Review GT Mobile 888 Smartphone Designed in Singapore
Review GT Mobile 888 Smartphone Made in Singapore | Salam. Entah baju sapa lah uzu ambik buat background ambik gambar ni. Uhukk. Tapi cantik pulak rasa. Hehehe.Btw uzu nak review seketul smartphone yang uzu dapat dari event pelancaran GT Dollar beberapa minggu lalu..Alhamdulillah uzu rasa happy sangat-sangat sebab dapat handphone sebab actually uzu memang nak cari handphone tambahan. Extra fon.. Sebab handphone yang uzu pakai skerang ni cepat je habis bateri. Tu sebab ah rasa bersyukur yang amat! Terima kasih Gt Dollar, terima kasih Gt Mobile atas seketul smartphone ni..
Handphone yang uzu dapat ialah GT Mobile GT 888 designed in Singapore. Ada 2 jenis kaler hp ni sama ada putih atau grey. Yang uzu dapat tu grey.. Not bad. Cantikkk..GT888 ni dia nipis je so senang dibawa kemana-mana sahaja. Kalau korang ada budak yang suka tengok kartun tu kan, memang sesuai lah sebab screen GT888 ni.. Uzu pulak memang suka baca blog, suka tengok drama korea kat fon. So bila dapat GT888 yang besar screen 5.5 inci ni, memang puas hati lah beb.
Uzu dah lama tak guna handphone yang ada bateri macam ni hehehe so memang terkejut juga lah kan. Teringat zaman-zaman dulu pakai fon kalau bateri rosak, ambik bateri p jemur kat atas zink biar kena matahari. Kahkahkah legend ke mengarut tu eh? Dengan berat fon 160g , berdemensi 158.9 x 77 x 8.6 mm , 2 GB RAM, 16GB ROM..
Bab charger ni, bateri dia 2500mAh, fast charging, so semua suka kan kalau handphoen yang jenis fast charging ni? Uzu pun suka sebab uzu ni jenis tak boleh kalau tak pegang fon. Ataupun kita nak keluar tapi takde masa nak cas so memang terbaik lah kan GT888 ni fast charging.
Teringat masa mula-mula dapat GT888 ni, uzu cas sekejap je. Tapi bateri tahan sampai 4 5 hari kalau tak berapa online sangat. Tapi kalau ada data, kita pakai tenet kan, lebih dari 8 jam.
GT888 ni ada dual simkad. So boleh guna 2 simkad dalam 1 masa. Biasanya kalau untuk internet, boleh guna sim 1. Kalau takde internet, guna sim 2.. First time uzu ada handphone yang jenis dual sim ni.Memang jimatt lah kan tak perlu beli banyak-banyak fon.
Bab camera pulak, rear camera pulak 8MP dan front camera pulak 5MP. Video 1080p , 2k, 4k.. Dengar cerita not bad camera ni . Uzu pun tak try lagi camera ni sebab busy dengan kerja yang berlambak. Hehe.. Member kata camera belakang dia cantik lagi-lagi kalau ambik gambar panorama lah kekdahnya kan.
So far uzu suka GT888 ni sebab boleh jadikan extra fon, biasa kalau blogger memang kena extra fon.. Lagi-lagi yang tahan bateri macam ni kan, dengan screen yang besar, memang sesesuai sangat wei. Yang bisnes tu pun memang sesuai pakai fon ni.. So untuk info lagi lanjut mengenai GT888 ni, nanti uzu bagi spesifikasi fon ye..
Spesifikasi GT Mobile GT-888
Model : Metal Grey
Dimensions : 158.9 x 77.5 x 8.6
Weight : 160gb
Operating System : Pre-Install Android 5.1 Lillipop
CPU : 64 Bit MTK MT6735P processor quad core 1.0CHz CPU
GPU : Mali T720-Mpl 600 Mhz
RAM : 2GB / 1 GB
ROM : 16GB
Battery : 2550mAh
Charging : Fast Charging
Size : 5.5 inch
Resolution : HD 1280*720 pixels
Type : IPS OGS (New 2.5D Arc Screen)
Material : Corning Gorilla Glass 3
Rear Camera : 8.0MP 4th Generation Camera OV8865
Front Camera : 5.0 MP OV5648
Video : 1080p , 2K , 4K
Network : GSM , WCDMA, FDD-LTE
Sim : Dual Sim, Micro Sim, Standard Sim
WiFi : Wifi 802.11 a/b/g supports dual band wifi (2.4Ghz/5Ghz)
Bluetooth : Bluetooth 4.0
Positioning : GPS, A-GPS, Digital Compass, Hall Effect Sensor, Gravity Sensor, Ambient Light Sensor
Ok tu je lah uzu nak cerita dan review mengenai GT-888 ni. Jom engok video uzu unboxing GT888 ni. Dah dapat 1058 view dah unboxing ni. Memang ramai lah kan yang dah tengok GT Mobile ni.. Ok lah. Bye korang. Assalamualaikum :)
Untuk Matlumat Lanjut
Website : http://www.gtmobile.sg/
Instagram : https://www.instagram.com/gtgroupofficial/
Facebook : https://www.facebook.com/gtdollarmy/
Website : http://www.gtmobile.sg/
Instagram : https://www.instagram.com/gtgroupofficial/
Facebook : https://www.facebook.com/gtdollarmy/
2 comments