Set Penjagaan Muka Dari LVA Beaute Skincare

Set Penjagaan Muka Dari LVA Beaute Skincare | Salam.. Wuuu LVA Beaute Skincare dah sampai Japan.. Siap main salji lak tu. Hehehe.. Ada 2 produk LVA yang uzu kena bawa masa g Japan tu tapi beg penuh pulak.. So uzu bawa foundation ni je lah sebab uzu memang kebetulan kehabisan foundation, maka tak sabar pakai foundation baru. Huhuhu.. Memula dapat produk ni, rasa bangga lak boleh review produk LVA Beaute sebab pakaging dia lawa gila kot..! Suka tengok pakaging yang aum aum aum ni..Simple dan nampak professional pakaging dia ha.. Memang nampak produk luar negara gituew :D 

Hihi btw kan,LVA Beaute bukan ada foundation je, tapi semua produk lengkap.. Ada pencuci muka, toner, serum, night cream, day cream, foundation .. Cuma takde sunscreen je.. Penting juga sunscreen tu wei.. Takpe boleh pakai jenama lain.. Mana tau LVA Beaute keluarkan sunscreen satu hari nanti hehe.. Apa pun, actually.... set skincare LVA Beaute ni dah cukup lengkap sangat-sangat dah!!  Puas hati dah dengan apa yang ada ni... 
Btw kan, sebelum kita nak cerita pasal produk ni, meh lah kita berkenalan mengenai produk LVA Beaute ni. Aumm.. Uzu pon first time tengok pasal produk ni. Memang produk ni, baru lagi dipasaran tapi uzu percaya, produk ni boleh p jauh :D

LVA Beaute Skincare
Alhamdulillah, produk ni ada kelulusan kkm, takde mengandungi bahan merkuri, ramuan khas dari Switzerland.. So yang uzu dapat, ada 5 jenis produk dan uzu nak share apa lah kan yang best sangat pasal LVA Beaute Skincare ni.
1) LVA HYDRA CLEANSER -cleansing
  • Mengawal dan membersihkan kotoran secara menyeluruh. Memiliki tekstur yang lembut dan tidak melekit. Ha ah yang ni betul.. Uzu pakai, tak melekit, walaupun pencuci di ani takde buih, tapi elok pulak bila pakai..
  • Amat membantu dalam proses pembersihan permukaan kulit secara mendalam dan bertinndak dengan cepat hasil daripada rumusan bahan vitamin A,C,E dan jugak Estrak buahan.

2) LVA HYDRA TONER -refreshing
  • Membantu mengecilkan liang pori yang terbuka hasil pembersihan daripada Hydra Clenser.
  • Pori-pori yang terbuka akan dikecilkan secara konsisten mengikut cara penggunaan yang betul. Menutup liang pori untuk menghalang daripada kotoran masuk ke dalam.Jangan keliru tau botol pencuci muka dengan toner ni.. Botol dia sama je. Kang korang nak cuci muka, terpakai lak toner. Hahaha.. Parah deh..
3) LVA HYDRA DAY CREAM
  • Sinaran UV daripada matahari amat merbahaya jika terdedah dalam kadar masa yang lama.penggunaan produk ini dapat menangkis dan menghalang kotoran yang terkesan
  • daripada persekitaran.Bahan yang diformulasikan dari minyak bunga matahari,Rose placenta dan ekstrak buahan.
4) LVA HYDRA NIGHT CREAM -repairing & relaxing
  • Membantu merawat sel kulit mati pada waktu malam selepas penggunaan pencuci muka dan toner. Diformulasikan dengan Rose Placenta VACCINIUM MYRTILLUS FRUIT EXTRACT yang kaya dengan Vitamin C dan E. mengaktifkan antioksida dalam lapisan kulit dan memberikan kesan pencerahan seawal 7 hari.
  • Ia juga dineutralkan daripada bahan aktif yang merbahaya.
5) LVA INTENSIVE WHITENING SERUM 30ml
  • Formula yang dibawa khas dari Switzerland, dirumus khas daripada formula rawatan canggih yang mengandungi bahan-bahan yang membantu mensasarkan dan merawat semua lapisan kulit serta melambatkan pigmentasi. Membantu memulihkan kulit dan mencerahkan warna kulit anda.
  • Serum ni bukan sahaja mencerahkan kulit tetapi membantu merawat kulit anda sehingga ke lapisan kulit ke 3 (Hyperdermis).
  • Mana nak jumpa produk kecantikan yang macam ni! Sambil memutihkan kulit, ia juga merawat kulit anda.
  • Sesuai untuk yang tersalah guna produk kecantikan sebelum ni.
Formula yang dibawa khas dari Switzerland, memberi kesan penggunaan seawal 60 saat! Terbukti berkesan untuk menghilangkan kedutan dan membantu merawat kulit muka anda. Amalkan guna serum ni, anda pasti kelihatan lebih muda dari usia sebenar. Ini kerana bahan-bahan aktif yang ada dalam serum ni sangat berkesan, ia tergolong daripada bahan-bahan anti penuaan. Jangan risau, semua bahan aktif ni selamat digunakan. Kaji dulu bahan aktif yang ada, sebelum anda menggunakannya.

