Ephyra Skincare Series : Produk Kecantikan Terbaru Dari Ephyra | Salam. Rasanya dah banyak kali uzu review ephyra ni sejak dari dari zaman ephyra memula bisnes lagi kan sampailah satu persatu produk yang terhasil sehinggalah keluarkan produk baru ephyra iaitu Ephyra Skincare Series yang mana dalam set produk kecantikan ni ada 3 main produk iaitu dan set ini mengandungi Ephyra Skin Bar (sabun cucian muka) , Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum (Serum dengan Nano Teknologi) dan Ephyra Skin Snow Advanced White Repair (Pelembap wajah dengan Geno White Teknologi). Tiga-tiga produk ini digabungkan dah terhasillah set produk kecantikan dari Ephyra yang lengkap sebab tiga-tiga ni selalunya sangat penting dalam penjagaan kulit muka kita..
1 ) Ephyra Skin Baru (Sabun Cuci Muka)
Kenal tak ephyra skin bar ni? Rasanya dah lama produk ni tapi tak berkesempatan nak cuba.. Banyak testimoni positive dari datang dari pengguna ephyra skin bar ni so uzu sangat bersyukurlah kali diberi peluang dan kepercayaan untuk try ephyra skin bar ni.. So korang nak tau tak apa yang best istimewanya mengenai Ephyra Skin Bar ni? Haa...
Ephyra Skin Bar adalah sabun cucian muka yang diformulasi 100% dengan bahan semulajadi dan tanpa sebarang bahan kimia terlarang. Dengan gabungan khasiat Glutathione, Alpha Arbutin dan Kolagen, Ephyra Skin Bar adalah antara “TOP PRODUCT” untuk jenama Ephyra.
KELEBIHAN EPHYRA SKIN BAR :
- Merawat kulit berjerawat
- Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
- Menanggalkan kotoran, minyak dan sel kulit mati
- Mencerahkan wajah secara semulajadi
- Menghilangkan bintik-bintik hitam
2) Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum (Serum dengan Nano Teknologi
Lepas cuci muka guna ephyra skin bar, lepas dah basuh muka biarkan sampai kering.. Bila dah kering tu baru letak Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum kat muka kita.. Ambik 2 3 titis je dan pap pap pap kat muka.. Pukul pukul manja sikit seruma tu kat muka kita supaya serum senang nak masuk.. Well actually, apa-apa jenis serum pun, mmg serum ni jenis cepat kering kat muka means serum ni cepat meresap so selalunya memang capat dan berkesan..
Serum untuk kulit yang sangat berkuasa dan dipatenkan oleh SWISS NANO TECHNOLOGY yang berfungsi dalam mengembalikan kulit cantik dan berseri. Serum yang tidak melekit, tidak berminyak serta sangat mudah meresap ke dalam kulit ini memperbaiki struktur sel kulit dari luaran sehingga ke lapisan kulit yang paling dalam. Gabungan bahan antioksida seperti Glutathione, Vitamin E dan Vitamin C memberi manfaat kepada kulit untuk memulihkan, memperbaharui dan melindungi kulit dari radikal bebas dan pencemaran. Serum ini juga amat sesuai untuk menghilangkan masalah jeragat yang degil.
NANO TECHNOLOGY (SWISS PATENTED)
Nano Technology adalah teknologi yang digunakan untuk mengecilkan saiz partikel serum. Perkara ini akan menjadikan serum sangat mudah diserap dan masuk jauh sehingga ke lapisan kulit yang paling dalam dan membantu memperbaiki struktur kulit menjadi anjal, tegang dan cantik.
KELEBIHAN SERUM EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
- Menghilangkan jeragat degil dan parut jerawat
- Memperbaiki tona kulit tidak sekata
- Menganjalkan, menegangkan dan mengembalikan keremajaan kulit yang kendur
- Mencerahkan kulit kusam
- Menghilangkan lebam bawah mata serta sunburn
3) Ephyra Skin Snow Advanced White Repair
Lepas dah guna serum tu, kena guna Ephyra Skin Snow Advanced White Repair .. Sebab yang ni tuk melembutkan kulit kita yang kering tu.. Yang best kalau pakai moisturiser ni sebab ada sinaran uv so lindung kulit dari sunburn.. Kalau nak p make up artis mekap kite kan, mesti dia wajib letak moisturiser.. Mana-mana MUA pun buat macam tu.. Lebih membuatkan mekap kita cantik gitu.. So tu sebab memang penting Ephyra Skin Snow Advanced White Repair ni..
EPHYRA SKIN SNOW ADVANCED WHITE REPAIR (dengan teknologi Geno White)
Ephyra Skin Snow adalah pelembap wajah berteknologi Geno- White yang digunakan selepas menggunakan serum Ephyra Skin Nano. Kesan penggunaan seawal 9-14 hari. Sesuai digunakan oleh semua jenis kulit, lelaki & perempuan. Tiada paraben, tiada hydroquinone mahupun merkuri malahan pelembap ini tidak melekit, tidak berminyak dan sangat mudah meresap ke dalam kulit.
Bahan: Natural arbutin dari Berry , Vitamin C (ekstrak dari buah) : bagus utk perlindungan kulit dari UV dan memperbaiki struktur kulit yang rosak dan Vitamin E (ekstrak dari buah) : melembapkan kulit dan melambatkan tanda penuaan serta memulihkan kulit dri sebarang parut
KELEBIHAN EPHYRA SKIN SNOW ADVANCED WHITE REPAIR :
• Melembapkan dan mengekalkan kelembapan wajah
• Mencerahkan kulit seawal 9 -14 hari
• Menggunakan teknologi Geno White (teknologi yang mengawal pengeluaran melanin)
• Menambahkan agen perlindungan kulit (UV protection)
• Membantu mengurangkan minyak berlebihan pada kulit yang menjadi punca jerawat
• Mengurangkan kesan-kesan penuaan (garis halus & jeragat)
• Menambahkan keserian kepada wajah untuk kekal muda & bersih.
HARGA
RM 140 (SM) dan RM 150 (SS)
Ini adalah harga untuk set. Sekiranya beli secara loose, harga adalah berbeza iaitu :
EPHYRA SKIN BAR : RM 39 (SM) ; RM 45 (SS)
EPHYRA SKIN NANO : RM 68 (SM) ; RM 72 (SS)
EPHYRA SKIN SNOW : RM 48 (SM) ; RM 52 (SS)
*Digalakkan untuk ambil set. Lebih jimat.
Maklumat Lanjut :
IG : @ephyra2u
Website : Sedang dikemaskini.