Nine Chef Cafe, Restoran Masakan Melayu Menjadi Pilihan Utama Di IOI MALL Putrajaya | Salam. Sebelum menaip entry-entry ni, sempat lahh cakap kat member yang datang review sekali restoran ni, " weiii teringat kat sotong masak telur masin tu. Jom repeat makan situ nak?" .. Member pun tak menolak.. Kesedapan memang betul-betul sedap. Takk sesia lah review kan? Kalau tak review, sampai bila-bila kita tak tau kewujudkan restoran ni, sampai bila2 kita tak perasan wujudkan restoran yang menghidangkan masakan-masakan melayu yang siyes ni bukan komen sbb kami datang review tau, kalau betul2 memang sedap.
Haaaaaaaa restoran ape tu eh yang uzu puji-puji mengunung tu? Well Nine Chef Cafe lah restoran yang uzu maksudkan.. Fuhh siyes mmg baru tahu ada kewujudan cafe ni.. Sebab lokasi kat luar kan, area air pancut tu, tu yang tak perasan. Food court kan bahagian bawah dan atas tapi kat luar ni taj tercapai akalmu.. Tak terfikir nak p luar cari makanan. Sekarang baru tahu. Hehehehhe *maaf*
So apa yang sedap sangat sampai uzu melambung tiinggi pujian tu ha? Jom kenal-kenal menu-menu yang top yang menjadi pilihan..
Sayur Kangkung - Stir Fry Kangkung with Belacan RM 16.90
Australian Ribeye steak – RM47.90
Deep Fried Siakap Tiga Rasa RM 54.90
Grilled Stuffed Squid with Spicy Sour Souce RM26.90
Nasi Minyak with Lamb Shank Masala – RM45.90
Seafood Tom Yam Soup – RM23.90
Salted Egg Soft Shell with butter cream souce – RM45.90
Haaa semua makanan diatas uzu bagi 5/5 bintang ! Cuma daging tu yang 4/5 bintang sebab ada lah tak kena rasa . Hihi maybe lain orang lain citarasa. Uzu ni sejenis yang suka makan seafood dan daging so menu diatas memang menyelerakan tekak melayu sangat-sangat . Hihi terbaik cheh-chef yang bersusah payah menyipakan hidang untuk kami berlima :)
Ok next kita tengok keadaan sekeliling Nine Chef Cafe ni :)
Yang nak Nine Chef Cafe bolehlah ke alamt seperti dibawah.. Area air pancut, kalau starbucks sebelah kanan, so Nine Chef Cafe kat sebelah kiri.. Jalan je akan nampak signboard Nine Chef Cafe.
NINE CHEFS
GE11, Ground Floor,
Symphony Walk,
IOI City Mall, Lebuh IRC,
IOI Resort City,
62502 Putrajaya
Telefon : +603 8959 8026
Website :
www.ninechefs.com.my
Facebook :
www.facebook.com/ninechefs
Instagram :
www.instagram.com/ninechefs
BUSINESS HOURS
Mon – Thu, Sun: 10am – 10pm
Fri – Sat: 10am – 11pm
Day 4 : Taehwagang Grand Park Busan Korea | Salam. Tak korea lah kan kalau tak g tempat yang banyak bunga? Haaaa camtu lah juga trip kami ni.. Walaupun jauh kai gagahi juga demi mu oh bunga ku.. Ihikk...
Taehwagang Grand ni memang famous sebab kat sni lah taman bunga paling besaarrr sekali. :uas pulak kawasannya. Macam-macam jenis bunga kat sini.. Letih tu juga kami berjalan. Rasanya tak puas pusing lagi memandangkan waktu tu kan puasa.. Terbatas akibat matahari terik sangat. Ksian.
Nak ke sini dari Busan ambik masa sejam atau sejam setengah.. Bas pun kiterang ambik dari airport international busan.. Nasib baik taman ni FREE :)
Actually waktu kami ke Taehwagang Grand ni, bunga banyak takde. Kecewa yang amat. Tak seperti di dalam gambar google. korang goole lah Taehwagang Grand . Mesti tengok banyak bunga.. Bunga ikut musim..
