Warna Darah Haid Menunjukkan Tahap Kesihatan Tubuh Badan

Warna Darah Haid Menunjukkan Tahap Kesihatan Tubuh Badan | Salam. Artikel ni uzu baca jam 3 pagi..Waktu tak boleh tido ni kan, haaa so memang belek fon lah sampai ngantuk.. Belek punya belek terjumpah satu artikel dari blog AliffChannel pasal darah haid ni.. Apa yang uzu baca, darah haid main peranan sama ada kita sihat atau tidak? Wahh terus cecepat baca.. Isinya berbunyi..

Merah Muda

Ini bermakna, anda sedang mengalami anemia atau kekurangan darah. Namun, jika dalam masa subur dan sudah berkahwin, ini adalah tanda kehamilan muda. Sel telur yang sudah dibuahi dan melekat di dinding rahim ini boleh menyebabkan sedikit pendarahan pada wanita, jangan bimbang ya.

Merah Terang

Jika warna darah haid berwarna merah terang, anda dalam keadaan yang sihat. Dinding rahim melebur dalam kelajuan yang normal dan selepas haid habis, tiada darah yang tertinggal di dalam rahim. Yang perlu anda perhatikan adalah jika selama 8 hari atau lebih dengan warna darah seperti ini. Anda perlu segera membuat pemeriksaan diri ke doktor.

Merah Tua

Pada hari kedua dan ketiga, darah yang keluar sudah seperti paip bocor yang tidak berhenti-henti. Mungkin ada gumpalan merah tua yang keluar dalam masa 2-3 hari ini. Jangan panik, semua ini sebenarnya normal kerana rahim sedang bekerja untuk mengeluarkan gumpalan tersebut. Jika terus berlanjut hingga hari ke-4 dan seterusnya, berkemungkinan rahim ada tumor dan harus segera berjumpa doktor. Jika ada gumpalan darah berwarna kelabu, anda mungkin sedang mengalami keguguran.

Merah Jingga

Jika darah haid berwarna merah jingga, haruslah memperhatikannya kerana ini adalah darah dari leher rahim yang bercampur dengan darah dari tubuh (tidak membahayakan tubuh). Tapi, berkemungkinan adalah tanda awal dari jangkitan faraj yang merubah warna darah haid. Tanda lain adalah baunya tidak sedap. Jika ada beberapa tanda ini, teruslah berjumpa doktor.

Coklat Tua

Kalau ada warna coklat tua seperti ini, anda harus lebih berhati-hati. Darah yang ada dalam kandunganmu itu beku kerana peredaran darah yang berjalan ke arah rahim terlalu panjang. Jangan bimbang, anda hanya perlu pergi ke doktor dan meminta rawatan untuk melancarkan peredaran darah sahaja. Tapi jika warna darah berwarna kuning, berkemungkinan ada jangkitan pada bahagian rahim dan harus segera berjumpa doktor.

Alhamdulillah.. Kalau ikutkan, warna hadi uzu kaler merah terang dan kekadang merah tua. So ikut apa yang ditulis, memang sihat dan subur.. Tapi ini hanya kajian semata-mata. Sama ada kita betul-betul sihat dan subur adalah bergantung kepada Allah.. Allahualam.. Semoga artikel ini memberi korang info yang berguna ye. Salam :)  Sumber: PowerHealthYT.com

9 comments