Restoran FIZOMAWAR KITCHEN Kini Tampil Dengan Menu & Servis Yang Terbaik !
Restoran FIZOMAWAR KITCHEN Kini Tampil Dengan Menu & Servis Yang Terbaik ! | Salam. Siapa tak FIZOMAWAR KITCHEN yang viral dengan uzu bulan jan tahun lalu sebab kes uzu kritik restoran dia tu? Haaaaa jangan tak tauu entry tu pun dah sampai ke 100k view.. Kali ni uzu datang bukan untuk mengkritik tapi membuat penilaian sekali lagi iaitu sebagai blogger jemputan ke restoran FIZOMAWAR KITCHEN yang terletak di Bandar Baru Bangi..
Kali ni uzu datang bertiga dengan blogger. Kami datang op kos lah nak review balik apa yang tak okay last year.. Masuk-masuk je FIZOMAWAR KITCHEN , memang dah banyak berubah. Maksudnya, banyak penambahbaikan yang berlaku.. Dari segi menu makanan, menu minuman dan servis dan ada juga menu-menu yang baru yang ditampilkan..
Sebelum uzu datang ke FIZOMAWAR KITCHEN ni, uzu dah buat servay sesiap, apa yang best tentang FIZOMAWARKITCHEN ? Haaaa saja lah nak tau update terbaru mengenai FIZOMAWAR KITCHEN ni kan sebab dah lama tak p Bangi sejak pindah ke Cheras ni.. Hihi so 70% daripada mereka kata komen positve lah, ada yang kata menu tomyam dia sedap. Haaa tu sebab last hari tu uzu order BANGKOK TOMYAM ..Harga RM14.90
Bangkok tom yam ni rasa dia macam lain sikit dari yang biasa, tapi uzu suka juga sebab dia tom yam tom yam semua sedap.. Kuah tomyam pun pekat. Seriuss uzu suka sangat.. Bangkok Tom Yam ni dalam dia ada seafood. Yang suka seafood macam uzu ni kan, menghirup lah kuah sampai habis.. Tapi tak habis sangat sebab mangkuk bangkok tom yan ni besar boleh makan dalam 2 - 3 orang . Haaa berbaloi tak dengan harga? Berbaloi kan? Kongsi kongsi lagi jimat ye dakk?
Minuman? Macam biasa... Uzu suka yang berasaskan green tea. Dari dulu lagi memang suka green tea. Last year uzu minum grean tea yang sama tapi time tu manis dia tahap nak potong kaki. Hihi.. Haaa sekaran dah okay dahhhh rasa green tea tu .. Tak manis sangat. Yang best tu kan dia letak kat plastik, memang tahan sejuk even berjam jam kita biar.. Jarang eh kita jumpa green tea yang sedap. Masa uzu kritik tu, green tea dia sedap memang sedap tapi tahap potong kaki lah manis dia. Tu je yang lain mmg sedap.. Jarang eh uzu rasa green tea yang sedap. Ramai yang jual green tea kat tepi jalan tu tapi ada yang pahit, ada yang cair.. Susah nak cari green tea yang sedap acuannya . SO syabas pihakkk FIZOMAWAR KITCHEN ! Kita bagi 10/5 bintanag ! Melebih2 bintangnye sebab memang sedap :D
Yang ni pulak. Member order Khau Mok Khai . Harga dalam RM11.90 .. Dimasak menggunakan beras basmathi thailand dimasak dengan homemade sos. Yang ni tak sempat rasa.. Tapi member kata,
"sedap weii" .. Tu je komen dia.. Hihi.. Uzu kata nak bagi berapa bintang? Dia kata 4/5 bintang!!
Lagi sorang order Nasi rebus.. Yang ni uzu suka.. Asal datang je memang order yang ni.. Hihi pernah datang sesenyap btw datang makan saja saja dengan member dulu, asal datang je order yang ni. Memang favourite ayam ayam yang garing ni.. Lagi-lagi ditambah dengan sos yang urm homemade sos juga rasanya..Saya bagi 5/5 perasatus.
Lepas tu FIZOMAWAR KITCHEN ada bagi rasa kuih yang homemade, kuih akok, kambing bakar, menu-menu baru yang tak pernah uzu rasa sebelum ni :)
Akok ni macam biasa lah kan rasanya.. Sama je macam akok tempat lain.. yang bestnya ni, daging bakar ni.. Uzu bab daging?!! Hmm nombor 1 ! Tu sebab bila nampak ada menu Daging Bakar ni , terus tak sabar nak makan..Dari luar nampak sedap. Agakj-agak rasanya sedap tak? First, datang tu lembut, second, rasa daging sedap ditambah dengan sos. Sos tu yang istimewa tu dicampur dengan beras bakar, Eh macam tempat kat Langkawi pulak, beras terbakar. Haa tu lah sebab gabungan-gabungan ni buatkan kambinng bakar ni sedap !Serius ini tidak dinafikan... Hihi macam tak cukup pulak rasa daging tu, rasa macam nak order tapi memandangkan petang tu ada event lain, terpaksalah hihihihihihihihi rasa next week macam nak datang Bangi, rasa macam nak datang lagi. Hihi tetiba terliur lak waktu buat entry ini ....hewhewhew uzu bagi 5/5 bintang !!
Bab servis pulak... Servis yang uzu kata servis lembab tu? Hehe maafkan sebab terkasar.. Tapi so far sebelum uzu datang hari tu, kan uzu kata ada datang sesenyap tu? Haaaa uzu tak nak orang tau uzu datang, takut servis dia tak sama macam biasa. Uzu nak tengok kosisten FIZOMAWAR KITCHEN .. Masa tu dalam hati, dah ready nak kutuk ni, buat silap sikit je rasa nak kutuk tapi alhamdulillah servis diorang dah okay. Uzu datang waktu kemuncak juga, waktu lunch, kekadang terkena waktu busy, alhamdulillah nak kata cepat sangat tu takde lah, tapi uzu tak rasa menunggu lama.. Sama juga baru-baru ni, memang ok lah servis. Pekerja senyum je. Pekerja layan kita itu ini, nak itu ini .. So menag terbaik lah layanan di FIZOMAWAR KITCHEN .. Uzu tak sangka lah kan, berubah gila gila dah..Ye lah dulu dulu restoran baru nak buka, uzu dah kritik itu ini.. Ya Allah rasa macam jahat sangat tapi takde niat lah nak gaduh gaduh.. Dah setel lama uzu ngan FIZOMAWAR KITCHEN ni .
So korang, yang rasa tak nak datang tu, cuba korang datang tu, jangan judge berdasarkan komen-komen negatif yang ada. Daripada kita buang masa kan, baik kita ambik kunci kereta, ambik handphone, buka waze, tapi "Fizomawar Kitchen", haaa datang sendiri , cuba makanan-makanan tu semua. Yang dah berlalu biarkan berlalu ye semuaa.. ni dah tahun 2017, opcoz lah team FIZOMAWAR KITCHEN nak buat macam-macam cara nak tingkatlah prestasi.So jom korang ke FIZOMAWAR KITCHEN, datang beramai-ramai bawak member ke, adik beradik ke, family ke boleh datang dan rasa sendiri ye? :p Nak info lanjut mengenai FIZOMAWAR KITCHEN sila ke :
FIZOMAWAR KITCHEN
Website : No 7& 9, Jalan 8/1 Seksyen 8
Bangi, Malaysia
Facebook : https://www.facebook.com/pg/fizomawarkitchen
Instagram : https://www.instagram.com/fizomawarkitchen/
Contact : Call 019-908 0909
3 comments