Bajet Day 4
1200 gerak hotel
12.05 beli tiket train 1300w sasang-airport
1230bas 7900w ke ulsan (ketibaandomestic pintu 4. belok kanan sampai jumpa jual tiket ke ulsan . 1.30 ptg sampai. masa sejam
*sampai ulsan . bas bhenti ngam2 di Taehwagang . So dari bas tu p belah kanan .. lalu jambatan baru nampak Taehwagang grand park. jalan kaki dalam 5-7minit
jam
jam 5 bergerak balik ke airport
sampai airpot p lrt airport. beli tiket 1300w balik hotel ke sasang
beli minuman di 7E 3500w
bbuka puasa
jam 930 gerak p tgk wyg
wayang war craft 9000w - rm31.50
Total lost day 4 . 30900= RM108
*Baca Entry Berkaitan*
Jom Memeriahkan Lagi Bazaar Artis-Artis di Event NBOS PICC Putrajaya | As salam.. Alhamdulillah semalam bermulalah hari pertama event NBOS di Picc Putrajaya. Keadaan event NBOS masih dalam keadaan terkawal dan uzu tengok banyak bazaar kat situ terutama bazaar2 artis mendapat sambutan dan tak lupa juga ada beberapa booth dikendalikan oleh beberapa blogger. Tahniah diucapkan !
Acara perasmian Pameran NBOS 2016 telah dijalan kan semalam oleh Tan Sri Dr Ali Hamsa (Ketua Setiausaha Negara) pada 14 Ogos 2016 di PICC Putrajaya dan juga perasmian Pameran Fashion Bazaar by Roopawan.com oleh Tan Sri Irwan Siregar (Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan) pada hari yang sama. Tahniah buat Roopawan !
Di event NBOS 2016 ni,yang paling tak sabar ni haa bila ada persembahan artis kat event NBOS ni so korang kenalah datang ye . Semalam ada persembahan nyanyian dari Aizat Amdan dan Ippo Hafiz, Tasha Mashahar dan One Nation. Hari ni pulak ada Siti Nordiana dan Khai Bahar.. Haaaa sape tak kenal Khai Bahar? Dah jadi penyanyi dah siap ada single terbaru lagi.. Kalau nak tengok artis kesayangan korang didepan mata, kenalah datang k ?!
Ahad 14/8/16
- Ippo Hafiz
- Aizat Amdan
- Tasha Mashahar
- One Nation
Isnin 15/8/16
- Khai Bahar
- Siti Nordiana
- Drama Band
- Ronnie Hussin
Selasa 16/8/16
- Dayang Nurfaizah
- Caliph Busker
- Alif Satar
- Sandra
Rabu 17/8/16
- Encik Mimpi
- Zarul Umbrella
- Sixth Sense
- Sakura Band
Khamis 18/8/16
- Mark Adam
- Aman Nasim
- Bunkface
- Haiza
Jumaat 19/8/16
- Sarah
- Shiera Abdul
- Dafi
- Putera
Sabtu 20/8/16
- Ewal AF
- Zarif AF
Ahad 21/8/16
- Sazrin
- Aina Mentor Legend
Artis-artis ni, bukan setakat buat persembahan tau tapi ada jualan amal dan anatara artis yanag terlibat di jualan amal ialah che ta, siti nordiana, one nation, alif satar, nur sajat, bunkface dan dafi. so korang kenalah datang tau tuk support artis-artis kita buat jualan amal.. Besar pahalanya ok :)
Sesi Walkaout oleh Perdana Menteri Malaysia pada 16 Ogos 2016 (Selasa) iaitu esok ! So PM akan datang dah uzu akan jangkan keadaan akan sangat meriah dengan kehadiran Perdana Menteri yang terhormat :)
Btw, jangan lupa datang ke Booth yang dikendalikan Roopawan, iaitu booth sahabat blogger Projek Travel Booth 022 dan Booth Fauzi Aryaan dan Fsyn di booth 017 . Tq semua ! Siapa datang nanti, kalau jumpa mohon tegur ye. *uhukk* hehehhe. ok bye Salam :)
P/s : Sape yang takde kete nak g PICC, boleh rujuk banner ni tau ! NBOS telahpun menyediakan pengangkutan dengan 30% diskaun kalau naik ERL . Dah jimat dah kat situ kan :)