Pakej Akad Nikah D'Saji Kl Titiwangsa : Akad Nikah Pelakon Suri Hati Mr Pilot ELEENA SUI di Dewan Tulip

Pakej Akad Nikah D'Saji Kl Titiwangsa : Akad Nikah Pelakon Suri Hati Mr Pilot ELEENA SUI di Dewan Tulip | Salam. Petang tadi uzu dan blogger comel mek onie ke majlis akad nikah pelakon suri hati mr pilot, eh bukan neelofa tau, eleena sui ni watak tambahan sebagai INARA ex girlfriend EJAZ (Fattah Amin) .. 

Uzu tak tengok cerita ni so uzu tak berapa kenal sangat dengan pelakon tapi uzu yakin sesangat ramai yang kenal INARA ni. Drama melayu yang famous lagi-lagi dengan adanya watak NEELOFA dan FATTAH AMIN yang mencuit hati :)

Tak sangka pulak kan ELEENA SUI ni dah kahwin hari ni. Majlis pun majlis tertutup, tak ramai yang datang tapi kemeriahan tetap ada sepanjang majlis tersebut. Datang-datang je nampak banner ni. Cantiknya tetamu disamput dengan exclusive banner dan bunga bunga bagai ni. awrrrr.
Uzu sampai tadi cun cun jam 2 petang. Tak masuk lagi majlis dah mula tempat jam 2 petang. Para-para dayang bridemaids pun keluar dengan baju yang sedondon, dengan hantaran dari pihak perempuan. Cantik-cantik nya diorang ni ha..
Tibalah juga pengantin perempuan ELEENA SUI bersama pengapitnya. Cantiknya alahai baju pengantin bersama veil yang serba moden ni. Uzu tengok design baju macam ni. Kembang-kembang gitu viel eleena ni.
Majlis di dewan tulip ni boleh memuatkan dalam 50 orang je. Lebih dari itu pun boleh tapi kena bayar lebih lah ehh. Pakej yang Eleena Sui ambik ni ialah PAKEJ AKAD NIKAH. Harga dia dalam RM6000. Pakej ni hanya untuk 50 orang je.  Lebih 50 orang kena bayar RM39/orang. Tapi akad nikah ni kan tertutup so uzu rasa 50 orang tu sangat cukup dah. Uzu pun nanti nak kahwiin, memang majlis tertutup je haa. Ceh macam uzu ni artis kan nak istilah majlis tertutup. Poyoo je kau ni zu. Krik krik krik.
Dalam pakej akad nikah termasuk lah pelamin yang comel dan cantik ni. Ya ampunnnn uzu suka tengok pelamin-pelamin macam ni. Uzu tengok pelamin yang banyak bunga.Cantikkk sangat wei. Combinasi kaler pun memang taste uzu. Uzu tunang pun colour macam ni juga. Nanti kahwin tak fikir lagi. hehehehe.Sebab lama lagi kahwin... Tetiba bila tengok pelamin nikah ni , uzu rasa tak sabar nak kahwin. Agaknyaaa nak pelamin macam ni boleh juga tak? Heheheheh. cantik lahhh !!
Hantaran pulak. Dulang dan hiasan hantaran pun sangat cantik.Simple-simple je hantaran ni kan..Hantaran untuk perempuan pulak guna kayu pallet punya dulang. Memang style skrang. Cantik :)
Hantaran dari pihak perempuan untuk pihak lelaki.
MC untuk majlis akad nikah eleena sui dan fasya ialah DJ ERA , Raddin, kekasih gelap kepada Aida Jebat. Hehehe..Tak sangka pulak Raddin ni pandai pulak menjadi pengacara majlis kawin. Ingat kan bakat jadi DJ Era je kan :p Hensem pulak uzu tengok Raddin ni wei. Aippp sangat handsome berbanding tengok dia selfie kat IG dia haa.
Jom lah tengok hiasan untuk meja untuk pengantin. Cantiknya alahai hiasan ni. Ada hiasan bunga, Meja yang exclusive dan memang uzu in love dengan kalau meja pengantin macam ni...Pandai D'SAJI KL TITIWANGSA buat decoration eh :p
 Sekitar majlis akad nikah tertutup ELEENA SUI dan FASYA
 Sekitar majlis tertutup akad nikah ELEENA SUI dan FASYA

Pakej Akad Nikah D'Saji KL Titiwangsa

Tawaran pakej : Pakej Akad Nikah 
Harga : RM6000

Pakej ni dari Isnin - Ahad ( 11 pagi - 3 petang atau 7 malam - 11 malam )
Penyediaan tempat dan penyediaan makan dan minum secara buffet untuk tetamu majlis
Sebuah bilik persalinan @ bilik rehat untuk persiapan
Sebuah mini pelamin untuk acara akad nikah
PA System dan ronstrum untuk kegunaan juruacara majlis
Min. tempahan untuk pakej ialah seramai 50 orang tetamu sahaja dengan kadar RM6000
Pakej akad nikah D'Saji KL Titiwangsa bermula dari RM600, tambahan 5i keatas adalah RM39
Harga tidak termasuk GST
Tambahan RM150 dikenakan untuk tambahan setiap DOME SET.
Tambahan RM1000 pada cuti umum malaysia

Menu Untuk Buffet - 50 orang

Menu 1
Roti Jalan , Kari Ayam dengan Kentang atau Laksa Johor Set Lengkap

Nasi Minyak , Nasi Putih , Ayam Masak Merah , Rendang Pedas Minang, Dalca Campuran, Acar Rampai, Papedom

Miniature Cake, Kuih Melayu dan Nyoya, Potongan Buah-buahan, Kordial Pilihan, Kopi/ Tea

Menu 2
Bihun Sup Utara dengan Set Lengkap atau Mee Kari dengan Set Lengkap
Nasi Briyani, Nasi Putih, Ayam Briyani, Rendang cok, Dalca Campuran, Paceri Nenas Ala Bombay, Papedom 

Miniature Cake, Kuih Melayu dan Nyoya, Potongan Buah-buahan, Kordial Pilihan, Kopi/ Tea

So, untuk pakej akad nikah ni, menu boleh pilih, antara nak menu 1 atau menu 2. Kalau uzu, uzu ambik menu 1.. Uzu suka ada roti jala. Hihihi..So kepada bakal pengantin, sesiapa yang rumah kecik, parking tak cukup, atau memang suka buat kat dewan, boleh lah ambik pakej ni, Pakej ni semua dah lengkap siap termasuk bayar tok kadi.

Yang berminat nak tahu pasal pakej akad nikah ni, boleh lah contact person in charge D'Saji KL Titiwangsa.. Apa-apa mengenai pakej akad nikah ke, pakej lain ke semua ada. Boleh je tanya. Semoga entry ni sangat berguna kepada bakap pengantin yang pening nak cari dewan area KL ni ha.

Untuk Pertanyaan Lanjut


Alamat : 
Lot 143, Seksyen 87
Restoran Terapung Jalan Kuantan
53200 Kuala Lumpur
Tel: 03 – 4021 0098
Fax: 03 – 4021 0811

Direct email enquiries:
Wedding Package : nornabillah.ms@felda.net.my
Restaurant & Event : norhanis.a@felda.net.my

0 comments