MALUS DOMESTICA (APPLE HIJAU) CELL EXTRACT
Terkenal dalam banyak produk an=-penuaan penjagaan kulit
Membantu menegangkan kulit & sekali gus membuatkan anda nampak lebih muda
Membina tisu baru

VITIS VINIFERA (ANGGUR) FRUIT CELL EXTRACT
Melindungi kulit dari sinar UV
Berfungsi sebagai antioksidan
Membantu sel-sel kulit mengekalkan ciri-ciri mereka & antiradiasi

ARGANIA SPINOSA (ARGAN) SPROUT CELL EXTRACT
Berkesan merangsang pertumbuhan semula =su kulit
Membantu mendapatkan semula ketegangan kulit
Mengurangkan kedutan

ALOE BARBADENSIS LEAF (ALOE VERA) EXTRACT
Mempunyai ciri-ciri penyejukan
Kaya dengan air, mineral, asid amino dan protein
Berfungsi sebagai pelembap, penyembuhan luka dan bahan yang menenangkan kulit

6) LVA DIAMOND UV FOUDATION (SPF35+++) 5 in 1:UV PROTECTION + BRIGHTENING + HYDRATION + OIL CONTROL + FIRMING & LIFTING!!
Formula yang dibawa khas dari Switzerland, krim yang tidak berminyak dan sesuai untuk semua warna kulit. Foundation yang melindungi kulit anda pada siang hari dan sekaligus membantu menegangkan kulit.

DIAMOND POWDER
Membuatkan kulit anda lebih cerah dan berseri sepanjang hari.
Kaya dengan an=oksidan untuk mengawal pengeluaran minyak

MALUS DOMESTICA (APPLE HIJAU) CELL EXTRACT
Terkenal dalam banyak produk anti-penuaan penjagaan kulit
Membantu menegangkan kulit & sekali gus membuatkan anda nampak lebih muda
Membina Tisu baru

VITIS VINIFERA (ANGGUR) FRUIT CELL EXTRACT
Melindungi kulit dari sinar UV
Berfungsi sebagai antioksidan
Membantu sel-sel kulit mengekalkan ciri-ciri mereka & melindungi kulit daripada sinaran UV

ARGANIA SPINOSA (ARGAN) SPROUT CELL EXTRACT 
✔ Berkesan merangsang pertumbuhan semula kulit tisu
✔Membantu mendapatkan semula ketegangan kulit 
✔ Mengurangkan kedutan

ALOE BARBADENSIS LEAF (ALOE VERA) EXTRACT 
✔ Mempunyai ciri-ciri penyejukan
✔ Kaya dengan air, mineral, asid amino dan protein 
✔ Berfungsi sebagai pelembap, penyembuhan luka dan bahan yang menenangkan kulit

Pergh wahh memasing produk ada kelebihan memasing.. Uzu setakat ni, baru pakai pencuci muka, serum dan foundation..Yang lain tak sempat pakai lagi.. Uzu busy giler sekarangg.. Haha.. Ni pun duedate ni pun tak perasan dah terover. Trip uzu kan sambuung menyambung walaupun trip dalam malaysia je. Huhuhu ni pun semalam baru tengok email. Wu maaf ye tak dan sangat nak buat last week.. Nasib baik lah norfa sayang faham. Hahahaha ok sayang norfa..Sayang kak anne juga :D

So far skincare yang uzu pakai, dah habis, memang uzu banyak skincare, memang yang sesuai tu, uzu guna sampai habis, mana yang tak sesuai tu, uzu terpaksa stop guna sebab kulit muka uzu dah teruk dah wei.. Tu sebab risaurisau nak guna sembarangan skincare nasib baik lah skincare LVA Beaute ni so far uzu guna ok je. Jerawat timbul tu normal lah, sebab dia dalam proses nak membuang..

Nanti uzu update kat ig lagi, hasil uzu guna produk skincare ni.. Benda ni hasil dia bukan kena tengok seminggu dua. Kena tengok berbulan-bulan.. Sesuai ke tak tu ... Harap-harap sesuai lah kan.. Kan ni formula dari Switzerland.. InsyaAllah semua ok. Btw korang, kalau nak try produk ni, boleh lah contact info kat bawah ehh :D Ok lahhh.. Nak pakai cuci muka, tempek toner,pap pap pap nak pakai serum then baru pakai night cream :p Semoga bakal pengantin ni berseri-seri sebelum kahwin :p k bye Salam :)

Untuk Pertanyaan & Pembelian
HASHTAG: #LVAskincare #LIVEAbeaute #HYDRAseries


1 comments