Spa Etc.

PESERTA
  • Terbuka kepada semua pelajar IPTA/IPTS;
  • WarganegaraMalaysia
  • Lampirkan“BorangProfiling”yang telah di sahkan oleh unit keusahawanan sebagai dokumen sokongan
  • Setiap kumpulan mestilah tidak melebihi dari lima (5) orang ahli kumpulan
  • Berusia18 tahun hingga 25 tahun dan masih berdaftar sebagai mahasiswa sepenuh masa seperti yang ditetapkan oleh IPTA/IPTS yang terbabit
  • Terbuka kepada mahasiswa yang mempunyai idea perniagaan mahu pun perniagaan sedia ada
  • Produk atau perkhidmatan yang pernah memenangi pertandingan mahupun mana-mana anugerah tidak dibenarkan bertanding
  • Semua Perancangan Perniagaan hendaklah mengikut terma & syarat yang telah ditetapkan, sekiranya mana–mana kumpulan tidak mengikut terma& syarat penyertaan yang telah di tetapkan, penyertaan akan terbatal
  • Produk atau perkhidmatan mestilah patuh syariah.
HADIAH PENYERTAAN
Hadiah Pertama -Wang Tunai RM2000
Hadiah Kedua - Wang Tunai RM15000
Hadiah Ketiga : Wang Tunai RM10000

300 peserta akan terpilih ke peringkat selanjutnya selama 1 tahun dengan PNS

Kepada yang bakal join pertandingan ni, adalah lebih afdal bila siswa dan siswi dapat sokongan dari pihak Universiti memasing dengan memastikan Uni memasing hantar wakil dan setiap Uni mestilah sekurang-kurangnya 10 group.. Lepas tu mohon hebahkan kepada umum mengenai program VEST KIT ni :)  Bila ada program macam ni diharap pihak Uni akan menyediakan kemudahkan fasiliti , dewan  dan tempat, makan minum, kemudahkan sistem suara , krew teknikal, dan sukarelawan :)

TERMA & RUJUKAN
Terma rujukan untuk program Varsity EnterpreneurshipS kills and Talents (VEST) dibuat untuk memeriksa, menilai dan memastikan perjalananp rogram VEST mencapai objektif disamping membuat cadangan untuk meningkatkan dan panambahbaikan pada masa hadapan.

BTW, esok pihak penganjur akan ke UKM  untuk stage yang pertama.. So jom beramai-ramai serbuuu mana tahu korang terjumpa Fizo Omar :) Hihi .. Bestnya kan dapat jumpa Fizo kan hari ni.. So ramai-ramai datang yee !! Salam :)

Untuk Matlumat Lanjut
Facebook : VEST MALAYSIA
Instagram : @vest_malaysia
Twitter : @vestmalaysia
Youtube : VEST MALAYSIA

6 comments